Jom Masuk Kolej

Info Pendidikan Dan Kerjaya.

Permohonan Secara Online

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

PENDAFTARAN TERBUKA KE MAHSA UNIVERSITY UNTUK INTAKE JAN DAN FEB 2018 KINI DIBUKA!

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

MAHSA UNIVERSITY

Sila lawati dan klik link ini atau hubungi kami di talian 01126604804.

MAHSA UNIVERSITY September Intake Is Now All Open!

Sila lawati dan klik link ini atau hubungi kami di talian 01126604804.

HUBUNGI PERUNDING DAN PENASIHAT PENDIDIKAN ANDA DAN KLIK INI UNTUK PERMOHONAN ONLINE

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

Thursday, February 18, 2016

Saintis Malaysia antara buktikan teori gelombang graviti


Seorang rakyat Malaysia adalah antara sekumpulan saintis di belakang kejayaan yang membuktikan teori Albert Einstein berhubung gelombang graviti.
Hafizah Noor Isa, calon PhD di University of Glasgow, adalah antara mereka yang menulis kertas saintifik, ‘Observation of Gravitational Waves from a Binary Black Hole Merger’ yang menjadi tajuk utama media antarabangsa minggu lalu.
"Kejayaan LIGO ini boleh menang Hadiah Nobel. Gembira dapat tahu ada rakyat Malaysia terlibat. Tahniah, Hafizah! " kata profesor fizik Shahidan Radiman di Facebook.
Pembabitan Hafizah dalam penemuan bersejarah itu mula dibincangkan oleh ahli akademik, selepas seorang profesor fizik di Universiti Putra Malaysia, Hishamuddin Zainuddin berkongsi petikan kertas itu pada laman Facebooknya.
Kertas saintifik yang diterbitkan Khamis lalu itu menyenaraikan 1,004 penulis sebagai penyumbang kepada projek yang diketuai 'Laser Interferometer Observatory graviti-Wave (LIGO) yang berpangkalan di AmerikaSyarikat.
Hafizah, yang berasal dari Machang, Kelantan, adalah sebahagian daripada Institut Penyedikan Graviti di Universiti Glasgow.
Menurut laman web LIGO itu, Hafizah terlibat dalam projek gelombang graviti melalui eksperimen GEO600 itu.
Eksperimen GEO600 dijalankan oleh pasukan saintis dari Jerman dan British yang bekerjasama, menganalisis data dari peranti ia dibina untuk mencari sinaran graviti daripada sumber fizik alam semesta.

Graduan farmasi tajaan JPA dibenar ikuti PRP di 146 premis swasta yang diiktiraf

Gambar Hiasan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara dasarnya membenarkan graduan farmasi tajaannya untuk mengikuti latihan Pegawai Farmasi Provisional (PRP) di 146 premis latihan swasta yang diiktiraf.

Dalam kenyataan hari ini, JPA berkata, kesemua premis tersebut telah mendapat pengiktirafan daripada Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) selaku institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh LFM.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai maklum balas terhadap aduan yang disiarkan dalam akhbar The Star bertajuk 'Desperately waiting for a post' hari ini (16 Feb).

Jelas jabatan tersebut, urusan mengenai pengambilan pekerjaan dalam perkhidmatan awam adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Sehubungan itu, graduan tajaan JPA juga tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditentukan oleh pihak SPA.

"Calon yang berjaya semasa temuduga SPA tersebut akan diberi penempatan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bergantung kepada kekosongan sedia ada," katanya.

Laman portal rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM menyatakan PRP hanya dibenarkan menjalani latihan provisional di premis latihan yang tersenarai dalam Jadual Kedua, Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951.

