Saturday, October 24, 2015

Bangkit selepas gagal ke luar negara

SINTOK: Farzana Zulkifli, 24, dari Butterworth, Pulau Pinang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti di United Kingdom dua tahun lalu.

Namun kegembiraan beliau terhalang kerana gagal memperoleh biasiswa untuk melanjutkan pelajaran akibat kekurangan satu mata dalam peperiksaan peringkat A-Level.

Bagaimanapun kecemerlangannya dalam bidang akademik tetap terserlah apabila beliau hari ini menjadi penerima Anugerah Pelajaran Diraja dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Majlis Konvokesyen UUM ke-28 di sini.

Beliau adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan, kursus yang sama yang ditawarkan di luar negara itu.

"Alhamdulillah saya berjaya tamatkan pengajian tiga tahun saya dengan kejayaan cemerlang," katanya. Farzana kini bekerja di Muzium Emas di Pulau Pinang adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam. --

BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...