Jom Masuk Kolej

Info Pendidikan Dan Kerjaya.

Permohonan Secara Online

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

PENDAFTARAN TERBUKA KE MAHSA UNIVERSITY UNTUK INTAKE JAN DAN FEB 2018 KINI DIBUKA!

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

MAHSA UNIVERSITY

Sila lawati dan klik link ini atau hubungi kami di talian 01126604804.

MAHSA UNIVERSITY September Intake Is Now All Open!

Sila lawati dan klik link ini atau hubungi kami di talian 01126604804.

HUBUNGI PERUNDING DAN PENASIHAT PENDIDIKAN ANDA DAN KLIK INI UNTUK PERMOHONAN ONLINE

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

Thursday, November 12, 2015

Citrawarna buka tirai konvo Unimas



KOTA SAMARAHAN 12 Nov. - Perarakan Citrawarna tanpa henti selama tiga jam bertemakan The Colours Of The World di Dataran Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini malam tadi, membuka tirai Majlis Festival Konvokesyen Unimas 2015.

Perarakan bermula pukul 8 malam itu memukau kira-kira 5,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai peringkat umur untuk menyaksikan persembahan pelajar yang memaparkan kreativiti dan inovatif dalam mempersembahkan tarian kebudayaan serta kese­nian daripada 18 kumpulan yang mengambil bahagian.

Kolej Allamanda diumumkan menjuarai pertandingan Citrawarna Unimas 2015 bagi kategori kolej dan anugerah pakaian terbaik manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Samarahan menjuarai kategori sekolah menengah.

Tempat kedua bagi kategori kolej dimenangi oleh Kolej Bunga Raya dan tempat ketiga disandang oleh Kolej Cempaka.

Bagi kategori sekolah, tempat kedua disandang oleh SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor dan tempat ketiga, Sekolah Seni Malaysia.

Juara bagi kedua-dua kategori membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 beserta piala, manakala tempat kedua mendapat wang tunai (RM1,500) dan piala, seterusnya tempat ketiga (RM1,000) dan piala.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Menteri Muda Pelancongan negeri, Datuk Talip Zulpilip.
Yang turut hadir, Naib Canselor Unimas, Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Mohd. Fadzil Abdul Rahman dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Wan Hashim Wan Ibrahim.

Pesta Konvokesyen Unimas 2015 berlangsung selama tujuh hari mulai semalam hingga 17 November ini.

Pelbagai acara pengisian telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang festival berlangsung termasuk pembukaan kira-kira 80 gerai yang merupakan terbanyak pernah disediakan oleh penganjur.

Antara acara menarik diadakan ialah Kejohanan Tarik Tali Terbuka Unimas, Duathlon Challenge, Pesta Buku Konvokesyen, Khatamal Al-Quran, Pertandingan Nyanyian Minus-One Unimas 2015, Battle of the Band, Pertandingan Senam Seni, Pertandingan Joran Persada, pameran agensi luar dan swasta serta Program Festival Jalanan Unimas.

Turut diadakan program berbentuk kesukanan dan kesihatan seperti ConFest Health Care Day dan Run4Life!, Konsert Perdana Festival Konvokesyen Unimas 2015 yang menampilkan kumpulan Drama Band, penyanyi tempatan Leez Zwita dan artis sedang meningkat popular berasal dari Sarawak, Ir Radzi.


Wednesday, November 11, 2015

Malaysia juara keseluruhan Kejohanan Robotik Dunia


SEPANG 10 Nov. – Kontinjen Malaysia muncul juara keseluruhan Kejohanan Robotik Dunia 2015 yang berlangsung di Doha, Qatar pada 6 hingga 8 November lalu selepas me­rangkul tiga pingat emas, dua pingat gangsa dan dua Anugerah Kecemerlangan.

Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan, Rozainum Ahmad berkata, kejayaan tersebut cukup bermakna buat negara sekali gus mencatat sejarah dinobatkan sebanyak lima kali sebagai juara keseluruhan Kejohanan Robotik Dunia.

Beliau berkata, kejayaan tersebut juga mencerminkan komitmen kementerian dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama erat pihak swasta di negara ini untuk melahirkan generasi yang mampu bersaing di peringkat global.

“Kejayaan adalah hasil sokongan dan kerjasama semua pihak sama ada kerajaan, swasta dan juga ibu bapa. Pada penyertaan tahun lalu kita muncul naib juara keseluruhan dan pada tahun ini kita berjaya menebus kehampaan tersebut.

“Sebanyak 44 negara menyertai Kejohanan Robotik Dunia 2015 dan kejayaan Malaysia muncul juara keseluruhan adalah amat membanggakan lebih-lebih lagi buat kali kelima dalam tempoh tujuh tahun,” katanya ketika ditemui selepas menyambut ketibaan pelajar yang menyertai kejohanan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Menurut Rozainum, pingat emas yang diraih Malaysia adalah dalam kategori Terbuka Sekolah Rendah melalui pasukan YC Adventure Kidz dianggotai oleh tiga murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai, Petaling Jaya, Selangor iaitu Yong Saan Cern, 10; Lim Yi Hang, 10; dan Wong Jim Tim, 10.