Tempat latihan tersebut adalah sama ada di fasiliti hospital kerajaan atau institusi ataupun di fasiliti swasta tempatan (farmasi komuniti, hospital swasta, industri farmaseutikal serta penyelidikan dan pembangunan) yang diiktiraf oleh LFM.
Laman web itu turut memaklumkan bahawa premis yang telah mendapat pengiktirafan LFM dibenarkan membuat pengambilan PRP seterusnya memberi latihan kepada PRP. - BERNAMA



BIASISWA, DERMASISWA & PINJAMAN PENDIDIKAN


Ramai pelajar yang mungkin merungut kerana tidak banyak biasiswa yang ditawarkan... sebab ramai yang hanya fokus atau mungkin tahu dan nak dapatkan biasiswa sahaja, tak sebut pun dermasiswa atau mungkin jauh sekali tak nak sebut pun pasal pinjaman.
Saya tidak bertujuan untuk membincangkan tentang isu, tetapi lebih kepada untuk memberikan kefahaman.
BIASISWA - pelajar MESTI faham bahawa ini bukan duit free untuk diberi kepada mana-mana pelajar begitu sahaja. Pemberian biasiswa pada kebiasaannya datang bersama pakej seperti;

1. Jumlah penajaan yang merangkumi keseluruhan kos(yuran pengajian), sara hidup tiket penerbangan dll.. dan nilainya mungkin berbeza antara pemberi biasiswa. mungkin ada yang beri tiket pergi balik setiap tahun atau hanya sekali untuk pergi dan balik sahaja.... bergantung kepada pemberi biasiswa (suka hati dialah sebab duit dia)
2. Pelajar juga biasanya kena maintain pencapaian akademik contohnya kena maintain 3.00 every semester atau biasiswa untuk semester berikutnya akan digantung atau dipotong
3. Ikatan (bonding) ada penaja yang mensyaratkan penerima untuk MESTI melaporkan diri di pejabat pemberi biasiswa pada setiap kali cuti semester untuk intern (praktikal) selain daripada bonding (ikatan) di mana pelajar yang menerima biasiswa WAJIB berkerja untuk tempoh tertentu di organisasi atau syarikat yang memberikan biasiswa untuk tempoh tertentu mungkin hingga 6, 7, 8 ....atau 10 tahun - berdasarkan jumlah pembiayaan yang telah mereka berikan untuk pelajar belajar.
Maknanya duit biasiswa ni bukan duit free - ada ikatan yang penerima MESTI patuhi.
Untuk itulah pemberi biasiswa sangat memilih calon yang sesuai untuk diberikan biasiswa tersebut. Mereka tak mahu kerugian contohnya jika menaja pelajar dan pelajar tersebut gagal dalam pengajian. Sebab itulah jaminan utama adalah berdasarkan pencapaian pelajar untuk memohon biasiswa. Secara mudah, pelajar yang dapat lebih banyak A dalam SPM contohnya lebih terjamin mereka akan memperolehi pencapaian cemerlang di universiti (jauh sekali dari kegagalan) berbanding calon yang kurang bilangan A atau tiada A pun (walaupun mungkin ada yang dapat banyak A pun yang kemudiannya gagal) tetapi saringan ini boleh mengurangkan dan mengelakkan daripada ianya berlaku.
Suatu yang merugikan bila pelajar tajaan gagal dalam pengajian walaupun dalam perjanjian menerima biasiswa, pelajar kena bayar balik, tetapi pelajar pun mudah sahaja menjawab ...macamana saya nak bayar, saya gagal pengajian dan tentulah saya susah nak dapat kerja. Kalau saya tak kerja macamana saya nak bayar balik duit biasiswa ?
Sebab itulah biasiswa ni sangat susah untuk nak dapat, mesti akademik cemerlang, masa interview pun kena meyakinkan, masa belajar pun tak boleh main-main.
Apa yang PENTING pelajar kena tahu sebelum memohon atau menerima biasiswa adalah cita-cita pelajar sendiri jangan sampai biasiswa pula yang menjadi penghalang cita-cita pelajar. Contohnya seorang pelajar bidang kejuruteraan yang menerima biasiswa dari sebuah institusi kewangan seperti bank. Pelajar mesti tahu dan sedar bahawa setelah tamat pengajian akan ditempatkan untuk berkerja di bank. Sebaiknya pastikan dahulu apakah bentuk pekerjaan seorang berkelayakan ijazah kejuruteraan untuk berkerja di sebuah bank. Jangan sampai terperangkap berbanding rakan lain yang tidak terikat dengan biasiswa boleh bergerak berkerja di firma-firma perunding kejuruteraan, industri pembuatan yang berasaskan kejuruteraan dan lain-lain seumpamanya yang akan dengan cepat melayakkannya memperolehi kelayakan professional dengan gelaran Ir. pada pangkal nama setelah beberapa tahun bergraduat berbanding seorang yang terpaksa berkerja di dalam organisasi yang memberikannya biasiswa untuk belajar dahulu.
