Jom Masuk Kolej

Info Pendidikan Dan Kerjaya.

Permohonan Secara Online

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

PENDAFTARAN TERBUKA KE MAHSA UNIVERSITY UNTUK INTAKE JAN DAN FEB 2018 KINI DIBUKA!

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

MAHSA UNIVERSITY

Sila lawati dan klik link ini atau hubungi kami di talian 01126604804.

MAHSA UNIVERSITY September Intake Is Now All Open!

Sila lawati dan klik link ini atau hubungi kami di talian 01126604804.

HUBUNGI PERUNDING DAN PENASIHAT PENDIDIKAN ANDA DAN KLIK INI UNTUK PERMOHONAN ONLINE

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

Wednesday, December 11, 2013

Atasi ketagihan Internet

DUA tahun lalu, seorang pemuda di China meninggal dunia akibat bermain permainan komputer atas talian selama tiga hari berturut-turut di sebuah kafe siber di pinggir bandar Beijing. Pemuda berusia 30 tahun itu dilaporkan tidak tidur dan makan tetapi hanya duduk di depan komputer selama tiga hari.

Bulan lalu, seorang pemuda berbangsa Cina berusia 23 tahun di Pulau Pinang meninggal dunia dipercayai bermain permainan komputer tanpa henti selama 15 jam.

Ini antara beberapa kes yang dilaporkan di akhbar dan didapati daripada Internet.

Masalah ketagihan Internet walaupun belum terdapat kajian terperinci di negara ini tetapi beberapa negara seperti Korea dan China telah mempunyai klinik khusus untuk merawatnya.

LekaDi negara ini, Internet serta gajet bukanlah sesuatu yang asing bagi generasi Y kerana sebaik sahaja 'celik mata' mereka sudah didedahkan dengan teknologi berkenaan.

Internet tidak mendatangkan masalah jika digunakan dengan baik oleh mereka yang menggunakannya. Internet mampu menyampaikan maklumat dengan pantas menjadikan dunia tanpa sempadan yang tidak pernah kita terfikir suatu masa dulu.

Bagaimanapun ledakan maklumat boleh menyebabkan seseorang menjadi leka dengan pelbagai laman yang terdapat di dalam Internet.

Akses mudah kepada Internet menjadikan remaja dan kanak-kanak terutama generasi Y menjadi ketagih kepada teknologi maklumat mudah alih ini.

Pensyarah yang juga pakar runding psikitris, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, masalah penggunaan Internet berlebihan boleh disebabkan oleh permainan dalam talian, pornografi, judi Internet dan sosial media.

"Seseorang boleh dikategorikan mempunyai masalah ketagihan Internet apabila menggunakan Internet secara berlebihan sehingga mengabaikan makan, minum, rehat dan tidur," katanya semasa ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mereka yang ketagihan Internet biasanya mempunyai unsur 'withdrawal' iaitu timbul perasaan resah gelisah apabila tidak dapat menggunakan Internet.

Mereka juga mempunyai sifat 'tolerance' iaitu jumlah penggunaan Internet yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.

"Mereka ini juga cenderung menukar gajet yang lebih canggih bagi mendapatkan akses Internet lebih mudah," katanya.

Selain itu mereka yang dikategorikan ketagihan Internet akan mengabaikan keperluan asas seperti makan, minum, tidur, bersosial dan lebih suka menghabiskan masa di depan komputer atau gajet.

Dr. Muhsin berkata, akibatnya penagih Internet akan memberikan kesan negatif kepada produktiviti sama ada di pejabat atau sekolah.

"Mereka akan menghabiskan masa dengan Internet dan mengabaikan tugasan sama ada di pejabat atau di sekolah.

"Malah lebih teruk terdapat pelajar yang mencuri bagi mendapatkan duit ke siber kafe," katanya.

Jelas Dr. Muhsin, mereka ini akan mengalami gangguan emosi dan mengabaikan kesihatan serta ponteng kerja dan sekolah.

Penggunaan Internet yang berlebihan juga akan menyebabkan keletihan yang menjejaskan kesihatan melibatkan mata, jantung, obesiti dan emosi tertekan.

"Bagaimanapun masalah ini tidak disedari oleh individu berkenaan tetapi dapat dikenal pasti oleh orang sekeliling.

"Ibu bapa, adik beradik atau kawan-kawan perlu menegur atau memberikan nasihat jika terdapat tanda-tanda ini pada anak atau rakan mereka," katanya.

Dr. Muhsin berkata, biasanya individu yang terlibat dengan ketagihan Internet tidak mempunyai aktiviti riadah, kurang berkawan dan bersikap introvet iaitu sukar untuk berinteraksi dengan orang sekeliling.

"Mereka lebih gemar meluahkan perasaan kepada media sosial yang disangka hanya perbualan sehala. Tetapi sebenarnya media sosial hanya mendatangkan masalah lebih besar kerana mempunyai audien yang ramai," katanya.

Tambah Dr. Muhsin, remaja memerlukan kehidupan sosial yang sihat bagi mempelajari emosi serta bahasa badan.

