Wednesday, January 6, 2016

MUET Untuk Masuk Program Diploma Atau Program Ijazah?


Ramai yang masih tidak tahu keputusan MUET adalah syarat umum yang perlu dipenuhi oleh calon yang memohon kemasukan ke IPTA peringkat IJAZAH, bukan untuk kemasukan ke program DIPLOMA dan ASASI IPTA. 

Untuk info, syarat kemasukan ke IPTA tahap minimum Band MUET dinaik taraf mengikut bidang pengajian seperti contoh berikut:


a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial – Band 2
b) Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM – Band 3
c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan – Band 4


Sebagai syarat bergraduan pula, pelajar wajib mencapai:


a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial – Band 3
b) Pengajian STEM – Band 4
c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan – Band 5


Panduan Semakan Keputusan MUET.


Baca Juga: Panduan Menyemak Keputusan MUET 


0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...