Saturday, March 16, 2013

Segi University Group



Sejak lebih 35 tahun, Kumpulan pendidikan SEGi (SEGi) telah melahirkan ribuan garaduan merangkumi pelbagai bidang yang telah berjaya mencapai kejayaan di dalam bidang karier juga personal. SEGi telah mengorak langkah pertama pada tahun 1977 dengan menubuhkan Kolej Systematic di Kawasan komersial Kuala Lumpur yang menawarkan program profesional. Sejak dari itu, SEGi telah melangkah maju ke hadapan dengan matlamat untuk menyediakan pendidikan akademik dan profesional terulung di Malaysia.

Hari ini, Kumpulan Pendidikan SEGi berdiri megah sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta terbesar di negara ini dengan lebih 23,000 orang pelajar di 6 cawangan kampus di Kota Damansara, Kuala Lumpur, Subang Jaya, Seri Kembangan, Pulau Pinang dan Kuching, Sarawak. Program-program yang ditawarkan diolah mengikut keperluan indusrti dan kehendak semasa pelajar. Garaduan SEGi berjaya mendapat pekerjaan di dalam bidang masing-masing.


Program Diiktiraf Antarabangsa

SEGi menyediakan program berasaskan keperluan industri yang antara lainnya: Fakulti Farmasi dan Sains Kesihatan, Perubatan dan Pergigian, Perniagaan dan Undang-Undang, Rekabentukdan Alam Bina, Kejuruteraan dan Teknologi, Seni dan Reka Bentuk Kreatif, Hotel dan Pelancongan, dan Pendidikan Sains Sosial yang tertumpu kepada kurikulumkomprehinsef yang dilengkapi teknik pembelajaran terkini dan pendidikan yang kreatif dan berkesan.

Di SEGi, pelajar didedahkan dengan pelbagai kaedah termasuk ceramah, seminar, bengkel presentasi juga latihan praktikal di makmal dan latihan dalam kerja. SEGi juga mempunyai pakar akademik berkualiti yang menjadi penasihat akademik dan juga sebagai pensyarah.

Melalui usaha ini, ribuan remaja Malaysia juga antarabangsa yang mengikuti pengajian di SEGi berjaya didalam bidang yang mereka ceburi.


 

Konsortium dan Hubungan Global

SEGi mempunyai rangkaian global yang kuat dengan universiti-universiti kelas pertama di serata dunia juga hubungan koporat dengan syarikat-syarikat ternama dan melengkapkan garaduan dengan pelbagai kelayakan yang berkualiti dan diiktiraf di peringkat antarabangsa juga relevan kepada industri. Konsortium dan hubungan global SEGi bersama universiti-universiti yang berkualiti dan ternama seperti The Universityof Sheffield, University of Abertay Dundee, University of Greenwich, Teeside University of Sunderland di UK, Upper Iowa University di Amerika, Wanganui School of Design di New Zealand, University of Southern Queensland di Australia.





PERMOHONAN ONLINE


Nama Penuh (Seperti dalam I/C):
No. I/C Baru:
Umur / Age:
Tarikh Lahir / Date Of Birth:
No. Telefon / Contact No. :
Hubungi melalui: Call
SMS
WhatsApp
Bangsa / Race: Melayu
India
Cina
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak
Orang Asli
Lain-lain
Agama / Religion: Islam
Kristian
Hindu
Buddha
Lain-lain
Jantina / Sex: Lelaki
Perempuan
Email :
Alamat Surat Menyurat / Address:
Universiti / Kolej Pilihan: SEGi University
MAHSA University
SEGi College Kuala Lumpur
SEGi College Subang Jaya
SEGi College Penang
SEGi College Sarawak
Kelulusan Tertinggi:
SPM Tahun Diambil :
Keputusan SPM Cth : 4A 5B 1C :
Bahasa Malaysia:
Bahasa Inggeris:
Sejarah:
Sains:
Matematik:
Biologi :
Kimia :
Fizik :
Matematik Tambahan :
Senaraikan Keputusan SPM / STPM anda (Tiada dalam senarai):
Kursus Pilihan 1
Kursus Pilihan 2
Kurses Pilihan 3
Kursus Pilihan 4
Mesej Anda :

This HTML form was created by Freedback.

84 comments:

  1. adakah selepas tamat pengajian berpeluang untuk dapat kerja....
    sebab saya takut selepas tmat pengajian peluang kerja tidak ada...so sia-sia saja saya ambil pengajian segi university group...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang untuk dapat kerja amat luas bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang.Pihak kami hanya membantu untuk mencari peluang pekerjaan kepada pelajar kami yang mana hanya 5% dari usaha keseluruhan untuk mendapat kerja. 95% lagi adalah datang dari pelajar sendiri, yang mana termasuk sekali untuk mencapai keputusan cemerlang.

