Jom Masuk Kolej

Info Pendidikan Dan Kerjaya.

Permohonan Secara Online

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

PENDAFTARAN TERBUKA KE MAHSA UNIVERSITY UNTUK INTAKE JAN DAN FEB 2018 KINI DIBUKA!

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

MAHSA UNIVERSITY

Sila lawati dan klik link ini atau hubungi kami di talian 01126604804.

MAHSA UNIVERSITY September Intake Is Now All Open!

Sila lawati dan klik link ini atau hubungi kami di talian 01126604804.

HUBUNGI PERUNDING DAN PENASIHAT PENDIDIKAN ANDA DAN KLIK INI UNTUK PERMOHONAN ONLINE

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

Sunday, January 31, 2016

Keputusan STPM 2015 Diumumkan 2 Mac 2016


Tarikh rasmi bila keputusan STPM 2015 diumumkan keluar pada 2 Mac 2016. Menerusi surat pekeliling yang diedarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), semakan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM 2015 akan diumumkan keluar mulai Rabu 2 Mac 2016. Calon boleh mengambil slip keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 12.00 Tengah Hari pagi pada tarikh keputusan STPM diumumkan. Selain itu, calon juga boleh membuat semakan menerusi applikasi sistem pesanan ringkas SMS.
Tarikh Keputusan Rasmi STPM 2015 Diumumkan 2 Mac 2016

Tarikh: Rabu 2 Mac 2015
Masa: 12.00 Tengah Hari
Lokasi: Sekolah masing-masing

Semakan Keputusan STPM 2015 SMS

STPM Result < Jarak > No Kad Pengenalan  15888

Pekeliling Kenyataan Rasmi Keputusan STPM 2015




Sumber: Tarikh Rasmi Keputusan STPM 2015 Diumumkan 2 Mac 2016 | melvister.com 
 

ASWARA : Program Diploma Animasi Hanya RM7000 Untuk 3 Tahun Pengajian


Admin berkesempatan mendengar taklimat dari dekan Fakulti Animasi dan Multimedia Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), En. Jazmi Jamal. 

Apa yang menarik perhatian Admin adalah yuran yang rendah disamping ASWARA ini juga berada di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. 

Terdapat 10 fakulti di ASWARA antaranya adalah Fakulti Muzik, Fakulti Tari, Fakulti Teater, Fakulti Penulisan Kreatif, Fakulti Filem & Televisyen, Fakulti Pengurusan Seni & Budaya, Fakulti Animasi & Multimedia, Fakulti Rekaan Komunikasi Visual, Pusat Pengan Pasca Siswazah (Kursi P.Ramlee) dan Pusat Seni Pentas Tradisional (PUTRA). 

Admin ingin menyentuh Fakulti Animasi & Multimedia.

Diploma Animasi
MQA/FA3001
Modul program ini melatih pelajar untuk menjadi perancang dan penggiat industri animasi yang boleh menguasai kemahiran sebagai animator. Para pelajar akan didedahkan dengan teori dan kemahiran produksi menghasilkan animasi 2D dan animasi 3D serta kemahiran menggunakan teknologi multimedia bertujuan penerbitan yang lebih sistematik. Kaedah pembelajaran secara studio melayakkan pelajar menjadi lebih pakar dan terperinci dalam mempelajari ilmu animasi.

Modul Utama Pengajian :

• 2D Animation
• Computer Modeling
• Life Drawing
• Video & Sound Editing
•  The Art of Storytelling
• Cinematography


 • Portfolio Development
 • Computer Animation
 • Animation Project


Tempoh Pengajian : 3 Tahun

Yuran : RM7+++.00 sahaja sepanjang pengajian 3 Tahun 

Syarat Kemasukan: 
DIPLOMA 

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam Bahasa Melayu dan tiga mata pelajaran lain; 

ATAU 
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan satu prinsipal; dan lulus mata pelajaran Ekonomi, 

DAN 
Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon 

DAN 
Lulus temuduga dan ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA


Ijazah Sarjana Muda Animasi dengan Kepujian
MQA/PA7915
Program ini memberi peluang kepada pelajar yang berminat, berbakat, dan berpengalaman dalam bidang animasi untuk mendalami ilmu animasi dan media kreatif. Pelajar akan didedahkan dengan teori, kaedah, pendekatan dan praktis yang lebih sistematik untuk menghasilkan animasi sebagai produk kreatif media. Kaedah pembelajaran secara studio, kuliah, dan e-Pembelajaran dengan mengaplikasikan teknologi pendidikan terkini seperti blended learning, game-based learning, dan mobile learning. Pengisian program dirangka secara teliti yang merangkumi keperluan kemahiran industri animasi. Program ini melahirkan penggiat industri yang profesional untuk memenuhi keperluan sumbangan industri kreatif terhadap ekonomi negara.