“Pingat emas kedua diraih dalam kategori Terbuka Sekolah Menengah Rendah melalui pasukan Robotist yang dianggotai tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 4, Subang Jaya iaitu Liew Chan Yue, 15; Ruhanesh Suthan, 15; dan C. Jaimishran, 15.

“Pingat emas ketiga pula diraih dalam kategori Gen II Football melalui pasukan Aramaitee dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu, Sabah yang dianggotai oleh Zahin Arif Saiful Azian, 15; Mohamad Fawwaz Zakwan Mohd. Noor, 16; dan Muhamad Ridwan Shahidan, 16," katanya.

Dua pingat gangsa pula dirangkul melalui kategori Terbuka Sekolah Rendah dan kategori Terbuka Sekolah Menengah Atas manakala dua Anugerah Kecemerlangan pula dimenangi oleh pasukan SKBU2 Team A dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2, Johor Bahru, Johor dan pasukan Starbot dari SK Sri Tebrau, Johor Bahru. Utusan

PENDAFTARAN ONLINE


Nama Penuh (Seperti dalam I/C):
No. I/C Baru:
Umur / Age:
Tarikh Lahir / Date Of Birth:
No. Telefon / Contact No. :
Hubungi melalui: Call
SMS
WhatsApp
Bangsa / Race: Melayu
India
Cina
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak
Orang Asli
Lain-lain
Agama / Religion: Islam
Kristian
Hindu
Buddha
Lain-lain
Jantina / Sex: Lelaki
Perempuan
Email :
Alamat Surat Menyurat / Address:
Universiti / Kolej Pilihan: SEGi University
MAHSA University
SEGi College Kuala Lumpur
SEGi College Subang Jaya
SEGi College Penang
SEGi College Sarawak
Kelulusan Tertinggi:
SPM Tahun Diambil :
Keputusan SPM Cth : 4A 5B 1C :
Bahasa Malaysia:
Bahasa Inggeris:
Sejarah:
Sains:
Matematik:
Biologi :
Kimia :
Fizik :
Matematik Tambahan :
Senaraikan Keputusan SPM / STPM anda (Tiada dalam senarai):
Kursus Pilihan 1
Kursus Pilihan 2
Kurses Pilihan 3
Kursus Pilihan 4
Mesej Anda :

This HTML form was created by Freedback.

Saturday, November 7, 2015

Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak diiktiraf memasuki universiti awam

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi kekal dengan keputusan tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi tujuan kemasukan ke universiti awam.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching, berkata antara rasional UEC tidak diterima pakai sebagai kelayakan masuk ke universiti awam termasuk sijil itu tidak selari dengan kurikulum kebangsaan seperti terkandung dalam Akta Pendidikan 1996.

"Selain itu, Bahasa Melayu dalam UEC tidak setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan liputan sejarah negara dalam kurikulum UEC adalah tidak mencukupi.

"Syarat am kelayakan masuk universiti awam hendaklah lulus SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan UEC bagi diterima pakai kelayakan masuk ke universiti awam sekiranya pindaan terhadap kandungan kurikulum UEC dibuat agar selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

UEC adalah sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia (MICSS) dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.

Yuran universiti awam antara paling rendah di dunia


KUALA LUMPUR: Yuran untuk pelajar tempatan di universiti awam di negara ini ialah yang paling rendah di dunia, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang berkata kerajaan memperuntukkan subsidi sekurang-kurangnya RM16,000 bagi setiap pelajar semasa  tempoh pengajian.

"Sebagai contoh, pelajar Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) membayar yuran sekitar RM2,000 setiap tahun bagi kursus ijazah kejuruteraan dan RM1,500 setahun untuk kursus ijazah perniagaan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Kenyataan itu adalah susulan laporan bertajuk 'The 11 Most Expensive Countries For A University Education' (11 Negara Paling Mahal Bagi Pendidikan Universiti) yang disiarkan dalam Businessinsider.com., semalam.

Merujuk kepada statistik mengenai pendapatan bulanan isi rumah daripada Jabatan Perangkaan, Zaini berkata dengan pendapatan bulanan isi rumah purata RM6,141 atau RM73,692 setahun pada 2014, ia menunjukkan bahawa isi rumah di Malaysia membelanjakan hanya tiga peratus daripada gaji tahunan mereka bagi yuran tuisyen di universiti awam.