      Jika peluang kerja telah tersedia sekalipin tetapi keputusan(CGPA) adik tidak melepasi tahap minimum untuk memasuki alam pekerjaan, maka adik tetap akan menganggur.

      Anda tunjukkan usaha anda, capai keputusan membanggakan In Sha Allah Kami boleh bantu.

      Delete
  2. Boleh saya tahu kelulusan kemasukkan kolej segi adalah apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minimum 3 Kredit, Lulus BM & Sejarah bagi lepasan SPM 2013. Bagi lepasan SPM 2012 dan sebelumnya, 3 kredit dan lulus BM.

      Delete
    2. untuk tahun 2014, lepasan spm kelulusan masuk ke kolej segi ni kne lulus bm and sejarah jugak ke?

      Delete
    3. Untuk lepasan SPM 2013 - Bm & Sejarah wajib lulus.

      Delete
    4. adakah matematik wajib lulus untuk masuk ke kolej segi?

      Delete
    5. saya nak tanya kalau matematik gagal adakah tidak boleh daftar masuk ke kolej segi?

      Delete
    6. Matematik gagal boleh memohon. Boleh daftar

      Delete
  3. Hello , i ade dpt masuk tawaran ni . Tapi benda ni kan swasta . So , mesti mahalkan nak bayar nanti ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello, Swasta tidak semestinya semua mahal. Di SEGi yuran pendaftaran hanya RM100, & asrama percuma.

      Delete
  4. di sini ada menawarkan jurusan kaunseling ka?saya sudah separuh belajar tentang kaunseling namun disebabkan kolej yang jauh dari rumah membuatkan saya mencari kolej terdekat..kawasan p.pinang

    ReplyDelete
  5. pembelajaran di sini belajar dalam bahasa apa ye?

    ReplyDelete
  6. Pembelajaran dalam bahasa Inggeris

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye,mcm mna nk apply ya?

      Delete
    2. Isi Borang pendaftaran di bawah. Terima Kasih

      Delete
  7. Yuran pendaftarn RM100? Asrama Percuma? Tolong beri info yang benar....Yuran pendaftaran mengikut dalam website SEGI ialah RM500...dan asrama kena bayar ooiiii!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik... sebab tu kena bertanya baru tahu perkara sebenar. Yuran pendaftaran RM100 hanya untuk kos:
      1. Diploma Teknologi Makmal Perubatan
      2. Diploma Kesihatan Persekitaran
      3. Diploma Kejururawatan
      4. Diploma Penjagaan Kesihatan
      5. Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

      Selain daripada kos di atas yuran pendaftaran adalah RM500. Dan semua Program di atas layak mendapat asrama secara percuma.

      Delete
  8. Apa perbezaan SEGi College dan SEGi University? College tu swasta dan University tu kerajaan ke? dan... betul ke kalau lepasan universiti swasta ni cuma dapat diterima kerja dengan swasta je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Aida Syakirah, Perbezaan diantara SEGi College & SEGi University.
      1. Bangunan
      2. Kemudahan & Kelengkapan (Faciliti)
      3. Kursus yang ditawarkan

      College adalah swasta & University juga Swasta (Semua di bawah Segi University Group)

      Semua kursus yang ditawarkan di SEGi University mendapat pengiktirafan MQA (Agensi Kelayakan Malaysia), jadi boleh memohon kerja samada swasta mahupun kerajaan. Bukan semua yang belajar di IPTA boleh dapat kerja selepas tamat belajar. Dan bukan semua lepasan IPTA akan memilih untuk bekerja di sektor kerajaan.

      Apa yang paling penting sekali adalah keputusan (CGPA). CGPA cantik In Sha Allah senang dapat kerja.

      Admin

      Delete
  9. Kos pendidikan awal kanak-kanak terdapat di ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ada. Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak ada ditawarkan di SEGi University.

      Delete
  10. Hai,pada hari taklimat dan pendaftaran pelajar perlu membawa surat tawaran dan hadir dengan ibubapa ke ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bawa surat jemputan ke taklimat. Jika dapat datang bersama ibubapa lebih baik. Supaya ibubapa dapat tahu & boleh mengajukan soalan.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  11. HEllo.. saya nak tanya..kalau saya nak ambil diploma teknologi makmal perubatan apa kelayakkan yg perlu ada.. n brapa kos untuk full time study?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello...kelayakan untuk Diploma Teknologi Makmal Perubatan hanya tiga (3) termasuk salah satu mana-mana subjek sains (subjek sains biasa pun boleh). Dua kredit yang lain, mana2 subjek yang lain.