Modul Utama Pengajian :

• Character Design
• 3D Modeling
• Script Writing
• 3D Computer Animation
• Animation Project
• Visual Effects for Animation
• Narrative Cinematic
• Illustration
• Storyboard
• Integrated Design Studio
• Research Methodology
• Visual Effects for Animation
• History of Arts
• Law in the Arts


 • Motion Capture
 • Animation Merchandising
 • Sound Design for Visual Media
 • Programming Language
 • Multimedia & Communication
 • Animation Special Workshop
• ARTpreneurship

Tempoh Pengajian: 3 Tahun

Yuran: RM6000.00 sahaja sepanjang 3 tahun pengajian

Syarat Kemasukan:

Diploma ASWARA atau Diploma dari IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau setaraf dan kepujian Bahasa Melayu peringkat SPM 

ATAU 
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya 3 prinsipal 

ATAU 
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pengalaman berkhidmat sekurang-kuranynya 3 tahun bagi Pegawai Kebudayaan, Pembantu Muzium, Penolong Pegawai Arkib, Artis Budaya, Pemuzik atau mana-mana jawatan kumpulan sokongan yang berkaitan dan telah sah dalam perkhidmatan; 

DAN 
Lulus temuduga dan ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA 

DAN 
mestilah menduduki Malaysian University English Test (MUET) dan mencapai sekurang-kurangnya tahap 1 seperti yang telah ditetapkan oleh Akademi


BORANG PERMOHONAN ON-LINE

·    Borang permohonan kemasukan on-line bagi Sesi Akademik 2015/2016 (I). Pemohon yang ingin mengikuti program yang ditawarkan boleh membuat permohonan secara on-line dengan mengisi dan melengkapkan maklumat yang diperlukan di laman ini.

·    Tempoh permohonan adalah dari 5 Mac 2015 hingga 21 Ogos 2015.

·    Notis Peringatan : Makluman, pemohon hanya boleh membuat permohonan sekali sahaja. Permohonan kali kedua menggunakan kad pengenalan (No. K/P) yang sama TIDAK DIBENARKAN.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

·    Paparan status keputusan permohonan kemasukan program secara on-line bagi Sesi Akademik 2015/2016 (I). Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak status keputusan permohonannya dengan menggunakan No. K/P dan No. siri yang telah diberi.

·    Bermula dari tarikh 10 Ogos 2015, keputusan permohonan akan dimaklumkan.

·    Tarikh akhir untuk menerima atau menolak tawaran adalah 20 Ogos 2015.

·    Untuk makluman, anda kini boleh menyemak keputusan permohonan kemasukan ke ASWARA melalui telefon bimbit anda dengan menaip ASWARA < jarak > ENROL < jarak > [No. KP Pemohon tanpa simbol '-'], hantarkan ke 15888. Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web ASWARA di www.aswara.edu.my


Thursday, January 28, 2016

Biasiswa Yayasan Peneraju


Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Perhatian:
Tiada yuran pendaftaran dikenakan untuk mana-mana program kami jadi ayuh beramai-ramai mohon segera!

Program Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi

Program ini merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM/STPM yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).



