Tuesday, January 5, 2016

Tarikh keputusan SPM 2015 Diumumkan bulan Mac 2016


Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015 dijangka boleh mendapatkan keputusan SPM 2015 masing-masing pada 3 Mac 2016

Bulan Mac 2016 Tarikh Keputusan SPM 2015 Diumumkan Keluar 


Pemilihan tarikh dalam bulan Mac bagi mengumumkan keputusan SPM tersebut, membolehkan calon mempunyai masa yang cukup untuk mendaftar dan menamatkan kursus pengajian Pra Universiti, Asasi dan Matrikulasi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam masa yang ditetapkan sebelum melanjutkan pengajian ke dalam atau luar negara 

Berikut adalah maklumat untuk mendapatkan keputusan (result) SPM 2015 pada tarikh rasmi keputusan itu diumumkan nanti 

Info Dan Tarikh Semakan Keputusan SPM 2015 SMS Dan Online 

Tarikh Dan Masa

  • 3 Mac 2016, bermula jam 10 pagi. 


Lokasi / Tempat

  • Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah masing-masing 
  • Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar dahulu 


Semakan Keputusan SPM 2015 Guna Sms
Calon-calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM menerusi Sistem Mesej Singkat mySMS dengan menaip format penghantaran mesej seperti berikut 


Taip SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888 
Contoh: SPM 981403025778 KC007B067 hantar ke 15888 

Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online
Sila layari pautan https://sppat.moe.gov.my/semakan/ 

Nota: Sistem semakan online bagi keputusan SPM 2015 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi keputusan diumumkan 


Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa ‘selang’ dalam ruangan yang tersedia  
Semakan keputusan secara online menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan  
Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN

MySumber

5 comments:

  1. sy Calon persendirian lps tu x igt angka giliran . pastu camne erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Call KPT di talian 03-8000 8000 harap membantu.

      Delete
    2. Kalau calon persendirian spm november boleh semak guna sms?

      Delete
  2. Yang online tu betul ke ,, ? Yng keluar keputusan STAM ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try semula.. link dah diperbetulkan
      t.kasih

      Delete

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...