Jom Masuk Kolej

Info Pendidikan Dan Kerjaya.

Permohonan Secara Online

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

PENDAFTARAN TERBUKA KE MAHSA UNIVERSITY UNTUK INTAKE JAN DAN FEB 2018 KINI DIBUKA!

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

MAHSA UNIVERSITY

Sila lawati dan klik link ini atau hubungi kami di talian 01126604804.

MAHSA UNIVERSITY September Intake Is Now All Open!

Sila lawati dan klik link ini atau hubungi kami di talian 01126604804.

HUBUNGI PERUNDING DAN PENASIHAT PENDIDIKAN ANDA DAN KLIK INI UNTUK PERMOHONAN ONLINE

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

Wednesday, July 31, 2013

Nasi kosong kuah kicap

Tue, 30 Jul 2013 06:18:29 +0800

Bagan Serai: Seorang ibu tunggal hanya mampu memberi enam anaknya yang masih kecil makan nasi berlaukkan telur goreng dan kicap serta minum air kosong setiap hari.

Rosita Wahab, 37, yang menetap di Penempatan Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) Batu Enam Beriah, Bukit Merah, di sini berkata, itu saja yang mampu disediakan untuk anak-anaknya yang berusia antara lima hingga 12 tahun sama ada pada hari biasa atau pun bulan Ramadan.

Menurutnya, selepas berpisah dengan suami sejak empat tahun lalu, kehidupan mereka tujuh beranak susah memandangkan dia hanya mendapat pendapatan dengan menjala atau memancing ikan.

“Perbelanjaan kami bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kerian sebanyak RM450 sebulan, namun tidak mencukupi kerana tiga anak saya bersekolah dan memerlukan perbelanjaan banyak.

“Kadang kala saya mencari duit lebih dengan menjala atau memancing ikan di kawasan berhampiran Bukit Merah dan mendapat RM25 atau RM30 sehari bergantung kepada cuaca dan musim,” katanya.

metro

Rotan tak siap kerja sekolah

BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.

Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak  pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.

Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.

“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.

Katanya dia membuat laporan polis semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.

“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – Bernama

Tuesday, July 30, 2013

Iklan Hari Raya Petronas - Menyayat Hati





Salam Ramadhan, Selamat Datang Shawal
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


Admin JMK



Iklan Hari Raya - Kasut Buruk




Admin JMK mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.




Friday, July 26, 2013

Selamat datang ke SEGi University

Selamat datang ke SEGi University Admin ucapkan kepada semua pelajar yang baru mendaftar di Segi University Kota Damansara.

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada anda semua kerana telah membuat keputusan bijak yang pastinya selama ini menjadi kegusaran kepada anda semua.

Menjejakkan kaki ke IPT semestinya menjanjikan satu cabaran besar dan pastinya sangat mencabar kepada adik-adik sekalian.

Selamat menempuhi alam pembelajaran yang lebih dewasa dan diharapkan apa yang diimpikan oleh adik-adik sekalian akan tercapai di sini,  Segi University.

Buat laporan polis secara online mulai September

Seremban: Laporan polis secara atas talian (online) melalui portal laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa perlu ke balai polis dijangka mula dilaksanakan akhir September ini.

Pengarah Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman, Datuk Wira Ayub Yaakob, berkata ini diikuti pelaksanaan sistem semakan laporan polis secara online di seluruh negara menjelang akhir tahun.
Mudahkan orang ramai

Pada peringkat awal pelaksanaan, hanya kes tertentu boleh dilaporkan secara online” Ayub Yaakob, Pengarah Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman

Katanya, laporan polis secara atas talian akan memudahkan orang ramai membuat laporan pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.

“Sistem laporan polis secara online sedang dibangunkan dan ketika ini kita sedang meneliti pelbagai aspek, terutama dari segi perundangan.

