Saturday, January 24, 2015

MyBrain 15

MyBrain 15

Program MyBrain15 merupakan satu program pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah dan menjadi salah satu projek agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, pembangunan dan inovasi. 

Objektif:

Pelaksanaan program ini akan dapat membangunkan first world talent base yang akan menjadi salah satu inisiatif untuk memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk menghasilkan seramai 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023. 

Program Ditawarkan

1. MyMaster, 
2. MyPhD, 
3. MyPhD Industri
4. Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI).


MyMaster

  • Program pembiayaan pengajian Ijazah Sarjana di bawah RMK-10.
Objektif:
  • Menggalakkan garaduan meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
  • Menyasarkan penajaan seramai 40,000 orang.
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.  


Kumpulan Sasaran:

  • Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap, kakitangan swasta, pensyarah IPTS, kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA (kontrak/sambilan/sementara) dan pesara kerajaan/badan berkanun/IPTA.
  • Tiada had umur
  • Syarat permohonan klik SINI
Insentif:
  • Pembiayaan yuran pengajian sahaja tidak melebihi RM10,000. Yuran akan dibayar oleh KPM terus kepada pihak bendahari IPT berdasarkan amaun di dalam invois yang diterima.
  • Pemohon perlu memiliki kelayakan akademik yang tidak bersyarat daripada IPT.
  • Pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa di IPTA atau IPTS dalam semua bidang.
  • Pemohon tidak boleh menerima biasiswa lain.
  • Pemohon dikehendaki menandatangani perjanjian bersama seorang penjamin, tetapi tidakn terikat untuk berkhidmat dengan mana-mana pihak selepas tamat pengajian.
  • Kelulusan tertakluk kepada syarat dan prosedur permohonan yang ditetapkan.

MyPhD
  • Program pembiayaan pengajian Ijazah Kedoktoran di bawah RMK-10.
Objektif:
  • Meningkatkan bilangan profesional tempatanyang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti.
  • Menyasarkan penajaan seramai 5,000 orang.
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
Kumpulan Sasaran:
  • Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap, kakitangan swasta, pensyarah IPTS, kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA (kontrak/sambilan/sementara) dan pesara kerajaan/badan berkanun/IPTA.
  • Tiada had umur
  • Syarat permohonan klik SINI.
Insentif:
  • Pembiayaan yuranpengajian sahaja tidak melebihi RM24,000. Jika tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap, pemohon layak menerima elaun sara hidup RM2,300 sebulan. Yuran akan dibayar oleh KPM terus kepada bendahari IPT berdasarkan amaun di dalam invois yang diterima. Elaun sara hidup akan dibayar terus ke akaun pelajar.
  • Pemohon perlu memiliki kelayakan akademik yang telah ditetapkan dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT.
  • Pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa di IPTA atau IPTS dalam semua bidang.
  • Pemohon tidak boleh menerima biasiswa lain.
  • Pemohon dikehendaki menandatangani perjanjian bersama seorang penjamin. Selepas tamat pengajian, perlu berkhidmat di Malaysia atau mana-mana organisasi yang berkepentingan kepada Malaysia selama 5 tahun
  • Kelulusan tertakluk kepada syarat dan prosedur permohonan yang ditetapkan.

MyPhD Industri:
  • Program pembiayaan pengajian Ijazah Kedoktoran di bawah RMK-10.
Objektif:
  • Menggalakkan penyertaan industri dlam bidang penyelidikan dan inovasi serta meningkatkan kolaborasi di antara industri dan universiti.
  • Menyasarkan penajaan seramai 500 orang.
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
Kumpulan Sasaran:
  • Kakitangan swasta
  • Kakitangan badan berkanun yang diasingkan saraan.
  • Tiada had umur
  • Syarat permohonan klik SINI.
Insentif:
  • Pembaiayaan yuran pengajian sahaja tidak melebihi RM50,000. Yuran akan dibayar oleh KPM terus kepada pihak bendahari IPT berdasarkan amaun di dalam invois yang diterima.
  • Pemohon perlu memiliki kelayakan akademik yang telah ditetapkan dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT.
  • Pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa di IPTA atau IPTS yang di senaraikan.
  • Perlu ada MOU/MOA di antara IPT dan Industri.
  • Kelulusan tertakluk kepada syarat dan prosedur permohonan yang ditetapkan.

Permohonan MyBrain15
  • Permohonan dibuka sepanjang tahun sehingga tahun 2015.
MyMaster & MyPhD:
  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui laman sesawang MyBrain15.
  • Syarat permohonan MyMaster.
  • Syarat permohonan MyPhD.
MyPhd Industri:
  • Permohonan perlu dikemukakan ke Bahagian Biasiswa, KPM melalui Sekolah/Institut Pengajian Siswazah IPT.
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel.
  • Maklumat lanjut dan terkini boleh didapati di laman sesawang MyBrain15
  • Syarat permohonan MyPhD Industri.

PRA-PERMOHONAN ONLINE




Nama Penuh (Seperti dalam I/C):
No. I/C Baru:
Umur / Age:
Tarikh Lahir / Date Of Birth:
No. Telefon / Contact No. :
Hubungi melalui: Call
SMS
WhatsApp
Bangsa / Race: Melayu
India
Cina
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak
Orang Asli
Lain-lain
Agama / Religion: Islam
Kristian
Hindu
Buddha
Lain-lain
Jantina / Sex: Lelaki
Perempuan
Email :
Alamat Surat Menyurat / Address:
Universiti / Kolej Pilihan: SEGi University
MAHSA University
SEGi College Kuala Lumpur
SEGi College Subang Jaya
SEGi College Penang
SEGi College Sarawak
Kelulusan Tertinggi:
SPM Tahun Diambil :
Keputusan SPM Cth : 4A 5B 1C :
Bahasa Malaysia:
Bahasa Inggeris:
Sejarah:
Sains:
Matematik:
Biologi :
Kimia :
Fizik :
Matematik Tambahan :
Senaraikan Keputusan SPM / STPM anda (Tiada dalam senarai):
Kursus Pilihan 1
Kursus Pilihan 2
Kurses Pilihan 3
Kursus Pilihan 4
Mesej Anda :

This HTML form was created by Freedback.

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...