Pendedahan kepada gajet yang berlebihan akan menyebabkan hubungan keluarga menjadi renggang.

"Kanak-kanak yang terdedah kepada Internet pada peringkat awal boleh menyebabkan kurangnya interaksi secara fizikal dengan keluarga dan akan memberikan kesan buruk terhadap emosi bagi jangka panjang," katanya.

Tumpuan kepada Internet yang berlebihan boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi longgar dalam jangka masa panjang.

"Sepatutnya perlu ada interaksi dengan ahli keluarga sekurang-kurangnya semasa makan," katanya.

Dr. Muhsin menambah, bagi mengatasi masalah berkenaan ibu bapa perlu memberikan perhatian mengenai penggunaan Internet di kalangan anak-anak kerana pada usia kanak-kanak dan remaja tidak dapat menilai maklumat di dalam Internet.

"Sesetengah negara menyediakan perisian yang sesuai bukan saja untuk mengehadkan penggunaan Internet dan menapis kandungan tetapi juga memantau apa yang dilihat oleh anak mereka.

"Dengan ini ibu bapa boleh memastikan apa yang diakses oleh anak mereka di Internet kerana ini penting bagi perkembangan kanak-kanak," katanya.

Dr. Muhsin berkata, di Korea misalnya, ramai remaja membunuh diri kerana mereka mendapat maklumat mengenainya di Internet.

Justeru remaja dan kanak-kanak perlu dididik mengenai Internet sama ada di sekolah atau di rumah.

Tanpa didikan atau bimbingan, kanak-kanak tidak dapat memilih mana yang benar atau salah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131208/kn_04/Atasi-ketagihan-Internet#ixzz2nARL2RfQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Proton Perdana baharu dilancarkan

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.

Turut hadir Muhyiddin, Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohd Khamil berkata Proton Holdings Berhad (Proton), anak syarikat DRB-HICOM, hari ini menyerahkan kumpulan pertama 200 unit Proton Perdana kepada kerajaan.

Beliau berkata 3,000 unit lagi akan diserahkan kepada kerajaan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh dua tahun bagi menggantikan kumpulan Proton Perdana pada masa ini yang digunakan sebagai kenderaan kerajaan.

"Buat masa ini, Proton Perdana baharu itu hanya untuk kenderaan rasmi kerajaan, termasuk agensi kerajaan dan ia tidak akan dijual kepada orang awam.

"Proton juga menerima permintaan daripada kerajaan negeri dan badan berkanun untuk menukarkan Proton Perdana yang sedia namun ia tertakluk kepada kelulusan," katanya.

Mohd Khamil berkata Proton Perdana merupakan sebahagian daripada program pembangunan yang dijalankan Proton dengan kerjasama Honda Japan Ltd.

Beliau berkata ia merupakan fasa pertama program antara Proton dan Honda, menurut perjanjian kerjasama antara kedua belah pihak akhir tahun lepas.

"Kami menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia atas kepercayaan mereka kepada Proton dan memberikan kami peluang sekali lagi sebagai penyedia kenderaan rasmi kerajaan,” katanya.

Mohd Khamil berkata penggantian model Perdana yang akan digunakan kerajaan Persekutuan adalah di bawah fasa satu perancangan Proton bagi membangunkan segmen D baharu.

Katanya Proton telah memulakan fasa dua program berkenaan yang membabitkan pembangunan seterusnya model segmen D mengikut inisiatif perkongsian platform dengan Honda Japan Ltd, dengan reka bentuk dalaman dan luaran yang baharu.

"Ia akan dilancarkan di pasaran Malaysia dalam tempoh 18 hingga 24 bulan. Ia akan dijual kepada orang awam,” katanya.  - Bernama

Tuesday, December 10, 2013

SABAH : Roadshow SEGi - Disember 2013

Date
Time
Location
Venue
13-Dec-13
10pg - 2ptg
Sandakan
Hotel Sandakan
14-Dec-13
10pg - 2ptg
Kota Kinabalu
Promenade Hotel
15-Dec-13
10pg - 2ptg
Tawau
MB Hotel
21-Dec-13
10pg - 2ptg
Labuan
Mariner Hotel
22-Dec-13
10pg - 2ptg
Kota Kinabalu
Promenade Hotel
24-Dec-13
10pg - 2ptg
Beaufort
Riverpark Hotel
26-Dec-13
10pg - 2ptg
Ranau
Kinabalupine Resort
27-Dec-13
10pg - 2ptg
Sandakan
Hotel Sandakan
28-Dec-13
10pg - 2ptg
Tawau
Heritage Hotel
29-Dec-13
10pg - 2ptg
Kota Kinabalu
Promenade Hotel
13-Dec-13
12tgh - 4ptg
Sandakan
Facon Edu Fair : Sandakan Hotel
14-Dec-13
12tgh - 4ptg
Kota Kinabalu
Facon Edu Fair : Promenade Hotel
16-Dec-13
1ptg - 5ptg
Tawau
MB Hotel 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...