Sunday, May 11, 2014

Ranking bukan asas utama

SEREMBAN – Universiti tidak perlu menjadikan ranking sebagai asas utama dalam kecemerlangan, sebaliknya ahli akademik perlu memfokuskan hasil yang dapat dikeluarkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Menurutnya, institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini perlu menghasilkan graduan berkualiti serta dapat memberi hasil kepada rakyat mengikut keadaan semasa.

Beliau berkata, graduan dihasilkan sesebuah IPT perlu mampu dimanfaatkan kepada rakyat.

“Melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), matlamat ditetapkan kementerian adalah untuk melahirkan seorang graduan berpengetahuan tinggi, berinovatif, mampu berkomunikasi dalam banyak bahasa serta berkemampuan menterjemahkan sesuatu kepada amalan, selain mempunyai nilai-nilai murni dalam amalan kehidupan.

“Merakyatkan IPT itu adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan bagi memastikan graduan dilahirkan itu dapat mencurahkan kembali ilmunya dalam membantu mempertingkatkan pendidikan dalam negara kelak,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Kampus Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) di Bandar Enstek, di sini, semalam.

Hadir sama,  Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad dan Ketua Setiausaha II, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang.

Muhyiddin berkata, bagi memastikan matlamat digariskan itu tercapai, pelaksanaan perlu dimulakan dari peringkat rendah, sebelum ke peringat pengajian tinggi.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, menerusi perencanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan PSPTN, ia dilihat mampu memperkukuhkan lagi pencapaian pendidikan negara.

“Walaupun kajian semula PSPTN ini akan dilakukan, namun kita mendapati mobiliti modal insan dalam bidang pendidikan mula berkembang dengan lebih rancak .

“Malah dilihat berkesan apabila ahli-ahli akademik bekerjasama dengan tenaga pengajar sekolah dalam menentukan hala tuju pendidikan negara,” katanya.



Nama Penuh / Full Name (Seperti dalam I/C):
No. I/C Baru:
Umur / Age:
Tarikh Lahir / Date Of Birth:
No. Telefon / Contact No. (Tidak Dipaparkan):
Bangsa / Race: Melayu
India
Cina
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak
Orang Asli
Lain-lain
Agama / Religion: Islam
Kristian
Hindu
Buddha
Lain-lain
Jantina / Sex: Lelaki
Perempuan
Alamat Email / Email Address (Tidak Dipaparkan) :
Alamat Surat Menyurat / Address:
Kampus SEGi Pilihan: SEGi University
SEGi College Kuala Lumpur
SEGi College Subang Jaya
SEGi College Penang
SEGi College Sarawak
SEGi College Sri Kembangan
Kelulusan Tertinggi:
Bahasa Malaysia Peringkat SPM Anda? Kredit
Lulus
Gagal
Bahasa Malaysia:
Bahasa Inggeris:
Sejarah:
Sains:
Matematik:
Senaraikan Keputusan SPM / STPM anda:
Jumlah Kredit SPM
Kursus Pilihan: Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Diploma Teknologi Makmal Perubatan
Diploma Kesihatan Persekitaran
Diploma Farmasi
Diploma Pengurusan Hotel
Diploma Penjagaan Kesihatan
Diploma Kejururawatan
Diploma Pengurusan Pelancongan
Diploma Seni Kulinari
Diploma Perakaunan
Diploma Admin Perniagaan
Diploma Pemasaran
Diploma Pengurusan Sumber Manusia
Diploma Perbankan Islam
Diploma Pengajian Komputer
Diploma Komunikasi Massa
Diploma Rekabentuk Grafik
Diploma Rekabentuk Multimedia
Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Diploma Psikologi

Create a web form here

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...