Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, jumlah permohonan tersebut menunjukkan sambutan daripada orang ramai untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu amat menggalakkan.

Menurutnya, permohonan ber­kenaan termasuk dalam kalangan calon bukan Melayu yang menunjukkan ada peningkatan.

“Sambutan permohonan daripada bukan Melayu amat menggalakkan berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program pengambilan pegawai Kor Sukarelawan Siswa Siswi (Suksis) ke jawatan kadet Inspektor di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said.

Sementara itu, Acryl Sani menjelaskan, lepasan Kor Suksis mempunyai peluang untuk menceburkan diri dalam bidang kepolisan apabila habis pengajian kelak.

Pelancaran tersebut merupakan langkah pertama PDRM untuk merealisasikan pelantikan pegawai Kor Suksis sebagai Inspektor dalam pasukan berkenaan.

Pengambilan itu disasarkan kepada pegawai Kor Suksis institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang ditauliahkan dan dijangka dilantik sebagai kadet Inspektor pada penghujung Mei 2015.

Kira-kira 1,075 pegawai Kor Suksis dikenalpasti oleh Unit Kor Suksis IPTA untuk sesi ujian fizikal dan temuduga secara berperingkat bermula 3 Mac hingga 28 Mac ini.

Pegawai yang melepasi ujian fizikal akan melalui proses temuduga sepanjang April ini dan ditawarkan jawatan kadet Inspektor apabila melepasi tapisan jenayah serta tapisan keselamatan serta lulus ujian integriti. Utusan

Kesimpulan

Apa kau ingat senang nak dapat kerja sekarang!
Bertuah siapa yang dapat, kasihan siapa yang tak dapat. Mungkin rezeki anda di tempat lain. 

Siapa yang dapat kerja atas usaha keras sendiri tahniah untuk anda. Dan siapa yang dapat kerja disebabkan ada KABEL kuat tahniah juga untuk anda.