Friday, April 18, 2014

Teknologi Makmal Perubatan

Bidang ini hanya merangkumi kerja dalam makmal dan melakukan ujian sepanjang hari. Perubatan tidak akan lengkap tanpa juruteknik makmal. Pada 1932, seorang doktor bernama George Papanicolau menggambarkan ujian makmal pertama, dikenali sebagai ujian Pap Smear. Ia adalah ‘pemerhatian pertama terhadap sel kanser menggunakan mikroskop’ dan kini ia digunakan secara meluas dalam ujian makmal di seluruh dunia. Ia membantu mengurangkan perkembangan kanser sebanyak 75 peratus. Oleh itu, jika anda berminat untuk menceburi bidang ini, pelbagai perkara menarik yang boleh anda lakukan  seperti mencipta vaksin untuk penyakit, membangunkan ubat-ubatan yang berpatutan untuk pasaran negara dunia ketiga dan sebagainya.

Ujian makmal adalah satu aspek penting dalam bidang perubatan untuk pengesanan diagnosis, pencegahan dan rawatan penyakit yang dihidapi manusia. Kini kerja dalam bidang ini menjadi mudah dengan bantuan sistem komputer yang melakukan ujian secara automatik manakala mereka pula melakukan kerja menganalilisis dan mentafsir keputusan.

KERJAYA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN DI MALAYSIA

Buat masa ini, tidak banyak maklumat mengenai permintaan kerjaya sebagai teknologi makmal perubatan di Malaysia, Walaubagaimanapun, adalah jelas bahawa peluang pekerjaan dalam bidang ini akan sentiasa wujud. Di Amerika Syarikat, pekerjaan bagi pekerja-pekerja makmal perubatan dijangka berkembang menjelang 2018. Malah kekurangan kakitangan makmal perubatan bukan sahaja menimbulkan masalah di hospital, bahkan ia turut melibatkan bidang penyelidikan.

Biasanya, graduan dalam bidang ini berkhidmat di hospital dan lain-lain kemudahan perubatan  sama ada di sektor swasta mahupun kerajaan. Walaubagaimanapun, terdapat juga peluang kerjaya di Universiti, makmal penyelidikan patologi dan jabatan pembangunan , farmaseutikal dan dalam bidang perubatan forensik.

PENGKHUSUSAN

Mikrobiologi
Memberi tumpuan kepada pengesanan bakteria, virus dan parasit lain.

Hematologi
Memberi tumpuan kepada analisa (diganti analisis) sampel darah.

Kimia Klinikal
Memberi tumpuan kepada analisis terhadap kewujudan bahan kimia dalam darah.

Bank Darah
Memberi tumpuan kepada penyediaan komponen darah dan plasma untuk pemindahan.

Imunohematologi
Memberi tumpuan kepada proses mengesan penderma sesuai – penggunaan darah penderma untuk pemindahan.

Imunologi
Memberi tumpuan kepada pemeriksaan terhadap tahap imunisasi atau rintangan terhadap penyakit dan membantu dalam kajian untuk pemindahan organ.

Urinalisis
Memberi tumpuan kepada analisis selular dan kimia air kencing.

Urinalisis
Memberi tumpuan kepada analisis selular dan kimia air kencing.

Toksikologi
Memberi tumpuan kepada mengenal pasti kandungan toksik dan dadah dalam cecair badan.

Sumber: ekampus.my

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...