Syarat-syarat Kelayakan:
Untuk memohon, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) seperti yang berikut:
  1. Bumiputera Warganegara Malaysia (Lepasan SPM/STPM 2015)
  2. Keputusan Percubaan Peperiksaan SPM/STPM:
  • SPM 2015
Calon Persediaan Ke Luar Negara
Minima 8A
Sekurang-kurangnya A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik/Biologi
Calon Kursus Sains Kesihatan
Minima 8A-
(Sekurang-kurangnya A- bagi subjek Biologi, Kimia dan Matematik)
Calon Kursus Kejuruteraan
Minima 7A-
(Sekurang-kurangnya A- bagi subjek Fizik/Kimia, Matematik dan Matematik Tambahan)
Calon Kursus Lain-Lain
Minima 5A-
(Mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, gred C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah)  
  • STPM 2015
Minima 2A-
(Mendapat Minima 5A- bagi SPM 2013 dengan sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah)       
  1. Jumlah pendapatan atau gaji kasar ibu dan bapa / penjaga tidak melebihi RM4,000 sebulan.
  2. Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi.
Sila semak senarai kursus dan institusi pengajian (beserta kelayakan minima) di bawah tajaan Yayasan Peneraju dan Soalan-Soalan Lazim sebelum membuat permohonan.

 SENARAI KURSUS INSTITUSI DAN KELAYAKAN MINIMA

 SOALAN LAZIM

 BORANG PERMOHONAN

 SENARAI DOKUMEN

Untuk memohon, sila muat turun dan cetak borang permohonan di atas dan hantar bersama-sama dokumen sokongan ke alamat berikut sebelum 
26 Februari 2016 (Jumaat):
Peneraju Tunas Potensi 2016
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera,
Tingkat 15-1, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral
50470 Kuala Lumpur. 


Sila lanjutkan sebarang pertanyaan mengenai program pembiayaan ini kepada tunaspotensi2016@yayasanpeneraju.com.my


Anugerah Biasiswa Genting Malaysia GENM


Anugerah Biasiswa Genting Malaysia (GENM) menyediakan generasi muda Malaysia yang layak dengan peluang untuk melanjutkan pelajaran di dalam atau di luar negara. Bantuan kewangan ditawarkan kepada mereka yang cemerlang dalam bidang akademik dan kepemimpinan yang aktif dengan aktiviti ko-kurikulum.
Kursus
  • Riadah dan Hospitaliti
  • Kewangan / Perakaunan
  • Perniagaan / Pemasaran
  • Kejuruteraan (Elektrik / Elektronik / Mekanikal)
  • Sumber Manusia
  • Sains Sosial
  • Linguistik
Musim Terbuka 
Biasiswa ini ditutup pada akhir bulan Mei.
Kelayakan
  • STPM: Minimum 3A, ATAU
  • Matrikulasi / Diploma: PNGK 3.5 ke atas, ATAU
  • A-Level: Minimum 3A, ATAU
  • Australia TER: Minimum 90.0, ATAU
  • Diiktiraf kursus asas / Pra-universiti: bersamaan dengan PNGK 3.5 ke atas, ATAU
  • International Baccalaureate: Minimum 36.0


Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Tenaga Nasional (YTN)


Yayasan Tenaga Nasional menawarkan bilangan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah yang terhad untuk rakyat Malaysia yang layak dengan latar belakang akademik yang baik. Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah ditawarkan kepada pelajar yang layak dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran sama ada di universiti awam atau di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Pinjaman pelajaran boleh ditukar kepada biasiswa sekiranya calon graduan melebihi kepujian daripada universiti pilihannya.
Kursus
Ijazah Sarjana Muda dalam:
  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Awam
  • Perakaunan
Musim Terbuka
Biasiswa ini ditutup pada akhir bulan Februari setiap tahun.
Kelayakan
  • Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.50 atau
  • Lulus Diploma / Matrikulasi / Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50
  • Mestilah tidak berumur lebih dari 23 tahun pada tahun permohonan
  • Tiada adik-beradik yang lain pada masa menerima biasiswa YTN ini
Bagaimana Untuk Memohon

  • Permohonan boleh dibuat secara online di http://yayasan.tnb.com.my/sam 
  • Nota: Laman Web hanya tersedia apabila penyerahan permohonan telah dibuka. 
  • Sila hantar salinan dokumen-dokumen sokongan kepada: Pengarah, Yayasan Tenaga Nasional, Peti Surat 70, Pejabat Pos Bandar Baru Bangi, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan Pemohon digesa mengemukakan permohonan yang lengkap sebelum tarikh tutup permohonan. 
  • Permohonan yang tidak lengkap / permohonan selepas tarikh tutup tidak akan dilayan. 
  • Jika anda tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup, sila anggap permohonan anda tidak berjaya. 
  • Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai kami seperti yang disenaraikan di laman Hubungi Kami.
Kaedah Bayaran Balik