Namun jika bidangnya berkaitan - ianya tentulah satu kelebihan
DERMASISWA (sponsorship) adalah dalam bentuk pemberian secara "one-go" biasanya hanya dengan satu syarat utama - pemberian akan diberhentikan sekiranya pelajar gagal dalam pengajian.
Dermasiswa tidak mensyaratkan pelajar selepas tamat belajar untuk berkerja dengan syarikat atau organisasi yang memberikan dermasiswa. Dermasiswa biasanya datang daripada duit yang memang itulah tujuannya - untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan tetapi ada potensi.
Namun jumlah dermasiswa tidaklah sebanyak biasiswa - fikir balik padanlah jika ianya tidak banyak, sebab ianya tidak didatangkan dengan kontrak atau bonding selepas tamat belajar.
Bagi pemberi dermasiswa, risiko mereka tidak besar kerana pemberian dermasiswa boleh terus dihentikan jika pelajar gagal dalam pengajian dan jumlahnya tidak banyak.
Pemberi dermasiswa ini biasanya organisasi seperti Majlis Ugama Islam Selangor yang berkerjasama dengan Pusat Zakat Selangor yang memberikan dermasiswa untuk pelajar anak kelahiran Selangor belajar di timur tengan - Mesir, Jordan dan Morocco.
PINJAMAN adalah suatu yang berbeza sama sekali. Secara mudahnya setiap yang dipinjam mesti dipulangkan balik dan tiada ikatan atau bonding yang graduan mesti berkerja di mana-mana organisasi yang berkait dengan pemberi pinjaman. Graduan bebas untuk memohon dan memilih untuk berkerja di mana-mana organisasi.
Jika begitu maka biasiswa lebih baik sebab menjamin ada kerja selepas graduat dengan bonding - ya betul tetapi ianya datang dengan syarat untuk memohon yang lebih tinggi berbanding syarat untuk memohon pinjaman. Jadi kalau dapat keputusan cemerlang, mohonlah biasiswa; Dan kalau keputusan tak berapa cemerlang sangat, kena pinjam jugalah penyelesaiannya.
Syarat pinjaman juga tidaklah ketat seperti syarat untuk mendapatkan biasiswa. Syarat pinjaman PTPTN contohnya adalah sama dengan syarat kelayakan ke program pengajian berkenaan; Maknanya kalau dapat tempat belajar, dah pasti layak memohon pinjaman PTPTN.
Apa yang ditawarkan oleh PTPTN adalah untuk pelajar yang bergraduat Ijazah Sarjana Muda akan mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman sepenuhnya - maknanya tak perlu bayar balik dan "bukan ditukar menjadi biasiswa" jika anda telah faham apa yang dijelaskan terdahulu di atas tentang maksud biasiswa.
Kesimpulan mudah

Kalau nak dapat biasiswa - pastikan memperolehi keputusan cemerlang - straight A atau 9 A+ untuk biasiswa bursary Kementerian Pendidikan Malaysia
Begitu juga dermasiswa - cuma mungkin tak sebanyak biasiswa, tetapi untuk mendapatkannya perlu melalui proses yang agak sama dengan permohona biasiswa.
Dan kalau keputusan yang sederhana - kenalah memohon pinjaman PTPTN, tetapi belajarlah bersungguh-sungguh untuk keputusan cemerlang untuk melayakkan mendapat pengecualian bayaran balik jika bergraduat dengan Ijazah kelas pertama
Saya mohon maaf saya tak sebut dan tolong jangan tanya tentang pinjaman MARA kerana setakat ini pinjaman MARA hanya untuk pelajar di institusi di bawah MARA sahaja - yang pelajar boleh rujuk terus dengan institusi berkenaan. Untuk pinjaman MARA di IPTS, Saya perlu mengelakkan daripada menimbulkan seberang kekeliruan dengan tidak memberikan apa-apa pendapat sehingga saya mendapat penjelasan sepenuhnya daripada pihak MARA sendiri.

