Monday, October 5, 2015

Abang mati ditikam tegur adik berebut remote astro

Port Dickson: Seorang lelaki hilang pertimbangan apabila menikam abangnya yang kemudiannya mati ketika dalam perjalanan ke hospital kerana ditegur berebut alat kawalan jauh televisyen di Kampung Chuah, di sini, petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Helmizi Imran, 33, cedera parah di dada akibat ditikam adiknya berusia 23 tahun dengan pisau pada jam 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, mangsa ditikam selepas bergelut dengan suspek yang berang selepas ditegur berebutkan alat kawalan jauh yang dipegang anak lelaki mangsa berusia lima tahun.

"Tikaman itu menyebabkan mangsa rebah sebelum dibawa ke hospital oleh seorang lagi adik mangsa.

"Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Port Dickson akibat cedera parah di dada.

"Sejurus selepas menikam abangnya suspek melarikan diri dengan memandu Proton Wira dipercayai pulang ke rumahnya di Johor Bahru," katanya.

Baharudin berkata, mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.

"Usaha memburu suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...