Sunday, October 25, 2015

MARA dapat pinjaman RM3.7 bilion biaya pelajar

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan diberi pinjaman RM3.7 bilion untuk membiayai pelajar susulan permohonan pinjaman RM1 bilion yang dikemukakan agensi itu.

“Bagi MARA, pinjaman sebanyak RM3.7 bilion akan diberikan untuk membiayai 72, 000 pelajar Bumiputera di mara flagperingkat pendidikan yang lebih tinggi,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sewaktu pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, Jumaat petang.

Menurutnya, agensi Bumiputera lain seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera diberikan RM150 juta setiap satu untuk membiayai program masing-masing.

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini meminta pinjaman RM1 bilion untuk membiayai pelajar mereka di Jordan dan Mesir ekoran penyusutan nilai matawang ringgit dan peningkatan dalam yuran universiti.

MARA dikatakan menghadapi defisit RM500 juta disebabkan oleh nilai ringgit yang lebih lemah dan tambahan RM280 juta dalam yuran universiti.

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...