Friday, January 22, 2016

7 pertanyaan sebelum mohon PTPTN


Mana lagi badan yang mahu beri pinjaman dengan kebarangkalian hampir 100% layak lulus selain PTPTN dan dengan bunga yang rendah?
Tanya diri kita 7 soalan di bawah untuk tahu jika kita layak memohon PTPTN atau tidak.

1. Adakah saya rakyat Malaysia?
Hanya warganegara Malaysia yang layak memohon dan menerima bantuan pinjaman dari PTPTN.

2. Berapa umur saya?
Anda tidak boleh berumur lebih daripada 45 tahun pada tarikh permohonan dibuat.

3. Saya dah dapat kampus dan kursus tak?
Anda perlu tunjukkan surat penawaran atau bukti sedang belajar di mana-mana kampus.

4. Kampus dan kursus saya diiktiraf tak?
Untuk Universiti dan Institusi Awam: kursus dan kampus yang terdaftar dan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.

Untuk Universiti dan Institusi Swasta: kursus dan kampus yang diberi tauliah olehMalaysian Qualifications Agency (MQA).

5. Berapa lama saya ada masa untuk kuliah? 
Jika anda sudah mendaftar di universiti atau kolej, baki tempoh pengajian anda pada masa permohonan hendaklah tidak kurang daripada satu (1) tahun. Pelajar tahun pertama tidak akan mengalami sebarang masalah dalam hal ini.

6. Saya ada sumber kewangan lain?
Jika anda sedang atau akan menerima bantuan dalam bentuk biasiswa atau pinjaman dari pihak selain PTPTN, anda tidak layak memohon.

7. Saya ada akaun SSPN-i?
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah skim simpanan yang diperkenalkan khas oleh PTPTN. Pelajar yang ingin memohon WAJIB mempunyai akaun SSPN-i dengan deposit minimum seperti yang ditetapkan oleh PTPTN. Anda digalakkan untuk membuka akaun SSPN-i pada mana-mana cabang Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat atau RHB.

http://afterschool.my/

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...