      Kos untuk full time study ptptn rm45000 termasuk (elaun, pengangkutan, uniform & asrama)

      Delete
  12. Nak tanye...bi kene lulus jugak ke kala nak masuk?
    ...sebab saya bi dah la lemah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fikeri, gagal BI spm boleh memohon. Terima Kasih

      Delete
  13. Nk tnye brape perbelanjaraan utk kos diploma kejururawatan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos keseluruhan utk Diploma Kejururawatan RM45,000 meliputi (Yuran Pengajian, Asrama, Pengangkutan, Elaun, Uniform & Nota Pembelajaran)

      Delete
  14. saya nak tahu pembelajaran di sana dlm bahasa inggeris ke? @ ada dengan bahasa melayu?.....berapa yuran pengajian,yuran pendaftaran,yuran penginapan dan sebagainya utk diploma pendidikan awal kanak2?.....saya hanya dpt 6 kredit dan 3 lulus....tapi saya lemah bahasa inggeris.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Shumin,

      Pembelajaran Dalam Bahasa Inggeris. Yuran pendaftaran hanya RM100 (Sekali bayar sahaja). Pinjaman PTPTN RM36,000 meliputi (Asrama, Pengangkutan, Uniform & Nota Pembelajaran) 6 kredit boleh memohon untuk program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.

      Delete
  15. kalau sy nk apply pendidikan awal kanak-kanak..tapi spm sy hanye 1 kedit aje..rase2 boleh ke sy dapat kos tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarat keleyakan minimum adalah 3 kredit spm

      Delete
  16. adakah pendidikan awal kanak-2 pembelajarannya dalam bahasa inggeris ? dan berapakah kos perberlanjaannya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Pinjaman PTPTN RM24,000 termasuk (Yuran Asrama, Pengangkutan), Yuran pendaftaran RM100. Tidak ada bayaran lain. Asrama diberi sehingga tamat belajar.

      Delete
  17. saya sudah memohon. adakah permohonan saya akan diluluskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Wan Rinawati,

      Kami tidak menerima permohonan online menggunakan nama Wan Rinawati.

      Delete
    2. Kami tidak ada menerima pendaftaran menggunakan nama Wan Rinawati.

      Delete
  18. bulan berapa intake untuk segi college??

    ReplyDelete
  19. Kolej Segi ni swasta or kerajaan ?

    ReplyDelete
  20. Saya nk tanya, segi college boleh mohon ptptn ke? Dan yuran total utk course diploma in accountancy berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mohon PTPTN. Sila PM saya di no ini 013-6039175 untuk keterangan yuran.

      T.Kasih

      Delete
  21. Hi . kalau aliran sastera blh apply dip.kejururawatan ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Aslinda,

      Aliran sastera boleh mohon kejururawatan dengan syarat SPM mestila 5 kredit, termasuk Sains, BI, Math, & lulus BM & Bi

      Delete
  22. hi , boleh saya tahu intake bulan januari dan febuari bila ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mira Fadila,
      Intake untuk setiap program tak sama. Intake January 12/1/2015 & 26/1/2015.
      Intake february tidak ada. Intake March 16/3/2015.

      Mira berminat dalam program apa?

      Delete
  23. Assalammualaikum. Saya nak daftar masuk kolej segi untuk intake bulan dua nanti. Boleh ke
    saya mohon pinjaman mara? Dan berapa tinggi peluang untuk saya dapat pinjaman tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,
      Boleh tak ada masalah. Syarat untuk layak mendapat pinjaman mara adalah sekurang-kurangnya 5 kredit SPM termasuk MATH & BM serta Lulus BI

      Delete
  24. salam, optometry segi diiktiraf MQA ke tidak?

    ReplyDelete
  25. Klau dua je kredit agak2 boleh x apply mna2 kos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Iskhandar Ismail.