“Antara perkara itu ialah keperluan tandatangan kerana ketika ini setiap laporan polis perlu ditandatangani pengadu. Mungkin pada peringkat awal pelaksanaan, hanya kes tertentu seperti kemalangan jalan raya yang tidak memerlukan tandatangan boleh dilaporkan secara online,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat kawasan perniagaan Senawang dekat sini semalam. Turut hadir, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh. Bagaimanapun Ayub berkata, sistem laporan polis online diperkenalkan untuk menerima semua laporan.

Maklumat awal

Katanya, pengadu juga dalam sesetengah kes masih perlu datang ke balai polis untuk memberi keterangan lanjut dengan laporan secara online dianggap sebagai maklumat awal yang membolehkan polis mengambil tindakan segera.

Katanya, pengadu boleh membuat laporan polis secara online di mana-mana tempat di seluruh negara, tetapi tindakan susulan dilakukan oleh balai polis tempat kes berlaku.

Sementara itu, katanya sistem semakan laporan polis secara online kini dilakukan secara projek perintis di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

“Ia membolehkan pengadu memeriksa kemajuan siasatan kes yang dijalankan. Dari segi penggunaan, pengadu akan diberi kata laluan yang membolehkan hanya dia mengetahui kes itu,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan kedua-dua sistem itu adalah antara usaha berterusan polis mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan serta seiring dengan tahap kesedaran dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang tinggi di kalangan rakyat. BH

Thursday, July 25, 2013

Guru-guru diingatkan jangan Marah, Mendenda, Merotan atau mengambil tindakan disiplin?



Tudiah.. hahaha! meh sini cikgu payedd nak bagitau.. kepada mak bapa yang tak berapa nak layak jadi mak bapa tu. Sila baca dan faham..

Wahai mak bapa.. tidaklah menjadi kegemaran guru untuk memarah, membebel, merotan dan memukul anak-anak anda.. kami tidak suka.. kami sendiri banyak kerja nak buat selain dari nak marah anak anda yang ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mungkin mewarisi sifat anda.. tapi mahu atau tidak kami sebagai guru perlu untuk memastikan mereka belajar dan melaksanakan tugas. 

Wahai ibu dan bapa.. adakah kamu patuh pada suruhan agama dan Tuhan kamu? kenapa kamu patuh? kerana kamu adalah insan.. kerana kamu adalah hamba.. dan kenapa pelajar perlu untuk patuh dan laksanakan tugas sebagai pelajar? kerana mereka adalah pelajar dan mereka perlu untuk belajar. Saya juga patuh pada Tuhan dan agama saya.. saya juga patuh dan arahan pengetua. Sedang saya yang cikgu pun boleh dengar cakap.. apa kuasa dan kehebatan anak anda sampaikan tidak boleh ditegur walau sedikit. apakah kuasa undang-undang sekarang membuatkan bapa dan ibu buta?

Wahai bapa dan ibu.. kami para guru tidaklah kejam. Tidaklah jahat dan tidaklah gila.. malah, kami rasa, lebih ramai guru-guru yang menjadi gila.. mendapat kencing manis, sakit jantung, darah tinggi semata-mata menghadap muka anak-anak anda setiap hari yang kurang ajar dan melawan guru. Tapi, masih... kesalahan diletakkan di tangan guru. 


Katanya guru tidak pandai mengajar.. wahai bapa dan ibu... kalau dah anak anda menjadi tuhan di sekolah, membuat undang-undang sendiri. Boleh tidur dan tak boleh kena marah bila tak nak belajar, apa kuasa yang kami ada untuk jadikan anak anda sebagai manusia??

Kami bukan tuhan yg boleh berikan hidayah. Kami bukan nabi yang bersifat maksum dan pemaaf setiap masa. Kami hanya guru biasa yang mungkin tidak didengari suara.

Wahai bapak dan ibu.. bila anda anda mendapat keputusan yg cemerlang.. anda akan cakap.. "sebab anak saya pandai"

 
Bila anak anda mendapat keputusan yang corot.. Jawapan anda. "cikgu tu tak pandai mengajar"

Wahai bapa dan ibu. Kalau dah mcm ni la gayanya.. anak anda akan menjadi bodoh.. dan terus menjadi bangang abadi.. walaupun guru yang mengajar anak anda itu.. adalah guru dari syurga.

sekian.. terima kasih.

