Jom Masuk Kolej

Info Pendidikan Dan Kerjaya.

Permohonan Secara Online

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

PENDAFTARAN TERBUKA KE MAHSA UNIVERSITY UNTUK INTAKE JAN DAN FEB 2018 KINI DIBUKA!

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

MAHSA UNIVERSITY

Sila lawati dan klik link ini atau hubungi kami di talian 01126604804.

MAHSA UNIVERSITY September Intake Is Now All Open!

Sila lawati dan klik link ini atau hubungi kami di talian 01126604804.

HUBUNGI PERUNDING DAN PENASIHAT PENDIDIKAN ANDA DAN KLIK INI UNTUK PERMOHONAN ONLINE

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

Friday, March 4, 2016

Tingkatan 6: Apa yang perlu anda tahu


Latar Belakang
Tingkatan Enam telah mula beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu.
Murid-murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM), layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pasca menengah iaitu Tingkatan Enam, jika menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama 3 penggal. Terdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan Enam di sekolah menengah harian iaitu aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains.

Syarat Kemasukan
Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.  Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.

Aliran
Mata (Unit)
Sains Sosial
12
Sains
18
Agama
14

Semua tawaran kemasukan dibuat secara atas talian dan  calon-calon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Matlamat
Tingkatan Enam merupakan laluan pendidikan bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengembangkan bakat dan kreativiti seterusnya menjadi generasi muda berimpak tinggi, glokal dan universal.  Mereka ini akhirnya membawa kesejahteraan kepada negara disamping mendapat kelayakan yang memenuhi standard antarabangsa.

Objektif
Objektif pelaksanaan pendidikan Tingkatan Enam adalah untuk:
a.        meningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi;
b.        memberi pendidikan berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang tinggi;
c.        memberi pendidikan yang setara dengan program prauniversiti yang lain;
d.        memastikan murid lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi; dan
e.        membentuk kepemimpinan menuju ke arah membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotisme, dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional.

Penjenamaan Semula Tingkatan Enam
Penjenamaan Semula Tingkatan Enam menjadi salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 dengan hasrat untuk:
a.        memperkasa pendidikan Tingkatan Enam melalui peningkatan imej, sistem, dan kualiti pendidikan setaraf dengan pendidikan lepasan menengah yang lain selepas SPM seperti Matrikulasi atau pusat asasi sains, kerana ianya dilihat sebagai salah satu laluan utama murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke universiti;
b.        mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan Tingkatan Enam ;
c.        membangun dan memupuk nilai kepimpinan yang tinggi dalam kalangan murid Tingkatan Enam .

Lima fokus utama Penjenamaan Semula Tingkatan Enam adalah seperti yang berikut:
a.      Imej dan Anjakan Minda.
b.      Info dan Infrastruktur.
c.      Pengurusan dan Pentadbiran.
d.      Mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
e.      Kurikulum.

Pusat Tingkatan Enam terbahagi kepada tiga Mod iaitu:
Mod 1 - sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya murid-murid Tingkatan Enam sahaja dan diajar oleh guru-guru akademik yang telah dilantik sebagai guru Tingkatan Enam.
Mod 2 - sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau bagaimanapun, Pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.
Mod 3 - sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang jauh daripada bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam, dan beroperasi  di sekolah arus perdana.

Kurikulum Tingkatan Enam
Pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah dimulai pada pengambilan sesi 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.
Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM. Namun begitu, hanya empat atau lima mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib. Manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua murid. Mata pelajaran STPM yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

Bil
Kod
Mata Pelajaran

Bil
Kod
Mata Pelajaran
1.
900
Pengajian Am

12.
944
Ekonomi
2.
910
Bahasa Melayu

13.
946
Pengajian Perniagaan
3.
911
Bahasa Cina

14.
948
Perakaunan
4.
912
Bahasa Tamil

15.
950
Mathematics (M)
5.
913
Bahasa Arab

16.
954
Mathematics (T)
6.
920
Literature in English

17.
958
Information and Communications Technology(ICT)
7.
922
Kesusasteraan Melayu Komunikatif

18.
960
Physics
8.
930
Syariah

19.
962
Chemistry
9.
931
Usuluddin

20.
964
Biology
10.
940
Sejarah

21.
966
Sains Sukan
11.
942
Geografi

22.
970
Seni Visual

Tiga kemahiran utama yang diterapkan dalam pendidikan Tingkatan Enam ialah kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah (soft skills).