Tunai

Kaedah 1

1. Bank-in bayaran anda terus ke Maybank YTN dalam akaun no. MBB 562263005145.
2. Pada slip bank-in, sila tulis:

  • Nama penuh anda
  • Nombor pelajar YTN anda
  • Nombor Rujukan Pinjaman 

Contoh

3. Sila hantar salinan slip bank-in kepada YTN bersama-sama dengan borang maklumat selesai
4. Anda juga dinasihatkan untuk menyimpan salinan slip bank-in untuk rekod anda.

Kaedah 2

Pembayaran di pejabat pada waktu pejabat:

Standing Instruction (S.I.)

Sila pastikan salinan Permohonan anda Untuk borang Standing Instruction dihantar ke YTN untuk rekod kami.

Cek / Bank Draf / Wang Pos / Kiriman Wang

1. Bayaran yang dibuat kepada: Yayasan Tenaga Nasional
2. Di belakang anda Draf Cek / Bank / Wang Pos / Kiriman Wang, sila tulis:

  • Nama penuh anda
  • Nombor Rujukan Pinjaman 
  • Nombor I/C

Pengeluaran KWSP
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai cara pembayaran ini.


Biasiswa & Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat (PPBU)


Kelayakan Memohon
Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS) dan Institut Latihan Awam / Swasta (ILA / ILS) di dalam negeri yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Syarat Umum
  • Warganegara Malaysia 
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan semasa menerima tawaran 
  • Umur tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian 
  • Tidak muflis 
  • Telah disahkan mendapat tempat pengajian / latihan secara sepenuh masa di IPTA / IPTS / ILA / ILS 
  • Pelajar yang memohon hendaklah mempunyai akaun simpanan di Bank Rakyat 
  • Pemohon-pemohon yang ingin memohon PPBU dikehendaki mempunyai minima RM100 di dalam akaun simpanan dengan Bank Rakyat sebelum membuat permohonan secara 'online' 
  • Mengikuti pengajian dalam semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (MLVK) / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR
Syarat-syarat Khusus
  • Peringkat PHD, pemohon perlu berkelulusan : - Sarjana dengan CGPA 3.0 ke atas 
  • Peringkat Sarjana, pemohon perlu berkelulusan : - Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.0 ke atas 
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda, pemohon perlu berkelulusan : - Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas ATAU - STPM dengan sekurang-kurangnya dengan CGPA 3.0 ke atas ATAU - STAM yang setara dengan STPM ATAU - Matrikulasi / Asasi Sains / Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0 
  • Peringkat Diploma, pemohon perlu berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 5A dan 3B(tiada gred C dan ke atas) 
  • Pemohon yang mengikuti latihan Sijil Kemahiran : - Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah / sedang menduduki tahap 2 ATAU - Sijil Kemahiran lain perlu sekurang-kurangnya lulus SPM
Institusi Pengajian
  • IPTA / IPTS di dalam negeri yang diiktiraf oleh JPA / MQA 
  • ILA / ILS yang diiktiraf oleh MLVK / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan
Bidang Pengajian

* Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian seperti berikut : 
  • Perakaunan 
  • Perbankan 
  • Pengurusan Perniagaan 
  • Sumber Manusia 
  • Ekonomi 
  • Komunikasi Media 
  • Undang-undang 
  • Sains Aktuari 
* PHD, Sarjana, Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian 
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh MLVK dan Sijil Kemahiran lain yang diiktiraf oleh Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan


Link : http://www.yayasanbankrakyat.com.my

Soalan Lazim PPBU Yayasan Bank Rakyat Klik SINI.


Monday, January 25, 2016

Syarat AM Permohonan Program Lepasan STPM/Setaraf



Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
  • Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
  • Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013; atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012; atau
  • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
  • Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Klik sini untuk Permohonan UPU Online 

Syarat AM Permohonan Program Lepasan SPM/Setaraf



Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.


Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:
  • Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
  • Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
Klik sini untuk Permohonan UPU ONLINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...