Yang benar.. guru pedalaman sarawak yang disayangi pelajar.
mohammad farid hanafi~
ok bai*


P/S: Telah diubah suai mengikut ejaan yang betul (Hanya sebahagian)

Sumber 

___________________________________________________________________

Lihat kursus menarik yang ditawarkan di SEGi University


Untuk Memohon Klik link ini: Permohonan Online


Nama Penuh (Seperti dalam I/C):
No. I/C Baru:
Umur / Age:
Tarikh Lahir / Date Of Birth:
No. Telefon / Contact No. :
Hubungi melalui: Call
SMS
WhatsApp
Bangsa / Race: Melayu
India
Cina
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak
Orang Asli
Lain-lain
Agama / Religion: Islam
Kristian
Hindu
Buddha
Lain-lain
Jantina / Sex: Lelaki
Perempuan
Email :
Alamat Surat Menyurat / Address:
Universiti / Kolej Pilihan: SEGi University
MAHSA University
SEGi College Kuala Lumpur
SEGi College Subang Jaya
SEGi College Penang
SEGi College Sarawak
Kelulusan Tertinggi:
SPM Tahun Diambil :
Keputusan SPM Cth : 4A 5B 1C :
Bahasa Malaysia:
Bahasa Inggeris:
Sejarah:
Sains:
Matematik:
Biologi :
Kimia :
Fizik :
Matematik Tambahan :
Senaraikan Keputusan SPM / STPM anda (Tiada dalam senarai):
Kursus Pilihan 1
Kursus Pilihan 2
Kurses Pilihan 3
Kursus Pilihan 4
Mesej Anda :

This HTML form was created by Freedback.

Tuesday, July 23, 2013

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DECE)



Apa itu DECE?

   DECE adalah salah satu program di bawah aliran pengajian Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) yang merupakan salah satu segmen di bawah Education National Key Economic Area (NKEA) bertujuan untuk melahirkan pelajar berkelayakan, menanam semangat keusahawanan pelajar dalam bidang perkhidmatan penjagaan, bimbingan dan pendidikan kanak-kanak.

   Kerajaan Malaysia turut menyasarkan sekurangnya 1.2 juta guru prasekolah dan 800,000 pengasuh yang berkelayakan menjelang 2020. Menurut satu kenyataan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 31 Oktober 2012:

“…hanya 3% guru prasekolah di sektor swasta memperolehi kelayakan diploma atau ijazah dalam pendidikan awal kanak-kanak…saya menyarankan para guru mempunyai sekurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak…Kerajaan akan sentiasa mengkaji bagaimana dapat membantu guru-guru merealisasikan aspirasi ini. Baru-baru ini, PTPTN telah membenarkan sesiapa yang ingin mengikuti Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk memohon pinjaman…” Baca sini

 

  Kelebihan DECE di SEGi


1. SEGi University Group dengan pengalaman melebihi 35 tahun dalam bidang pendidikan telah dipilih  sebagai Juara ECCE di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP)

2. Program mendapat pengiktirafan MQA

3. Terdapat 200,000 peluang kerjaya tersedia

4.  Anggaran gaji permulaan RM1300 dan waktu bekerja yang kebiasaannya separuh hari memberi kelonggaran masa untuk menguruskan kepentingan lain

5. Penginapan, Pengangkutan & Elaun disediakan

6. Pensijilan dwikelayakan bersama University College Plymouth St Mark & St John, UK

7. Pengajian fleksibel secara online dan kelas hujung minggu

8. Peluang Pekerjaan Selepas Tamat Pengajian



SEGi University Group turut menawarkan kursus lain seperti Diploma  Pengurusan Hotel/Hospitaliti, Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Diploma Kesihatan Persekitaran dan Diploma Farmasi. SEGi University Group mempunyai 6 cawangan kampus bertempat di Kota Damansara (Kampus Utama), Kuala Lumpur, Subang Jaya, Seri Kembangan, Penang dan Kuching, Sarawak.