Kokurikulum  Tingkatan Enam
Semua murid Tingkatan Enam wajib terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan pemarkahan 10 peratus kokurikulum adalah berdasarkan pengiraan dua markah tertinggi dalam  bidang berikut:
a.    Kelab/ Persatuan;
b.    Sukan/ Permainan; dan
c.    Badan Beruniform

Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah selama 1 ½ tahun:

a.    Penggal 1: Mei hingga November
  • 26 minggu termasuk :
    • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
    • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
    • Peperiksaan Penggal 1 (P1)

b.    Penggal 2: Januari hingga Mei
  • 20 minggu termasuk :
    • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
    • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
    • Peperiksaan Penggal 2 (P2)

c.    Penggal 3: Mei hingga November
  • 26 minggu termasuk :
    • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
    • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
    • Peperiksaan Penggal 3 (P3), peperiksaan Ulang 1 (U1), dan peperiksaan Ulang 2 (U2)
Kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal, iaitu P1, P2, dan P3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun.

Pentaksiran
Pentaksiran dilaksanakan melalui peperiksaan akhir berpusat (wajaran 60% - 80%) dan kerja kursus (wajaran 20% - 40%). Peratusan wajaran adalah berbeza mengikut mata pelajaran. Murid mesti menduduki peperiksaan akhir berpusat P1, P2, dan P3. Murid juga mesti melaksanakan Kerja Kursus.
Murid akan menerima keputusan peperiksaan setiap penggal. Mereka boleh memperbaiki keputusan peperiksaan P1 dan P2 dengan menduduki peperiksaan U1 dan/atau U2. Pentaksiran pencapaian murid dan keputusan peperiksaan adalah berdasarkan ketiga-tiga penggal. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah kumulatif keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal seperti yang berikut:

Terbaik [(P1 atau U1) + (P2 atau U2) + P3 +  Kerja Kursus]

Yuran

Yuran peperiksaan bagi empat atau/dan lima mata pelajaran adalah percuma bagi calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, kecuali calon sekolah swasta dan persendirian individu.

Komponen  Yuran
Kos (RM)
Yuran asas
120.00
Yuran setiap mata pelajaran
90.00
Caj menduduki semula peperiksaan akhir per kertas (Ulangan)
50.00

Penggredan STPM

Gred Kertas (Berdasarkan setiap penggal)
Gred Mata Pelajaran
(Kumulatif)
Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP)
Status
A
A
4.00
Lulus Penuh
A-
A-
3.67
Lulus Penuh
B+
B+
3.33
Lulus Penuh
B
B
3.00
Lulus Penuh
B-
B-
2.67
Lulus Penuh
C+
C+
2.33
Lulus Penuh
C
C
2.00
Lulus Penuh
C-
C-
1.67
Lulus Sebahagian
D+
D+
1.33
Lulus Sebahagian
D
D
1.00
Lulus Sebahagian
F
F
0.00
Gagal

Pengiktirafan
Sijil STPM mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), danCambridge Assessment, England.
Murid yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan kokurikulum layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. 
Sijil STPM turut diterima oleh JPA untuk menjawat perjawatan dalam perkhidmatan Kerajaan.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia

Sumber: http://www.moe.gov.my/my/tingkatan-enam


Thursday, March 3, 2016

Mangsa lemas cemerlang SPM


Batu Pahat: Suasana pilu menyelubungi dewan Sekolah Menengah Sains (SMS) Batu Pahat di sini, hari ini apabila seorang daripada pelajarnya yang mendapat keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 adalah mangsa lemas di Pantai Rhu 10, Setiu, Kuala Terengganu, Disember lalu.
Keputusan Allahyarham Muhammad Wafiq Mohd Noor, 17, itu diumumkan oleh Pengetuanya, Mohd Alim Konting dan sijil keputusan diserahkan kepada ibu dan bapanya Zabedah Kamdan, 56, dan Mohd Noor Ismail, 59.

Mohd Alim berkata, keputusan cemerlang itu seperti dalam jangkaan mereka berikutan prestasi Allahyarham yang amat baik sepanjang sesi pembelajarannya di sini.

MOHD Alim (berbaju Melayu) menyerahkan sijil SPM kepada ibu bapa Allahyarham ketika majlis pengumuman keputusan SPM 2015. FOTO Mohd Hanafis Abdul Haris 

"Arwah mendapat 7A dalam kertas percubaan lalu, namun usaha gigih dipamerkan pelajar itu menjadikan saya dan guru yang lain percaya dia akan mendapat keputusan cemerlang untuk SPM ini.

"Namun ketika penyampaian slip keputusan SPM di dewan sekolah tadi, arwah diwakili oleh ibu bapanya. Suasana gembira bertukar sebak apabila saya mengumumkan arwah turut tersenarai dalam 28 calon 9A dalam SPM 2015," katanya.

