Thursday, August 1, 2013

Pemain hoki kebangsaan Chua Boon Huat meninggal dunia akibat kemalangan



KUALA LUMPUR: Pemain senior hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut dalam satu kemalangan di lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dekat Kelana Jaya pagi tadi.

Jurucakap polis Petaling Jaya berkata kereta Proton Perdana dipandu Chua, dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air, di LDP dalam kejadian 2.25 pagi itu.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara diketuai seorang pegawai dan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Chua yang tersepit dalam keretanya.

Beliau berkata Chua mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,"

Berasal dari Bukit Cina Melaka, Chua adalah salah seorang pemain hoki kebangsaan paling lama berkhidmat untuk negara.

Beliau memulakan kareer seawal usia 17 tahun dengan pasukan hoki Malaysia dan pernah bermain untuk Sukan Komanwel 1998 .

Mendiang yang mempunyai lebih 300 cap mewakili negara pernah muncul dalam dua final hoki Piala Sultan Azlan Shah pada 2007 dan 2009 .

Kali terakhir beliau beraksi untuk negara ialah dalam kejohanan liga hoki dunia di Johor Bahru.

- Astro Awani


0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...