Thursday, January 28, 2016

Biasiswa & Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat (PPBU)


Kelayakan Memohon
Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS) dan Institut Latihan Awam / Swasta (ILA / ILS) di dalam negeri yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Syarat Umum
  • Warganegara Malaysia 
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan semasa menerima tawaran 
  • Umur tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian 
  • Tidak muflis 
  • Telah disahkan mendapat tempat pengajian / latihan secara sepenuh masa di IPTA / IPTS / ILA / ILS 
  • Pelajar yang memohon hendaklah mempunyai akaun simpanan di Bank Rakyat 
  • Pemohon-pemohon yang ingin memohon PPBU dikehendaki mempunyai minima RM100 di dalam akaun simpanan dengan Bank Rakyat sebelum membuat permohonan secara 'online' 
  • Mengikuti pengajian dalam semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (MLVK) / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR
Syarat-syarat Khusus
  • Peringkat PHD, pemohon perlu berkelulusan : - Sarjana dengan CGPA 3.0 ke atas 
  • Peringkat Sarjana, pemohon perlu berkelulusan : - Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.0 ke atas 
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda, pemohon perlu berkelulusan : - Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas ATAU - STPM dengan sekurang-kurangnya dengan CGPA 3.0 ke atas ATAU - STAM yang setara dengan STPM ATAU - Matrikulasi / Asasi Sains / Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0 
  • Peringkat Diploma, pemohon perlu berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 5A dan 3B(tiada gred C dan ke atas) 
  • Pemohon yang mengikuti latihan Sijil Kemahiran : - Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah / sedang menduduki tahap 2 ATAU - Sijil Kemahiran lain perlu sekurang-kurangnya lulus SPM
Institusi Pengajian
  • IPTA / IPTS di dalam negeri yang diiktiraf oleh JPA / MQA 
  • ILA / ILS yang diiktiraf oleh MLVK / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan
Bidang Pengajian

* Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian seperti berikut : 
  • Perakaunan 
  • Perbankan 
  • Pengurusan Perniagaan 
  • Sumber Manusia 
  • Ekonomi 
  • Komunikasi Media 
  • Undang-undang 
  • Sains Aktuari 
* PHD, Sarjana, Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian 
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh MLVK dan Sijil Kemahiran lain yang diiktiraf oleh Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan


Link : http://www.yayasanbankrakyat.com.my

Soalan Lazim PPBU Yayasan Bank Rakyat Klik SINI.


0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...