Thursday, December 31, 2015

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

DEFINISI

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat.


RASIONAL

Rasional menghargai dan memberi pengiktirafan SBT kepada sekolah dalam Sistem Pendidikan Malaysia adalah untuk:
1.  Mengangkat Kualiti Sekolah-sekolah Terbaik

Meningkatkan kualiti pencapaian sekolah melalui peningkatan tahap autonomi untuk membolehkan   sekolah melaksanakan inovasi dalam pendidikan (contoh: pengurusan organisasi, pengurusan instruksional, pengurusan kurikulum,  pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia).

2.  Menghasilkan Murid Cemerlang

Menghasilkan murid cemerlang yang berkaliber antarabangsa supaya dapat melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan terbaik di dunia dan seterusnya   menjadi personaliti  unggul dalam semua bidang yang diceburi.

3.   Merapatkan Jurang Antara Sekolah-sekolah Dalam Sistem

Menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan   kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi melalui penandaarasan, bimbingan dan jaringan dengan SBT.

PEMILIHAN

 1.  Saringan Pertama

Sekolah yang berada dalam Band Satu (1),  iaitu sekolah rendah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 85 peratus (%), dan sekolah menengah yang mendapat skor komposit  sekurang-kurangnya 90 peratus (%) wajib mengisi Borang Pencalonan Pengiktirafan SBT (BPP-SBT). Skor komposit merupakan 70% Gred Purata Sekolah (GPS) dan 30% Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Sekolah akan disenaraikan mengikut skor komposit dan markah dalam BPP-SBT.

2.  Saringan Kedua

KPM akan memilih sekolah yang layak daripada Band Satu (1) untuk dinilai dan diverifikasi dengan Instrumen SKPM dan Annex-SBT oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Annex-SBT akan menilai lima (5) ciri kecemerlangan dan keunggulan sekolah iaitu personaliti unggul, anugerah diterima, jalinan, jaringan dan penandaarasan.

3.  Saringan Ketiga

Sekolah yang telah diverifikasi oleh JNJK disusun mengikut markah penarafan SKPM dan Annex-SBT.  Hanya  sekolah yang mendapat skor sekurang-kurangnya 90 peratus (%) dalam penarafan SKPM yang telah diverifikasi oleh JNJK dan skor sekurang-kurangnya 40 peratus (%) dalam Annex-SBT akan diambil kira. Jawatankuasa Pemilihan akan memilih sekolah yang layak untuk diiktiraf sebagai SBT.

4.  Ganjaran

Sekolah yang menerima pengiktirafan SBT diberi peruntukan khas, insentif dan  latihan untuk pemimpin, guru dan Anggota Khidmat Pengurusan (AKP). Pihak pengurusan sekolah juga diberi autonomi dalam aspek:
- pengurusan kurikulum; pengurusan kewangan; pengurusan sumber manusia berdasarkan prestasi; dan pemilihan murid.

Untuk Maklumat lanjut boleh berhubung dengan:
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor
No Tel: 03-8321 7400