Dalam kejadian 9.30 pagi 21 Disember lalu, dua remaja dari Johor, Muhamad Naim Adnan, 17, dan Muhamad Wafiq yang mengikuti program keagamaan berbentuk kem ibadah lemas ketika mandi di Pantai Rhu 10, Setiu.

Mayat Muhamad Naim ditemui 11.45 pagi keesokan harinya manakala mayat Muhamad Wafiq ditemui selepas lima hari operasi mencari dan penyelamat dijalankan.

JMK: Innalillahwaainahirojiun.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/120032#sthash.DmSMX0A0.dpuf


Apa Maksud kod 1119(GCE-O) dalam slip SPM anda?


Pasti ada diantara anda yang tertanya-tanya akan kod ini. 1119(GCE-O).

GCE 1119 gred Bahasa Inggeris Esei SPM. Bahasa Inggeris anda ditandai dengan standard British.

Kertas soalan 1119 ini ditanda sebanyak dua kali iaitu mengikut standard  pemarkahan di Malaysia, dan satu lagi mengikut standard O-Level  



Gred yang anda diperolehi secara rasmi diberikan berdasarkan penanda aras British O-Level  dan adalah dianggap bersamaan dengan GCE O-Level di United Kingdom dan Singapura, dan ia boleh digunakan untuk memenuhi keperluan Bahasa Inggeris di kebanyakan universiti di UK, Australia dan New Zealand.

Standard ini secara umumnya boleh diguna pakai di hampir semua negara Komanwel.

Semoga Bermanfaat.


SPM 2015: Calon peroleh A menurun

KETUA Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof (tengah) bersama Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Datin Nawal Salleh (kanan) dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan), Datuk Seri Kharil Awang melihat analisis keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah 

PUTRAJAYA - Seramai 9,721 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 mendapat keputusan cemerlang (Gred A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran, namun menurun 0.25 peratus berbanding 11,289 calon pada 2014.    

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata Indeks Gred Purata Nasional (GPN) 2015 turut mencatatkan penurunan 0.07 kepada 5.15 berbanding 5.08 pada 2014.    

Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik.  
  
"Penurunan jumlah calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran dan penurunan GPN bukan satu kelemahan yang ketara dan signifikan. Ia adalah dalam julat yang dibenarkan iaitu 3 peratus," katanya dalam sidang media bagi mengumumkan analisis keputusan SPM 2015, di sini hari ini.    

"Ia juga menggambarkan turun naik prestasi murid dan berlakunya fluctuation (turun naik). Penurunan ini juga dipengaruhi jumlah calon yang menduduki SPM 2015 yang lebih rendah iaitu 440,682 calon berbanding 455,839 calon pada tahun 2014," katanya.

Khair berkata faktor yang turut menyumbang kepada penurunan calon yang mendapat keputusan cemerlang dan GPN ialah perubahan dalam format soalan.

"Sekarang ada soalan aras tinggi berbanding sebelum ini, yang soalan sekarang memerlukan kemahiran berfikiran kreatif," katanya.

Berdasarkan analisis keputusan, Indeks GPN menunjukkan penurunan iaitu dari 4.93 pada tahun 2013 kepada 5.08 (2014) dan 5.15 (2015).    

Beliau berkata Kementerian Pendidikan akan meneruskan usaha dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.    

"Saya percaya setiap negeri akan membuat analisis di negeri masing-masing dan menilai kaedah pengajaran guru sama ada sesuai dengan keperluan kurikulum, pentaksiran dan sejauh mana murid-murid (pelajar) menguasai soalah-soalan yang diberikan.    

"Dua perkara yang akan diberi fokus ialah kaedah guru mengajar dan cara murid belajar. Kita akan memastikan berlakunya peningkatan kemajuan," kata Khair.    

Pada tahun lepas, beliau berkata seramai 346,681 calon (84.9 peratus) yang mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran layak dianugerahkan sijil, dengan 316,506 orang (91.3 peratus) ialah calon sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), manakala selebihnya 30,175 (8.7 peratus) adalah calon selain sekolah KPM.    

Beliau berkata jurang pencapaian calon di bandar dan luar bandar mengecil 0.05 iaitu 0.50 pada 2015 berbanding 0.55 pada 2014.    

Dalam pada itu, tujuh calon berkeperluan khas memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki, seorang pelajar buta, rabun (empat orang) dan lain-lain kecacatan (dua), katanya.    