Wednesday, February 10, 2016

Pengemaskinian Borang Permohanan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2016/017



Sukacita dimaklumkan bahawa Pengemaskinian Borang Permohanan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2016/2017  boleh dilakukan bermula 10 Februari sehingga 24 Februari 2016. Sila layari www.moe.gov.my untuk maklumat lanjut.


Perkara
Tarikh Kemaskini
Program Matrikulasi KPM Sesi 2016/017
10 Februari 2016 – 24 Februari 2016


Sumber: http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=5157

Pendaftaran Calon Persendirian PT3, Peperiksaan SPM, SPM(U) Dan STAM Bagi Tahun 2016



PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU)
PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Pendaftaran Calon Persendirian PT3, Peperiksaan SPM, SPMU dan STAM bagi Tahun 2016 adalah seperti berikut:

Peperiksaan
Mula
Akhir
PT3
1 Mac 2016
31 Mac 2016
SPM
SPM(U)
STAM

Borang pendaftaran boleh didapati di Jabatan Pendidikan Negeri yang terdekat. Pendaftaran lewat tidak akan dilayan.

Maklumat terperinci tentang pendaftaran pentaksiran dan peperiksaan boleh didapati melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (www.lp.edu.my).

Sumber : http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=5158



Peminjam PTPTN boleh buat penstrukturan, penjadualan semula


Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terlibat dengan banjir boleh membuat penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman mereka.

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, langkah tersebut adalah untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung peminjam akibat kerugian serta kerosakan barangan rumah disebabkan banjir.

“Kepada peminjam yang terlibat, kita faham pada waktu begini mereka mengalami kesukaran untuk membuat bayaran dan sebagainya, oleh itu cara ini dapat meringankan beban mereka.

“Mereka perlu berhubung de­ngan mana-mana kaunter PTPTN di negeri ini atau berjumpa de­ngan pegawai kita untuk membuat penstrukturan dan penjadualan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa banjir di Balai raya Seri Bayu, di sini hari ini.

Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, sebanyak tujuh pusat pemindahan telah dibuka dan menempatkan sebanyak 1,480 mangsa di sekitar Alor Gajah meliputi 329 buah keluarga.

Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan itu ialah 499 orang daripada 82 keluarga.

Enam lagi tempat pemindahan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Ganun (60 orang), Balai raya Bukit Balai Durian Tunggal (18 orang), Balai raya Bukit Tambun (lapan orang), SK Belimbing Dalam (552 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan (309 orang) dan Balai raya Kampung Beringin (34 orang).

Shamsul Anuar yang juga Pe­ngerusi Biro Kebajikan UMNO ber­kata, pihaknya akan memfokuskan bantuan pasca banjir kepada mangsa bencana selepas mereka pulang ke rumah.

Katanya, perkara ini penting kerana penduduk terlibat pasti mengalami kerugian akibat kerosakan harta benda akibat bencana banjir ini.

“Sebelum bantuan pasca banjir, kita akan memberi bantuan sewajarnya kepada mangsa terlibat dengan kadar segera.

“Biro Kebajikan bersama UMNO negeri akan sentiasa bekerjasama supaya setiap mangsa diberikan bantuan. Bagaimanapun, kita akan memberikan bantuan terutama pada fasa selepas banjir pulih dan mangsa pulang ke rumah,” katanya.

Terdahulu, beliau bersama UMNO bahagian telah membuat lawatan ke Melaka dan Negeri Sembilan untuk melihat sendiri keadaan banjir yang berlaku.

