Thursday, January 28, 2016

Biasiswa Yayasan Peneraju


Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Perhatian:
Tiada yuran pendaftaran dikenakan untuk mana-mana program kami jadi ayuh beramai-ramai mohon segera!

Program Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi

Program ini merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM/STPM yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).



Syarat-syarat Kelayakan:
Untuk memohon, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) seperti yang berikut:
  1. Bumiputera Warganegara Malaysia (Lepasan SPM/STPM 2015)
  2. Keputusan Percubaan Peperiksaan SPM/STPM:
  • SPM 2015
Calon Persediaan Ke Luar Negara
Minima 8A
Sekurang-kurangnya A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik/Biologi
Calon Kursus Sains Kesihatan
Minima 8A-
(Sekurang-kurangnya A- bagi subjek Biologi, Kimia dan Matematik)
Calon Kursus Kejuruteraan
Minima 7A-
(Sekurang-kurangnya A- bagi subjek Fizik/Kimia, Matematik dan Matematik Tambahan)
Calon Kursus Lain-Lain
Minima 5A-
(Mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, gred C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah)  
  • STPM 2015
Minima 2A-
(Mendapat Minima 5A- bagi SPM 2013 dengan sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah)       
  1. Jumlah pendapatan atau gaji kasar ibu dan bapa / penjaga tidak melebihi RM4,000 sebulan.
  2. Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi.
Sila semak senarai kursus dan institusi pengajian (beserta kelayakan minima) di bawah tajaan Yayasan Peneraju dan Soalan-Soalan Lazim sebelum membuat permohonan.

 SENARAI KURSUS INSTITUSI DAN KELAYAKAN MINIMA

 SOALAN LAZIM

 BORANG PERMOHONAN

 SENARAI DOKUMEN

Untuk memohon, sila muat turun dan cetak borang permohonan di atas dan hantar bersama-sama dokumen sokongan ke alamat berikut sebelum 
26 Februari 2016 (Jumaat):
Peneraju Tunas Potensi 2016
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera,
Tingkat 15-1, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral
50470 Kuala Lumpur. 


Sila lanjutkan sebarang pertanyaan mengenai program pembiayaan ini kepada tunaspotensi2016@yayasanpeneraju.com.my


0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...