Thursday, January 2, 2014

Selamat Menyambut Tahun 2014

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Salam Tahun Baru 2014. Admin Jom Masuk Kolej berharap agar rakan pengikut serta pengunjung blog Jom Masuk Kolej berada dalam keadaan sihat walafiat.

Semoga Tahun 2013 yang lepas membawa seribu makna kepada kita semua. Jika masih ada azam tahun 2013 yang masih belum tertunai, mungkin Tahun Baru 2014 ini adalah tahun yang bertuah bagi kita untuk menunaikannya.

Tahun mencabar bagi adik-adik yang menduduki SPM 

Bermula peperiksaan SPM 2013, KPM telah memperkenalkan subjek Sejarah sebagai subjek lulus dalam peringkat peperiksaan SPM.

Admin menjangkakan keputusan SPM bermula tahun 2013 dan seterusnya bakal menunjukkan kemerosotan. Ini disebabkan, subjek lulus SPM yang dahulunya hanya Bahasa Melayu, kini telah ditambah dengan Subjek Sejarah.

Untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini, diharapkan agar dapat bersiap siaga untuk menghadapt sistem pendidikan negara yang semakin mencabar.


Admin



PERMOHONAN ONLINE



0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...