Mengulas mengenai keadaan banjir, Shamsul Anuar berkata, pihaknya berharap mangsa bersabar dengan dugaan yang dihadapi mereka.

“Kita melahirkan rasa simpati berikutan masalah yang dialami mangsa akibat bencana ini dan ber­harap mereka sabar dengan ujian yang dihadapi.

“Malah, mangsa jangan khua­tir kerana pelbagai pihak sedang membantu termasuk Biro Kebajikan UMNO,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/peminjam-ptptn-boleh-buat-penstrukturan-penjadualan-semula-8211-shamsul-anuar-1.187993#sthash.DIGXPd4E.dpuf


Yayasan Peneraju tawar 200 biasiswa



Sasar pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan isi rumah RM4000 ke bawah. 

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) menyasarkan seramai 200 pelajar bagi permohonan untuk menyertai Program Peneraju Tunas Potensi 2016 yang dibuka untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2015.

Program Peneraju Tunas Potensi 2016 merupakan program pembiayaan pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar bumiputera yang layak untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Pelajar yang terpilih bakal menikmati pembiayaan pendidikan melibatkan yuran akademik, elaun sara hidup, elaun tempat tinggal dan berpeluang menyertai Program Pemupukan Pembangunan Insaniah serta penekanan dalam Bahasa Inggeris.


Ketua Eksekutifnya, Raja Azura Raja Mahayuddin berkata, melalui Program Peneraju Tunas Potensi ia merupakan landasan terbaik pelajar lepasan SPM dan STPM yang mendapat keputusan yang sederhana sehingga cemerlang serta daripada latar belakang keluarga yang susah berpeluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.

“Kami sedar di luar sana ramai bakat-bakat muda yang berpotensi tetapi tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi disebabkan masalah kewangan.

“Dengan adanya pembiayaan pendidikan seperti ini, saya percaya ianya memberi harapan baharu kepada golongan ini untuk mengubah hidup mereka ke arah masa depan yang lebih cemerlang,”katanya.

Sejak penubuhan Yayasan Peneraju tiga tahun lalu lebih 8,000 bakat-bakat bumiputera telah mendapat faedah daripada program anjuran Yayasan Peneraju iaitu program Peneraju Tunas, Peneraju Kemahiran dan Peneraju Profesional.

Pada 2012, Yayasan Peneraju telah menaja lebih 700 pelajar untuk program Peneraju Tunas Potensi sehingga berjaya melahirkan graduan dalam menjawat jawatan dalam pekerjaan.

Fokus 2016, Yayasan Peneraju terus berusaha menyediakan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk bakat bumiputera dalam industri perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan, kandungan dan infrastruktur komunikasi, elektrik dan elektronik, penjagaan kesihatan, minyak dan gas, aeroangkasa dan automotif.

Melalui Pelan Tindakan Yayasan Peneraju Roadmap To 2020, dijangka 40,000 bakat Bumiputera akan menerima manfaat daripada program-program anjuran Yayasan Peneraju sehingga 2020 yang menyasarkan golongan bumiputera di kawasan bandar dan luar bandar dari lepasan UPSR hingga yang telah bekerja.

Permohonan untuk Peneraju Tunas Potensi ini boleh dilakukan secara atas talian di laman web www.yayasanpeneraju.com. untuk menyemak senarai IPTS, bidang kursus serta syarat-syarat kelayakan. Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Mac 2016.

Artikel Berkaitan: Biasiswa Yayasan Peneraju

- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/yayasan-peneraju-tawar-200-biasiswa-1.188108#sthash.qyJ9SB7n.dpuf


