Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, 2i2u merupakan program belajar sambil bekerja yang memperuntukkan penuntut untuk belajar selama dua tahun dan menimba pengalaman dalam industri selama dua tahun.

Katanya, tahun ini Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menawarkan program tersebut.

“Program ini merupakan usaha meningkatkan kebolehpasaran, persediaan dan kemahiran pelajar universiti untuk alam pekerjaan. Pengalaman industri amat penting,” katanya pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2016 Menteri Pendidikan Tinggi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.