SENARAI SEKOLAH SBT
BILKOHORTKATEGORINEGERISEKOLAH
11SRJOHORSK BANDAR UDA 2
21SRWP KUALA LUMPURSK BUKIT DAMANSARA
31SRPERAKSK CONVENT KOTA
41SRWP KUALA LUMPURSK SERI BINTANG UTARA
51SRWP KUALA LUMPURSK TAMAN TUN DR ISMAIL 1
61SRKELANTANSK ZAINAB 2
71SMSELANGORKOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
81SMNEGERI SEMBILANKOLEJ TUNKU KURSHIAH
91SMNEGERI SEMBILANSEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK
101SMSELANGORSEKOLAH SERI PUTERI
111SMWP PUTRAJAYASEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
121SMJOHORSEKOLAH TUN FATIMAH
131SMKEDAHSM SULTAN ABDUL HALIM
141SMSELANGORSMK (P) SRI AMAN
151SMPULAU PINANGSMK (P) ST GEORGE
161SMWP KUALA LUMPURSMK AMINUDDIN BAKI
171SMKEDAHSMK SULTANAH ASMA
181SMMELAKASMS MUZAFFAR SYAH
191SMPERLISSMS TUANKU SYED PUTRA
201SMPERAKTHE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR
212SRSELANGORSJKC LICK HUNG
222SRPULAU PINANGSJKC PEREMPUAN CHINA
232SRSARAWAKSJKC TUNG HUA
242SRPAHANGSK (P) METHODIST KUANTAN
252SRJOHORSK CONVENT MUAR
262SRSELANGORSK JALAN 3
272SRSELANGORSK SEKSYEN 9
282SRPAHANGSK SERI BIRAM
292SRWP KUALA LUMPURSK SETIAWANGSA
302SRKEDAHSK SULTAN AHMAD TAJUDDIN
312SRTERENGGANUSK SULTAN ISMAIL
322SRSARAWAKSK ULU LUBAI
332SMSELANGORSBPI GOMBAK
342SMKEDAHSBPI KUBANG PASU
352SMPAHANGSBPI TUN ABDUL RAZAK
362SMPERAKSEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN
372SMTERENGGANUSM IMTIAZ BESUT
382SMNEGERI SEMBILANSMAP LABU
392SMSELANGORSMK JALAN EMPAT
402SMTERENGGANUSMK LEMBAH BIDONG
412SMKELANTANSMKA NAIM LILBANAT
422SMWP KUALA LUMPURSMS ALAM SHAH
432SMSELANGORSMS KUALA SELANGOR
442SMSARAWAKSMS KUCHING
452SMSARAWAKSMS MIRI
462SMJOHORSMS MUAR
472SMSABAHSMS SABAH
482SMWP KUALA LUMPURSMS SELANGIR
492SMWP KUALA LUMPURSMS SERI PUTERI
502SMPAHANGSMS TENGKU ABDULLAH
512SMKELANTANSMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
522SMNEGERI SEMBILANSMS TUANKU MUNAWIR
533SRJOHORSJKC FOON YEW 2
543SRKEDAHSJKC KEAT HWA H
553SRPULAU PINANGSJKC KWANG HWA
563SRJOHORSK (P) SULTAN IBRAHIM
573SRPAHANGSK ASSUNTA CONVENT
583SRKEDAHSK IBRAHIM
593SRJOHORSK INFANT JESUS CONVENT
603SRPULAU PINANGSK MINDEN HEIGHT
613SRTERENGGANUSK SULTAN SULAIMAN 1
623SRTERENGGANUSK TENGKU MAHMUD
633SMJOHORSMS JOHOR
643SMJOHORSMS KOTA TINGGI
653SMKEDAHSMS SULTAN MOHAMAD JIWA
663SMNEGERI SEMBILANSMS TUANKU JAAFAR
673SRPERAKSJKC AVE MARIA CONVENT
683SRPULAU PINANGSJKC UNION
693SRMELAKASJKC YOK BIN
703SRJOHORSK BANDAR MAHARANI
713SRJOHORSK BANDAR PENAWAR 2
723SRPULAU PINANGSK BERTAM INDAH
733SRMELAKASK CONVENT INFANT JESUS (2)
743SRPERLISSRK SERI INDERA
753SRSABAHSK SRI GAYA
763SRKEDAHSK SULTANAH ASMA
773SRTERENGGANUSK TENGKU AMPUAN INTAN
783SRKELANTANSK ZAINAB 1
793SRMELAKASK (P) METHODIST 2
803SMTERENGGANUKolej Sains Pendidikan Islam Terengganu
SM Imtiaz Kuala Terengganu
813SMTERENGGANUSBPI BATU RAKIT
823SMPAHANGSBPI KUANTAN
833SMMELAKASBPI SELANDAR
843SMPAHANGSEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH
853SMJOHORSMK INFANT JESUS CONVENT
863SMJOHORSMK SULTAN ISMAIL
873SMSELANGORSMS HULU SELANGOR
883SMPULAU PINANGSMS KEPALA BATAS
893SMWP LABUANSMS LABUAN
903SMKEDAHSMS POKOK SENA
913SMTERENGGANUSMS SULTAN MAHMUD
924SRPULAU PINANGSJK(C) HAN CHIANG
934SRSELANGORSK TAMAN MEGAH
944SRPERAKSK MARIAN CONVENT
954SRWP PUTRAJAYASK PUTRAJAYA PRESINT 11 (1)
964SRJOHORSK TENGKU MARIAM
974SRJOHORSJKT LADANG REM
984SRSELANGORSK BUKIT JELUTONG
994SRMELAKASK CONVENT OF THE INFANT JESUS 1 (M)
1004SRWP KUALA LUMPURSK CONVENT BUKIT NANAS (1)
1014SRPULAU PINANGSK CONVENT GREEN LANE
1024SRWP KUALA LUMPURSJK(C) KUEN CHENG 2
1034SRPERAKSK SULTAN IDRIS II
1044SRSELANGORSK SRI PETALING
1054SRPAHANGSK CONVENT
1064SMPULAU PINANGSMKA AL-IRSHAD
1074SMMELAKASMKA SHARIFAH RODZIAH
1084SMSELANGORSM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
1094SMPERAKSBP INTEGRASI GOPENG
1104SMPERAKSM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH
1114SMNEGERI SEMBILANSBP INTEGRASI JEMPOL
1124SMKELANTANSM SAINS MACHANG
1134SMKEDAHSM SAINS KUBANG PASU
1144SMJOHORSMK DATO’ PENGGAWA BARAT
1154SMSELANGORSBP INTEGRASI RAWANG
1165SRPAHANGSJK(T) RINGLET
1175SRWP PUTRAJAYASK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2)
1185SRPAHANGSK ST. THOMAS
1195SRSABAHSK LINGGA BARU
1205SRKEDAHSK AIR MERAH
1215SRKELANTANSK SERI WAKAF BAHARU
1225SRSELANGORSK SAUJANA IMPIAN
1235SRKELANTANSK KUBANG KERIAN 3
1245SRTERENGGANUSK KAMPONG RAJA
1255SMPAHANGSMK ABDUL RAHMAN TALIB
1265SMPULAU PINANGSMK BUKIT JAMBUL
1275SMPULAU PINANGSM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN
1285SMNEGERI SEMBILANSM SAINS REMBAU                                                  

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...