MARA Kekal Taja Pelajar Miskin Bumiputera


Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Haji Musa membuat kenyataan berkenaan program penganjuran pelajaran MARA pada tahun 2016.
MARA menjelaskan akan terus menyediakan bantuan pelajaran kepada pelajar miskin Bumiputera untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa).
Selaras dengan perkembangan semasa, MARA sedang melaksanakan pengubahsuaian terhadap program penajaan pelajarannya yang mana pelajar-pelajar dari golongan keluarga miskin layak dipertimbangkan untuk mendapat bantuan penuh daripada MARA.
Sementara itu, pelajar-pelajar Institusi Pendidikan MARA bagi sesi kemasukan Julai dan September 2015 akan disalurkan penajaan pelajaran daripada MARA dalam masa yang terdekat.
Isu tajaan pelajar Mara selesai Mac 2016 - TS Annuar Musa
Pelajar-pelajar bagi sesi kemasukan Januari 2016 sedang diuruskan oleh MARA dan dijangka diumumkan pada Mac 2016.
MARA komited dalam menaja pelajar miskin Bumiputera yang mana pada masa ini, lebih daripada 75,000 orang pelajar di dalam dan luar negara ditaja dalam pelbagai peringkat pengajian yang strategik seperti Persediaan/Foundation/A-Level/International Baccalaureate (IB), Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Sarjana dan PHD.
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Haji Musa
Pengerusi MARA

Friday, February 5, 2016

Sampai masa kerajaan tidak taja belajar di luar negara

Arshad Ayub

DUNGUN - Kerajaan disaran supaya mengkaji semula penajaan pelajar bagi peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi luar negara memandangkan universiti dalam negara sudah setanding dengan universiti lain di luar negara.

Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr Arshad Ayub berkata, berkata sudah sampai masanya untuk kerajaan dan mana-mana pihak yang terlibat menilai semula keperluan itu memandangkan bukan lagi satu keperluan utama.

"Sekarang ini, kita sudah ada universiti yang setanding dengan universiti luar negara dan program pengajian juga sama dengan universiti-universiti tersebut, bahkan tenaga pengajar kita juga semuanya berkaliber dan lulusan luar negara.

"Jadi, sudah sampai masanya untuk pihak kerajaan tidak lagi menaja pelajar peringkat ijazah pertama ke luar negara kerana pendidikan di negara ini sudah setaraf dengan luar negara...melainkan, kalau program pengajian tidak ada dalam negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan penghargaan kepada 122 ahli akademik dan kakitangan UiTM Terengganu pada Majlis Hari Inovasi di sini hari ini.

Turut hadir Rektor UiTM Terengganu, Prof Madya Dr Abdol Samad Nawi.

Arshad berkata, kerajaan turut membelanjakan kos yang tinggi untuk menghantar pelajar ke luar negara setiap tahun dan perkara ini perlu dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara  juga tidak menentu.

"Kalau suatu masa dahulu, memang penajaan pelajar ke luar negara dilihat relevan kerana pada masa itu kita tidak mempunyai universiti yang hebat dan tidak ada kepakaran...tetapi itu dahulu, dan sekarang mereka (pelajar) yang dah melanjutkan pelajaran tersebut, dah pulang berkhidmat dan menjadi pakar dalam negara dan kita turut mempunyai empat universiti yang hebat," katanya.

Arshad berkata, empat universiti yang boleh menjadi pilihan utama pelajar bagi melanjutkan pelajaran ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). 

"Seharusnya pelajar yang ditaja ke luar negara ini hanya pelajar yang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD) dan bukannya di peringkat ijazah pertama kecuali program pengajian tidak ditawarkan dalam negara," katanya. - Bernama


Thursday, February 4, 2016

Diploma Kesihatan Persekitaran di Mahsa University




PROGRAMME OVERVIEW











Advantages








Semak Online Senarai Hitam PTPTN


PTPTN telah mengambil tindakan tegas dengan menyenaraihitamkan peminjam ingkar daripada keluar negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia. Senarai peminjam yang telah dikenakan sekatan ini boleh disemak di bawah:

Sila klik butang semak di bawah:



Sekiranya tuan/puan telah disenaraihitam, sila buat rundingan dan menjelaskan amaun yang dipersetujui bersama tujuh (7) hari sebelum bertolak ke Luar Negara dan memaklumkannya kepada PTPTN selepas bayaran tersebut dibuat.

