Monday, July 22, 2013

Juruteknologi Makmal Perubatan - Bidang Tugas



Juruteknologi Makmal Perubatan atau Medical Laboratory Technologist (MLT) bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas teknikal berkaitan sains perubatan. Ada negara yang menggelarkan sebagai Saintis Bioperubatan / Saintis perubatan / Saintis Makmal Perubatan.

Sesetengah universiti menggelarkan sebagai Penolong Pegawai Sains Perubatan.

Bidang-bidang tugas MLT berkaitan :

1. Blood bank (imunohematologi) - cth: Tentukan kumpulan darah (ABO grouping) & ujian keserasian darah (cross matching)

2. Hematologi - cth: proses, kaji  sel darah merah / putih dalam darah & bone marrow (air tulang belalakang); berkaitan leukemia,  thalasemia, anemia kekurangan ferum (IDA)

3. Parasitologi - cth: Kaji parasit seperti malaria, protozoa entamoeba coli, histolatica coli, balantidium coli, trichomonas vaginalis, mikrofilaria wuchereria bancrofti, brugia malayi, nematod usus : ascaris lumbricoides (decorticated /corticated; unfertilize / fertilize), trichuris trichiura, enterobius vermicularis, strongiloides stercuralis larva rabditiform / filariform bagi spesimen feses / darah dll

4. Mikrobiologi - cth: kaji bakteria / identifikasi bakteria / culture & sensitiviti seperti klebsiella, escherichia coli, proteus, streptococcus pneumoniae, pyogene, agalactiae; sthapylococcus aureus,epidermides, saprophyticus bagi spesimen sputum, urin, tisu, pus, blood, vagina swab dll.

5. Patologi Kimia - cth: kaji paras glukosa, bilirubin, protein dalam darah / urin; Liver Function Test, Lipid Profile, Renal Profile, Tirod Function Test, Urine Full Examination Microscopi Examination (UFEME), ujian penyaringan / pengesahan dadah

6. Patologi Anatomi (histopatologi) - cth: kaji tisu yang disyaki kanser spt vagina, servik, uterus, breast, usus, paru-paru dll.

7. Sitologi - cth: kaji sel-sel kanser spt smear PAP(HSIL, LSIL) dll


MLT memproses & mengkaji sampel-sampel :
  1. Darah
  2. Urin (Air Kencing)
  3. Feces (Najis)
  4. CSF 
  5. Sperm (Sperma)
  6. Tisu biopsi / autopsi
  7. bone marrow (Sumsum tulang)
  8. swab (tisu, vagina, eye, ear, wound)
  9. dll.
Seterusnya, laporan keputusan makmal dikeluarkan untuk rujukan doktor.

MLT kurang / tidak berhubung secara langsung dengan pesakit. Tugas memungut spesimen darah dll dilakukan oleh doktor / MA / jururawat. Kebanyakan masa MLT berurusan dengan Patologis (Doktor) / pakar bedah & jururawat semasa penerimaan sampel seperti darah / tisu organ jantung paru2, vagina dll.

MLT bekerja di makmal-makmal perubatan, hospital, klinik dan makmal penyelidikan. Ada negara-negara yang memerlukan kelulusan peringkat ijazah atau sarjana untuk bergelar MLT.

MLT melakukan tugas daripada yang mudah seperti uji darah hinggalah yang kompleks seperti ujian HIV/AIDS, diabetes & kanser.

MLT bertanggungjawab menentukan ketepatan hasil ujian makmal & mengemukakan laporan makmal untuk rujukan doktor atau pathologists. Laporan makmal daripada MLT akan mempengaruhi cara rawatan yang bakal diterima pesakit, diagnosis dan pencegahan penyakit.

MLT menjalankan tugas di dalam makmal perubatan yang dilengkapi mikroskop, analyzer / mesen-mesen automatik dan lain-lain keperluan makmal perbatan khasnya dalam kerja-kerja pendiagnosan penyakit.

MLT menerima bahan / spesimen pesakit, menganalisa spesimen, menafsirkan serta melaporkan hasilnya. Berikut adalah ujian-ujian umum yang dilakukan iaitu complete blood count (CBC), comprehensive metabolic panel (CMP), electrolyte panel, liver function tests (LFT), renal function tests (RFT), thyroid function test (TFT), urinalysis , coagulation profile, lipid profile, blood type , analisis air mani (Untuk kesuburan & post-vasectomy studies) & serological studies.

Kadang-kadang dalam kemudahan & tenaga yang terhad di klinik kesihatan, MLT juga perlu mengambil darah pesakit.

Berminat!! Isikan borang pendaftaran online di sini;

http://jommasukkolej.blogspot.com/p/mohon-online.html

Atau isikan borang di bahagian bawah.

PERMOHONAN ONLINE



Nama Penuh (Seperti dalam I/C):
No. I/C Baru:
Umur / Age:
Tarikh Lahir / Date Of Birth:
No. Telefon / Contact No. :
Hubungi melalui: Call
SMS
WhatsApp
Bangsa / Race: Melayu
India
Cina
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak
Orang Asli
Lain-lain
Agama / Religion: Islam
Kristian
Hindu
Buddha
Lain-lain
Jantina / Sex: Lelaki
Perempuan
Email :
Alamat Surat Menyurat / Address:
Universiti / Kolej Pilihan: SEGi University
MAHSA University
SEGi College Kuala Lumpur
SEGi College Subang Jaya
SEGi College Penang
SEGi College Sarawak
Kelulusan Tertinggi:
SPM Tahun Diambil :
Keputusan SPM Cth : 4A 5B 1C :
Bahasa Malaysia:
Bahasa Inggeris:
Sejarah:
Sains:
Matematik:
Biologi :
Kimia :
Fizik :
Matematik Tambahan :
Senaraikan Keputusan SPM / STPM anda (Tiada dalam senarai):
Kursus Pilihan 1
Kursus Pilihan 2
Kurses Pilihan 3
Kursus Pilihan 4
Mesej Anda :

This HTML form was created by Freedback.

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...