Sunday, January 17, 2016

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 Online



Permohonan biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 secara online. Kerajaan Negeri Sabah mempelawa bumiputera Sabah yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yayasan Sabah 2016 mulai 15 Mac 2016 sehingga 14 April 2016. Semakan keputusan boleh disemak mulai bulan Jun 2016.

Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016
  • Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
  • Berumur 17 tahun dan keatas
  • Salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan
  • Kursus Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sabah

Kelayakan Akademik Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016
Kursus Diploma


Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM) dengan  memperoleh  sekurang-kurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus  dengan  kepujian  dalam  mata  pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.

Kursus Sarjana Muda


Lulus  Sijil  Tinggi  Persekolahan  Malaysia  (STPM) dengan  memperoleh sekurang-kurangnya gred  B dalam empat  (4)  mata  pelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti.  Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf. 

Lulus  Matrikulasi dengan  memperolehi  sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.00 atau Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Perubatan, Pergigian dan Farmasi Kursus Perubatan,  Pergigian dan Farmasi perlu  mendapat  sekurang-kurangnya  CGPA  3.5 di  peringkat  STPM/Diploma/Matrikulasi.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 Online

Sila layari: http://www.biasiswa.sabah.gov.my/

Tarikh Tutup Permohonan

14 April 2016

Semakan Keputusan Permohonan

Jun 2016



Melvister


9 comments:

  1. saya pelajar ijazah sarjana muda farmasi tahun ke-2, adakah saya layak untuk memohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Cik Tulip,

      Anda masih boleh memohon biasiswa Yayasan Sabah. Sila lawati laman rasmi Yayasan Sabah untuk keterangan lanjut; http://www.biasiswa.sabah.gov.my/

      T. Kasih

      Delete
  2. bila tarikh permohonan kena buka??

    ReplyDelete
  3. Selamat petang. Sy merupakan pelajar ijazah sarjana muda tahun 1 semester kedua.. Pertanyaan sy, adakah pihak BKNS akan menilai kelayakan sy utk mdpt biasiswa ini berdasarkan keputusan STPM sy atau keputusan sy pada semester pertama di universiti?

    ReplyDelete
  4. apa syarat2 biasiswa selepas tamat pengajian? adakah perlu bekerja di sabah?

    ReplyDelete
  5. Adakah peminjam PTPTN layak memohon biasiswa ini?

    ReplyDelete
  6. saya pelajar tahun satu pengajian sarjana muda, adakah saya layakmemohon dengan menggunakan sijil diploma?
    t. kasih

    ReplyDelete
  7. Hi there, just became alert tto your blog through Google, and found that it is really informative.

    I am gonna watch out for brussels. I woll be graateful if you continue this
    in future. A lot of peopole will be benefited from your writing.
    Cheers!

    ReplyDelete

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...