MAKLUMAT PROGRAM DECE ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  • Syarat kemasukan:
  • 3 kredit dan lulus Bahasa Melayu - Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak    
  • Tempoh pengajian 3 tahun
  • Yuran pengajian dibiayai sepenuhnya oleh PTPTN dan pengeluaran KWSP dibenarkan.  
  • Kemudahan asrama yang serba lengkap dan pengangkutan ke kolej disediakan sepanjang tempoh pengajian
  • Yuran pendaftaran RM100 dan deposit asrama RM50.

Berminat? sila isikan borang pendaftaran Online di bawah


PERMOHONAN ONLINE
___________________________________________________________________

Nama Penuh (Seperti dalam I/C):
No. I/C Baru:
Umur / Age:
Tarikh Lahir / Date Of Birth:
No. Telefon / Contact No. :
Hubungi melalui: Call
SMS
WhatsApp
Bangsa / Race: Melayu
India
Cina
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak
Orang Asli
Lain-lain
Agama / Religion: Islam
Kristian
Hindu
Buddha
Lain-lain
Jantina / Sex: Lelaki
Perempuan
Email :
Alamat Surat Menyurat / Address:
Universiti / Kolej Pilihan: SEGi University
MAHSA University
SEGi College Kuala Lumpur
SEGi College Subang Jaya
SEGi College Penang
SEGi College Sarawak
Kelulusan Tertinggi:
SPM Tahun Diambil :
Keputusan SPM Cth : 4A 5B 1C :
Bahasa Malaysia:
Bahasa Inggeris:
Sejarah:
Sains:
Matematik:
Biologi :
Kimia :
Fizik :
Matematik Tambahan :
Senaraikan Keputusan SPM / STPM anda (Tiada dalam senarai):
Kursus Pilihan 1
Kursus Pilihan 2
Kurses Pilihan 3
Kursus Pilihan 4
Mesej Anda :

This HTML form was created by Freedback.

Monday, July 22, 2013

Juruteknologi Makmal Perubatan - Bidang Tugas



Juruteknologi Makmal Perubatan atau Medical Laboratory Technologist (MLT) bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas teknikal berkaitan sains perubatan. Ada negara yang menggelarkan sebagai Saintis Bioperubatan / Saintis perubatan / Saintis Makmal Perubatan.

Sesetengah universiti menggelarkan sebagai Penolong Pegawai Sains Perubatan.

Bidang-bidang tugas MLT berkaitan :

1. Blood bank (imunohematologi) - cth: Tentukan kumpulan darah (ABO grouping) & ujian keserasian darah (cross matching)

2. Hematologi - cth: proses, kaji  sel darah merah / putih dalam darah & bone marrow (air tulang belalakang); berkaitan leukemia,  thalasemia, anemia kekurangan ferum (IDA)

3. Parasitologi - cth: Kaji parasit seperti malaria, protozoa entamoeba coli, histolatica coli, balantidium coli, trichomonas vaginalis, mikrofilaria wuchereria bancrofti, brugia malayi, nematod usus : ascaris lumbricoides (decorticated /corticated; unfertilize / fertilize), trichuris trichiura, enterobius vermicularis, strongiloides stercuralis larva rabditiform / filariform bagi spesimen feses / darah dll

4. Mikrobiologi - cth: kaji bakteria / identifikasi bakteria / culture & sensitiviti seperti klebsiella, escherichia coli, proteus, streptococcus pneumoniae, pyogene, agalactiae; sthapylococcus aureus,epidermides, saprophyticus bagi spesimen sputum, urin, tisu, pus, blood, vagina swab dll.

5. Patologi Kimia - cth: kaji paras glukosa, bilirubin, protein dalam darah / urin; Liver Function Test, Lipid Profile, Renal Profile, Tirod Function Test, Urine Full Examination Microscopi Examination (UFEME), ujian penyaringan / pengesahan dadah

6. Patologi Anatomi (histopatologi) - cth: kaji tisu yang disyaki kanser spt vagina, servik, uterus, breast, usus, paru-paru dll.