Sementara itu Khair berkata pakar pentaksiran dari luar negara berpuas hati dengan proses pembinaan instrumen, pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan dan Mesyuarat Penentuan Standard telah dilaksanakan dengan penuh profesionalisme dan kredibiliti    

Pakar pentaksiran berkenaan kialah daripada Cambridge International Examinations (CIE), United Kingdom, New Zeland Qualifications Authority (NZAQ), New Zealand dan Pearson, United Kingdom, kata Khair.    

"Mereka juga berpendapat bahawa kesemua proses tersebut menepati ciri-ciri piawaian pentaksiran pendidikan dan telah diurus secara sistematik bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan keputusan peperiksaan yang tinggi," katanya.    

Beliau berkata kerjasama Lembaga Peperiksaan dengan CIE United Kingdom memberi peluang kepada 211,179 calon (51.9 peratus) berjaya memperoleh GCE-O Level bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris pada tahun 2015.    

"Sijil tersebut yang diiktiraf oleh Common European Framework of Reference (CEFR) for Languages membolehkan calon berkelayakan SPM melanjutkan pelajaran ke inistitusi pengajian tinggi di luar negara," katanya.    

Selain itu, beliau berkata 43,896 calon daripada sejumlah 76,072 calon menduduki mata pelajaran Prinsip Perakaunan layak menerima sijil LCCI Level 2 Book Keeping and Account, kerjasama Lembaga Peperiksaan dan Pearson, UK.     

Khair berkata calon boleh menyemak keputusan SPM 2015 mereka melalui khidmat pesanan ringkas (mySMS) atau melayari portal Lembaga Peperiksaan di www.lp.edu.my. - Bernama




Wednesday, March 2, 2016

FAKTA SPM 2015

Perkara
Bilangan
Pusat Peperiksaan
3,501 (Sekolah)
Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan & Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
379,466 Orang Calon
MRSM
9,786 Orang Calon
Sekolah Menengah agama Negeri
7,769 Orang Calon
Sekolah Swasta
12,216 Orang Calon
Persendirian
29,799 Orang Calon
Sekolah Menengah Agama Rakyat
1,647 Orang Calon
JUMLAH CALON SPM 2015
440,682 Orang

Keputusan SPM 2015 akan duimumkan esok 3 Mac 2016, bermula jam 10 pagi di sekolah masing-masing. 

Tarikh Dan Masa 
  • 3 Mac 2016, bermula jam 10 pagi. 
Lokasi / Tempat 
  • Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah masing-masing 
  • Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar dahulu 
Semakan Keputusan SPM 2015 Guna Sms 
Calon-calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM menerusi Sistem Mesej Singkat mySMS dengan menaip format penghantaran mesej seperti berikut 

Taip SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888 
Contoh: SPM 981403025778 KC007B067 hantar ke 15888 

Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online

Sila layari pautan https://sppat.moe.gov.my/semakan/ 

Tarikh & Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi MARA 2016


Tarikh & Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2016

Kuala Lumpur
  • 5 – 6 Mac 2016 (Sabtu & Ahad)
  • Lokasi:Dewan Utama, Aras 6, Premiera Hotel, Kuala Lumpur
Kelantan
  • 9 – 10 Mac 2016 (Rabu & Khamis)
  • Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan
Kedah
  • 12 – 13 Mac 2016 (Sabtu & Ahad)
  • Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Alor Setar, Kedah
Sarawak
  • 12 – 13 Mac 2016 (Sabtu & Ahad)
  • The Hills Shopping Mall, Kuching, Sarawak
Pulau Pinang
  • 19 – 20 Mac 2016 (Sabtu & Ahad)
  • Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang
Pahang
  • 26 – 27 Mac 2016 (Sabtu & Ahad)
  • Megamall, Kuantan, Pahang
Perak
  • 26 – 27 Mac 2016 (Sabtu & Ahad)
  • Dewan Indera Mulia, Ipoh, Perak RTC Gopeng, Perak
Johor
  • 2 – 3 April 2016 (Sabtu & Ahad)
  • Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor
Sabah
  • 2 – 3 April 2016 (Sabtu & Ahad)
  • IMAGO KK Times Square, Kota Kinabalu, Sabah
Terengganu
  • 9 – 10 April 2016 (Sabtu & Ahad)
  • Terengganu Trade Center (TTC), Kuala Terengganu, Terengganu
Melaka
  • 9 – 10 April 2016 (Sabtu & Ahad)
  • MITC, Ayer Keroh, Melaka
Selangor
  • 16 – 17 April 2016 (Sabtu & Ahad)
  • Anggerik Mall, Shah Alam, Selangor


Sumber: Tarikh & Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi MARA 2016 | melvister.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...