NOTA:

  1. Peminjam ingkar lain yang belum disenaraihitam dinasihat untuk membuat bayaran segera mengikut jadual yang ditetapkan sebelum tindakan yang sama diambil.
  2. Prosedur rayuan senarai hitam dan / atau saman (sebelum penghakiman direkodkan) --Klik di Sini
  3. Setelah klik butang 'SEMAK', anda akan dibawa ke Sistem Semakan Status Blacklist di portal Jabatan Imigresen Malaysia. Pihak PTPTN tidak akan bertanggungjawab sekiranya sistem tersebut mengalami gangguan atau tidak dapat diakses. Mohon rujuk portal Jabatan Imigresen Malaysia untuk makluman lanjut.





Wednesday, February 3, 2016

Program Asasi di Universiti Awam


Asasi adalah kursus pra universiti yang ditawarkan oleh universiti awam di Malaysia. Kursus ini terdapat di UM, UIAM, UiTM, UPM, USIM, UPNM, dan UNIMAS.
Tempoh program Asasi bergantung pada kursus yang ditawarkan, dari Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT).

KELEBIHAN ASASI

Tidak seperti Tingkatan Enam atau Matrikulasi, Asasi dibentuk khusus untuk persediaan pelajar untuk menghadapi kurikulum di universiti.
Terdapat dua jenis kursus dalam program Asasi, iaitu jenis ‘terbuka’ dan ‘tertutup’.
Terbuka: Diiktiraf oleh universiti lain untuk meneruskan pengajian ijazah sarjana muda.
Contoh:
  • Universiti Malaya (semua asasi kecuali asasi Alam Bina dan Pengajian Islam, dan semua asasi di UIAM)
  • Universiti Teknologi MARA (kecuali asasi di UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (kecuali AsasiPintar)
Tertutup: Hanya diiktiraf oleh universiti yang menawarkan asasi dan tidak kepada universiti lain.
Contoh:
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Sains Islam Malaysia
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia

KELAYAKAN

Pemohon dikehendaki lulus dengan 5 kredit dalam SPM termasuk Bahasa Malaysia.
Asasi biasanya ditawarkan kepada pelajar Bumiputera. Bagaimanapun, terdapat enam kursus Asasi ditawarkan kepada bukan bumiputera iaitu:
  • AsasiPintar di UKM
  • Asasi Sains Pertanian di UPM
  • Empat kursus asasi di UPNM

ALIRAN YANG TERDAPAT DALAM ASASI

Terdapat pelbagai jenis aliran dalam asasi. Setiap UA mempunyai programnya sendiri yang mengambil masa antara satu atau dua tahun. Sebagai contoh, UiTM menawarkan program asasi seperti berikut:

Pelajar dinasihatkan untuk mengkaji program asasi yang ditawarkan oleh universiti.
CARA PENILAIAN
Pengajian: Program asasi biasanya mempunyai satu tahun pengajian (dua semester), tetapi boleh dilanjutkan kepada dua tahun melalui Program Dua Tahun (PDT).
Peperiksaan: Peperiksaan diadakan mengikut semester. Bergantung pada universiti tersebut, berkemungkinan ada peperiksaan tambahan, sebagai contoh, UIAM mengadakan peperiksaan Bahasa Arab.
Gred: Gred diberikan mengikut kaedah CGPA. CGPA tertinggi ialah 4.0, dan pelajar dikehendaki mendapat sekurang-kurangnya 2.0 CGPA atau lebih.
KOS
Yuran disubsidikan oleh kerajaan. Sebagai tambahan, pelajar diberi elaun RM1,250 satu semester. Yuran pengajian sebanyak RM350 dan kos penginapan sebanyak RM360 per semester. Penginapan disediakan oleh pihak universiti.
CARA UNTUK MEMOHON
Permohonan untuk Asasi boleh dibuat secara online melalui laman web Unit Pusat Universiti (UPU) dari Januari hingga minggu pertama April. Permohonan boleh dilakukan dengan mendapatkan nombor pin khas dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
HALUAN SELEPAS ASASI
Luar Negara: Universiti di luar negara tidak mengiktiraf asasi, jadi perlu sambung ke universiti tempatan dalam ijazah sarjana muda sebelum ke universiti luar negara.
Tempatan: Program Asasi akan diadakan selama setahun dan membenarkan pelajar untuk bekerja dalam tempoh setahun selepas graduasi sebelum menyambung pelajaran dalam ijazah sarjana muda, dalam lingkungan umur 21-22 tahun.
Pelajar dikehendaki membayar semula elaun tersebut jika tidak dapat menghabiskan kursus.