7. Sitologi - cth: kaji sel-sel kanser spt smear PAP(HSIL, LSIL) dll


MLT memproses & mengkaji sampel-sampel :
  1. Darah
  2. Urin (Air Kencing)
  3. Feces (Najis)
  4. CSF 
  5. Sperm (Sperma)
  6. Tisu biopsi / autopsi
  7. bone marrow (Sumsum tulang)
  8. swab (tisu, vagina, eye, ear, wound)
  9. dll.
Seterusnya, laporan keputusan makmal dikeluarkan untuk rujukan doktor.

MLT kurang / tidak berhubung secara langsung dengan pesakit. Tugas memungut spesimen darah dll dilakukan oleh doktor / MA / jururawat. Kebanyakan masa MLT berurusan dengan Patologis (Doktor) / pakar bedah & jururawat semasa penerimaan sampel seperti darah / tisu organ jantung paru2, vagina dll.

MLT bekerja di makmal-makmal perubatan, hospital, klinik dan makmal penyelidikan. Ada negara-negara yang memerlukan kelulusan peringkat ijazah atau sarjana untuk bergelar MLT.

MLT melakukan tugas daripada yang mudah seperti uji darah hinggalah yang kompleks seperti ujian HIV/AIDS, diabetes & kanser.

MLT bertanggungjawab menentukan ketepatan hasil ujian makmal & mengemukakan laporan makmal untuk rujukan doktor atau pathologists. Laporan makmal daripada MLT akan mempengaruhi cara rawatan yang bakal diterima pesakit, diagnosis dan pencegahan penyakit.

MLT menjalankan tugas di dalam makmal perubatan yang dilengkapi mikroskop, analyzer / mesen-mesen automatik dan lain-lain keperluan makmal perbatan khasnya dalam kerja-kerja pendiagnosan penyakit.

MLT menerima bahan / spesimen pesakit, menganalisa spesimen, menafsirkan serta melaporkan hasilnya. Berikut adalah ujian-ujian umum yang dilakukan iaitu complete blood count (CBC), comprehensive metabolic panel (CMP), electrolyte panel, liver function tests (LFT), renal function tests (RFT), thyroid function test (TFT), urinalysis , coagulation profile, lipid profile, blood type , analisis air mani (Untuk kesuburan & post-vasectomy studies) & serological studies.

Kadang-kadang dalam kemudahan & tenaga yang terhad di klinik kesihatan, MLT juga perlu mengambil darah pesakit.

Berminat!! Isikan borang pendaftaran online di sini;

http://jommasukkolej.blogspot.com/p/mohon-online.html

Atau isikan borang di bahagian bawah.

PERMOHONAN ONLINE



Nama Penuh (Seperti dalam I/C):
No. I/C Baru:
Umur / Age:
Tarikh Lahir / Date Of Birth:
No. Telefon / Contact No. :
Hubungi melalui: Call
SMS
WhatsApp
Bangsa / Race: Melayu
India
Cina
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak
Orang Asli
Lain-lain
Agama / Religion: Islam
Kristian
Hindu
Buddha
Lain-lain
Jantina / Sex: Lelaki
Perempuan
Email :
Alamat Surat Menyurat / Address:
Universiti / Kolej Pilihan: SEGi University
MAHSA University
SEGi College Kuala Lumpur
SEGi College Subang Jaya
SEGi College Penang
SEGi College Sarawak
Kelulusan Tertinggi:
SPM Tahun Diambil :
Keputusan SPM Cth : 4A 5B 1C :
Bahasa Malaysia:
Bahasa Inggeris:
Sejarah:
Sains:
Matematik:
Biologi :
Kimia :
Fizik :
Matematik Tambahan :
Senaraikan Keputusan SPM / STPM anda (Tiada dalam senarai):
Kursus Pilihan 1
Kursus Pilihan 2
Kurses Pilihan 3
Kursus Pilihan 4
Mesej Anda :

This HTML form was created by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...