      Awak boleh buka link ini untuk apply Diploma Kemahiran Malaysia. http://kolejintake.blogspot.com

      Delete
  26. Salam....saya lepasan matrikulasi tahun ni tapi saya x dpt mana2 tawaran dan keputusan cgpa saya setakat 2.06.....boleh x kalau saya nak sambung degree dlm bidang pengurusan perniagaan? Layak x saya? Ada x intake Nov 2015/2016?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,

      Layak. Anda boleh cuba memohon. Intake terakhir adalah Oct 2015

      Delete
  27. HI SAYA MERLYANA CRISTIL MANGEPAT
    SAYA SANGAT BERMINAT UNTUK MEMASUKI KOLEJ DIPLOMA PERUBATAN OLEH ITU SAYA INGIN BERTANYA
    BEBERAPA SOALAN DISINI
    1]TARIKH PENGAMBILAN TERBARU
    2]KELAYAKAN
    3]YURAN PENDAFTARAN&ASRAMA
    4]TEMPAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,

      1]TARIKH PENGAMBILAN TERBARU : 14/9/2015 & 12/10/2015
      2]KELAYAKAN : Minimum 3 Kredis SPM
      3]YURAN PENDAFTARAN&ASRAMA : Pendaftaran RM100, Asrama FREE
      4]TEMPAT : SEGi University

      Delete
  28. Hai, saya telah mendapat surat tawaran bagi diploma kesihatan persekitaran dan saya amat berminat dengan tawaran tersebut. Namun, pembelajaran di sana menggunakan bahasa inggeris dan saya amat lemah dalam bahasa inggeris. Saya hanya mendapat e dalam mata pelajaran tersebut. Apakah seseorang yang lemah dalam bahasa inggeris seperti saya masih layak untuk berada di sana? Apakah pendapat anda? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mohd Haikal,

      Maaf kerana lambat reply pertanyaan anda. Untuk masuk ke Segi tak perlu dapat A+ subjek BI baru boleh masuk. Ramai yang hanya sekadar lulus BI di peringkat SPM tetapi masih boleh menamatkan pengajian di SEGi. Program Diploma Kesihatan Persekitaran banyak kelebihannya.

      Delete
  29. Kalau degree pembedahan pergigian, berapa pula? Ada pinjaman ptptn?

    ReplyDelete
  30. Berapa ye...! Harga diploma kulinari....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila isi borang yang disediakan. Kaunselor akan menghubungi anda untuk info lanjut.

      Delete
  31. yuran penuh untuk degree in psychology brapa ?

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a) diploma in early childhood education = RM18,100

      c) diploma in hospitality management = RM34,500

      Delete
  33. Hi , saya nak tanya ..kos yang saya nak ambil ni Hotel management so kalau yuran pembayarannya macam mana and berapa ?? Thankyou

    ReplyDelete
  34. Selamat sejahtera. Saya nak tanya, betul ke yuran pengajian untuk degree sebanyak RM21k seperti tertera di banner Segi Subang? Rm21k tu hanya untuk satu tahun(2sem) atau untuk total fees untuk 3 tahun? mohon pencerahan. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh berhubung terus ke SEGi Kolej subang di no 03-8600 1888

      T.Kasih

      Delete
  35. Hai..berapa kos degree automotive engineering? Berapa pula pinjaman ptptn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kos berbeza2, sila whatsapp kami untuk maklumat lanjut. 013-6039175

      Delete
  36. Syarat kelayakan IT apa ya? Berapa harga kos tersebut dan adakah math wajib credit untuk apply kos ini?

    ReplyDelete
  37. jika lulus spm(bm dan sejarah) tapi ada 1 credit saja boleh ambil kos Human Resource ke?, berapa harga bidang tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,

      Kalau ada satu kredit saja, tak boleh apply terus ke diploma. Apa yang anda perlu lakukan adalah

      1. Boleh ambil program Sijil (cth; certificate in business) dah dapat sijil baru boleh sambung ke diploma.

      2. Ambil bidang kemahiran, ambil SKM tahap 3 kemudian terus sambung ke DKM 4. ini lagi cepat cuma ambil masa 2 tahun 3 bulan sahaja untuk dapat diploma.

      3. Apply kat laman web Peneraju. Biasiswa penuh untuk bumiputera.

      t.kasih. harap boleh membantu.

      Delete
    2. Terima Kasih..

      kalau begitu bidang I.T pun boleh ke ambil sijil dgn 1 kredit di Segi college?

      Delete
    3. Certificate in Business sahaja..
      Kalau bidang Kemahiran di KRU Academy ada menawarkan Diploma 3D Animasi, SPM 1 kredit pun boleh masuk. Ada pembiayaan penuh Yayasan Bank Rakyat. lawati laman ini http://kolejintake.blogspot.my

      Terima Kasih.

      Delete
  38. saya nak tnya , syarat kemasukan ke sgi universty dlm bidng kulinri apa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lulus SPM & sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana2 subjek.

      Delete
  39. kalau lulus spm tpi 1 kredit(P.Islam) boleh apply sijil in business di segi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dik, tapi saya cadangkan agar kamu ambil jurusan kemahiran. Jimat masa & permintaan tinggi.

      Delete

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...