Program tersebut yang diadakan pada perhimpunan pertama pelajar kolej komuniti tersebut pada tahun ini yang dirasmikan oleh Pengarahnya, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Abdul Razak Sabtu.

Menurut beliau, program bantuan tersebut diadakan bagi membantu pelajar KKBB yang terdiri da­ripada pelbagai latar belakang malah ada di antara mereka yang mengalami kesempitan wang terutama pada awal dan penghujung semester.

Justeru katanya, Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) bersama kakitangan KKBB tampil sama-sama untuk membantu mereka melalui program seumpama ini.

“Selain membantu pelajar kurang berkemampuan, program inisiatif ini juga bertujuan mengga­lakkan dan mendidik warga KKBB untuk bersedekah dan berkongsi sedikit pendapatan yang mereka perolehi kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.

“Kita berharap melalui program ini, sedikit sebanyak nilai-nilai murni saling membantu dan mengasihani antara satu sama lain dapat dite­rapkan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program inisiatif tersebut di KKBB di sini.

Sementara itu, pengarah program tersebut, Hairman Omar berkata, menerusi program itu pihaknya akan memberikan makanan secara percuma pada setiap Rabu di hadapan kolej itu.

Beliau yang juga Ketua Unit HEP KKBB berkata, pihaknya berterima kasih kepada yang pihak sudi menyumbangkan dana dan tajaan bagi tujuan menjayakan usaha murni ini.

“Inisiatif mereka itu amat dihargai seiring dengan usaha pihak pengurusan KKBB dalam menjaga kebajikan para pelajar,” katanya.