Sunday, January 31, 2016

ASWARA : Program Diploma Animasi Hanya RM7000 Untuk 3 Tahun Pengajian


Admin berkesempatan mendengar taklimat dari dekan Fakulti Animasi dan Multimedia Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), En. Jazmi Jamal. 

Apa yang menarik perhatian Admin adalah yuran yang rendah disamping ASWARA ini juga berada di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. 

Terdapat 10 fakulti di ASWARA antaranya adalah Fakulti Muzik, Fakulti Tari, Fakulti Teater, Fakulti Penulisan Kreatif, Fakulti Filem & Televisyen, Fakulti Pengurusan Seni & Budaya, Fakulti Animasi & Multimedia, Fakulti Rekaan Komunikasi Visual, Pusat Pengan Pasca Siswazah (Kursi P.Ramlee) dan Pusat Seni Pentas Tradisional (PUTRA). 

Admin ingin menyentuh Fakulti Animasi & Multimedia.

Diploma Animasi
MQA/FA3001
Modul program ini melatih pelajar untuk menjadi perancang dan penggiat industri animasi yang boleh menguasai kemahiran sebagai animator. Para pelajar akan didedahkan dengan teori dan kemahiran produksi menghasilkan animasi 2D dan animasi 3D serta kemahiran menggunakan teknologi multimedia bertujuan penerbitan yang lebih sistematik. Kaedah pembelajaran secara studio melayakkan pelajar menjadi lebih pakar dan terperinci dalam mempelajari ilmu animasi.

Modul Utama Pengajian :

• 2D Animation
• Computer Modeling
• Life Drawing
• Video & Sound Editing
•  The Art of Storytelling
• Cinematography


 • Portfolio Development
 • Computer Animation
 • Animation Project


Tempoh Pengajian : 3 Tahun

Yuran : RM7+++.00 sahaja sepanjang pengajian 3 Tahun 

Syarat Kemasukan: 
DIPLOMA 

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam Bahasa Melayu dan tiga mata pelajaran lain; 

ATAU 
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan satu prinsipal; dan lulus mata pelajaran Ekonomi, 

DAN 
Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon 

DAN 
Lulus temuduga dan ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA


Ijazah Sarjana Muda Animasi dengan Kepujian
MQA/PA7915
Program ini memberi peluang kepada pelajar yang berminat, berbakat, dan berpengalaman dalam bidang animasi untuk mendalami ilmu animasi dan media kreatif. Pelajar akan didedahkan dengan teori, kaedah, pendekatan dan praktis yang lebih sistematik untuk menghasilkan animasi sebagai produk kreatif media. Kaedah pembelajaran secara studio, kuliah, dan e-Pembelajaran dengan mengaplikasikan teknologi pendidikan terkini seperti blended learning, game-based learning, dan mobile learning. Pengisian program dirangka secara teliti yang merangkumi keperluan kemahiran industri animasi. Program ini melahirkan penggiat industri yang profesional untuk memenuhi keperluan sumbangan industri kreatif terhadap ekonomi negara.

Modul Utama Pengajian :

• Character Design
• 3D Modeling
• Script Writing
• 3D Computer Animation
• Animation Project
• Visual Effects for Animation
• Narrative Cinematic
• Illustration
• Storyboard
• Integrated Design Studio
• Research Methodology
• Visual Effects for Animation
• History of Arts
• Law in the Arts


 • Motion Capture
 • Animation Merchandising
 • Sound Design for Visual Media
 • Programming Language
 • Multimedia & Communication
 • Animation Special Workshop
• ARTpreneurship

Tempoh Pengajian: 3 Tahun

Yuran: RM6000.00 sahaja sepanjang 3 tahun pengajian

Syarat Kemasukan:

Diploma ASWARA atau Diploma dari IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau setaraf dan kepujian Bahasa Melayu peringkat SPM 

ATAU 
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya 3 prinsipal 

ATAU 
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pengalaman berkhidmat sekurang-kuranynya 3 tahun bagi Pegawai Kebudayaan, Pembantu Muzium, Penolong Pegawai Arkib, Artis Budaya, Pemuzik atau mana-mana jawatan kumpulan sokongan yang berkaitan dan telah sah dalam perkhidmatan; 

DAN 
Lulus temuduga dan ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA 

DAN 
mestilah menduduki Malaysian University English Test (MUET) dan mencapai sekurang-kurangnya tahap 1 seperti yang telah ditetapkan oleh Akademi


BORANG PERMOHONAN ON-LINE

·    Borang permohonan kemasukan on-line bagi Sesi Akademik 2015/2016 (I). Pemohon yang ingin mengikuti program yang ditawarkan boleh membuat permohonan secara on-line dengan mengisi dan melengkapkan maklumat yang diperlukan di laman ini.

·    Tempoh permohonan adalah dari 5 Mac 2015 hingga 21 Ogos 2015.

·    Notis Peringatan : Makluman, pemohon hanya boleh membuat permohonan sekali sahaja. Permohonan kali kedua menggunakan kad pengenalan (No. K/P) yang sama TIDAK DIBENARKAN.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

·    Paparan status keputusan permohonan kemasukan program secara on-line bagi Sesi Akademik 2015/2016 (I). Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak status keputusan permohonannya dengan menggunakan No. K/P dan No. siri yang telah diberi.

·    Bermula dari tarikh 10 Ogos 2015, keputusan permohonan akan dimaklumkan.

·    Tarikh akhir untuk menerima atau menolak tawaran adalah 20 Ogos 2015.

·    Untuk makluman, anda kini boleh menyemak keputusan permohonan kemasukan ke ASWARA melalui telefon bimbit anda dengan menaip ASWARA < jarak > ENROL < jarak > [No. KP Pemohon tanpa simbol '-'], hantarkan ke 15888. Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web ASWARA di www.aswara.edu.my


0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...