Wednesday, October 28, 2015

Akademik dan minat seiringan

SATU pencapaian yang membanggakan buat diri sendiri, ibu bapa, institusi pengajian dan masyarakat, apabila mahasiswa mampu menamatkan pengajian mengikut masa, bidang dan minat tersendiri. Setiap kursus yang dipilih, menjanjikan rezeki dan peluang kerjaya masing-masing, cuma masanya mungkin cepat atau lambat.

Penguasaan mahasiswa dalam bidang yang diambil mampu dibuktikan dengan segulung ijazah namun, ukuran kejayaan dalam merealisasikan minat sering kali dilihat melalui kerja keras mereka menggilap bakat dari satu tahap ke peringkat lebih tinggi. Satu usaha yang harus dipuji kerana mereka mampu menjadi graduan serba boleh.

Perkongsian pengalaman dan pandangan menarik daripada beberapa graduan sempena menamatkan pengajian dalam istiadat konvokesyen di universiti masing-masing adalah usaha keras membuktikan akademik dan minat mereka seiringan dan berjaya membuahkan hasil. Dalam mengejar cita-cita, beberapa mahasiswa dan graduan ini menggandakan usaha untuk membuktikan minat dan bakat mereka mampu bersinar dalam bidang pilihan masing-masing.

Ia juga diharap menjadi panduan kepada mahasiswa-mahasiswa lain yang mungkin berkeinginan untuk menceburi bidang yang berlainan dengan apa yang dipelajari. Sesungguhnya langkah terbaik itu menjadi paltform untuk mara ke peringkat lebih tinggi, suatu hari nanti. 

Syabas dan tahniah di atas usaha kalian. Moga-moga perkongsian ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.

Sinar

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...