"Ini bercanggah dengan laporan yang disiarkan dalam laman sesewang itu yang merujuk kepada 20 universiti awam di Malaysia, dan menyatakan bahawa isi rumah di Malaysia purata membelanjakan kira-kira 55 peratus daripada gaji mereka yang cuma RM2,052 sebulan bagi yuran universiti awam, dan bahawa ibu bapa akan mengalami pemotongan lebih separuh daripada gaji mereka untuk membayar tanpa biasiswa," kata beliau.

Zaini berkata kadar pengambilan di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) telah menyaksikan peningkatan konsisten secara sepenuh masa dengan kadar pengambilan meningkat daripada 376,000 pada 2004 kepada 698,000 pada 2014, yang disiarkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.

Beliau berkata Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pinjaman pelajaran dengan 75 peratus daripada pelajar Malaysia di universiti awam mendapat manfaat bagi menampung yuran dan kos sara hidup pada 2013 dan 2014.

Zaini berkata pelajar Malaysia juga mendapat manfaat daripada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh yayasan dan agensi kerajaan dan layak bagi biasiswa kerajaan 'MyBrain15' untuk memupuk pembangunan modal insan dengan melanjutkan pengajian lepasan ijazah.


Pinjaman tersebut secara automatik bertukar kepada biasiswa bagi pelajar yang memperoleh diploma dengan mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.67 atau lebih tinggi, kata beliau.

PERMOHONAN ONLINE
Nama Penuh (Seperti dalam I/C):
No. I/C Baru:
Umur / Age:
Tarikh Lahir / Date Of Birth:
No. Telefon / Contact No. :
Hubungi melalui: Call
SMS
WhatsApp
Bangsa / Race: Melayu
India
Cina
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak
Orang Asli
Lain-lain
Agama / Religion: Islam
Kristian
Hindu
Buddha
Lain-lain
Jantina / Sex: Lelaki
Perempuan
Email :
Alamat Surat Menyurat / Address:
Universiti / Kolej Pilihan: SEGi University
MAHSA University
SEGi College Kuala Lumpur
SEGi College Subang Jaya
SEGi College Penang
SEGi College Sarawak
Kelulusan Tertinggi:
SPM Tahun Diambil :
Keputusan SPM Cth : 4A 5B 1C :
Bahasa Malaysia:
Bahasa Inggeris:
Sejarah:
Sains:
Matematik:
Biologi :
Kimia :
Fizik :
Matematik Tambahan :
Senaraikan Keputusan SPM / STPM anda (Tiada dalam senarai):
Kursus Pilihan 1
Kursus Pilihan 2
Kurses Pilihan 3
Kursus Pilihan 4
Mesej Anda :

This HTML form was created by Freedback.

Thursday, November 5, 2015

Kerajaan sasar dua universiti tempatan capai sasaran antara 100 IPT terbaik dunia

Datuk Seri Idris Jusoh
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi menjangkakan dua daripada universiti tempatan akan mencapai status antara 100 institut pengajian tinggi (IPT) terbaik di dunia dalam tempoh dua tahun.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ranking universiti awam di negara ini semakin mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun.

"Contohnya Universiti Malaya baru-baru ini tersenarai pada ranking 146 terbaik di dunia. Ini merupakan kali pertama universiti tempatan melepasi siling ranking 150 universiti terbaik dunia," kata Idris ketika menjawab soalan lisan daripada Datuk Zaim Abu Hasan (BN-Parit) di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Idris juga berkata, dari segi kualiti pengajian bidang di universiti tempatan juga meningkat dari semasa ke semasa.

"Kita lihat sebagai contoh, Universiti Sains Malaysia menawarkan pengajian bidang Sains pada ranking 31 terbaik dunia," jelas Idris. 
AstroAwani

PERMOHONAN ONLINE


Nama Penuh (Seperti dalam I/C):
No. I/C Baru:
Umur / Age:
Tarikh Lahir / Date Of Birth:
No. Telefon / Contact No. :
Hubungi melalui: Call
SMS
WhatsApp
Bangsa / Race: Melayu
India
Cina
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak
Orang Asli
Lain-lain
Agama / Religion: Islam
Kristian
Hindu
Buddha
Lain-lain
Jantina / Sex: Lelaki
Perempuan
Email :
Alamat Surat Menyurat / Address:
Universiti / Kolej Pilihan: SEGi University
MAHSA University
SEGi College Kuala Lumpur
SEGi College Subang Jaya
SEGi College Penang
SEGi College Sarawak
Kelulusan Tertinggi:
SPM Tahun Diambil :
Keputusan SPM Cth : 4A 5B 1C :
Bahasa Malaysia:
Bahasa Inggeris:
Sejarah:
Sains:
Matematik:
Biologi :
Kimia :
Fizik :
Matematik Tambahan :
Senaraikan Keputusan SPM / STPM anda (Tiada dalam senarai):
Kursus Pilihan 1
Kursus Pilihan 2
Kurses Pilihan 3
Kursus Pilihan 4
Mesej Anda :

This HTML form was created by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...