Dipetik dari: http://afterschool.my

Pengambilan awal 200 pelajar UniMara Jun ini-Ismail Sabri


Universiti Majlis Amanah Rakyat (UniMara) akan memulakan pengambilan pelajar pada Jun tahun ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Untuk permulaan, sebanyak 200 pelajar akan diambil untuk universiti yang diwujudkan di bawah program Transformasi Luar Bandar itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Solidariti Kegemilangan Mara Sabah di sini malam tadi.

UniMara yang bakal beroperasi tahun ini dan khusus untuk memberi akses pendidikan tinggi kepada anak penduduk luar bandar, akan memfokuskan kepada beberapa bidang antaranya sektor perniagaan, korporat, awam, politik dan teknologi.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata Mara juga bakal mewujudkan banknya sendiri dan pihaknya akan berbincang dengan Bank Negara Malaysia mengenai penubuhan bank berkenaan. - BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pengambilan-awal-200-pelajar-unimara-jun-ini-ismail-sabri-1.185905#sthash.AgWOqIbo.dpuf


Tuesday, February 2, 2016

UniMara bagi fokus pelajar luar bandar

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KOTA KINABALU - Universiti Majlis Amanah Rakyat (UniMara) akan memulakan pengambilan pelajar pada Jun tahun ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Untuk permulaan, sebanyak 200 pelajar akan diambil untuk universiti yang diwujudkan di bawah program Transformasi Luar Bandar itu," katanya ketika berucap pada Majlis Solidariti Kegemilangan Mara Sabah di sini malam tadi.

UniMara yang bakal beroperasi tahun ini dan khusus untuk memberi akses pendidikan tinggi kepada anak penduduk luar bandar, akan memfokuskan kepada beberapa bidang antaranya sektor perniagaan, korporat, awam, politik dan teknologi.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata Mara juga bakal mewujudkan banknya sendiri dan pihaknya akan berbincang dengan Bank Negara Malaysia mengenai penubuhan bank berkenaan.

"Kita belum memutuskan nama bank tersebut namun kita telah membuat persediaan dan perancangan mengenainya," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar Mara dan usahawan di Sabah saling berganding bahu mencari idea untuk menghasilkan satu anjakan paradigma bagi memperkasakan keusahawanan secara inovatif dan kreatif.

"Saya percaya sekiranya semua pihak bekerjasama, hasilnya cukup hebat dan mampu menjadikan Malaysia berada di persada antarabangsa dalam bidang keusahawanan," katanya. - Bernama

Biasiswa JPA dibuka semula!


Najib berkata 20 pelajar terbaik SPM 2015 akan menerima biasiswa JPA kembali untuk belajar di mana sahaja di seluruh dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan dikembalikan untuk pelajar cemerlang pada Pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya.

Sementara itu, hanya 200 orang pelajar yang ingin menyambung pelajaran di luar negara dalam bidang kejuruteraan di Jepun, Korea Selatan, Jerman dan Perancis akan menerima bantuan biasiswa tersebut.
Biasiswa juga akan diberi kepada 744 orang yang mahu melanjutkan pelajaran di dalam negara, kata beliau lagi.
Program Bursari JPA terbuka kepada semua pelajar yang tamat pengajian pra-universiti (STPM dan A-Level) sementara Program Biasiswa JPA terbuka kepada pelajar lepasan SPM.
Najib turut menegaskan bahawa biasiswa ini juga untuk 8,000 pelajar ijazah sarjana muda di universiti tempatan.
Menurut beliau lagi, program lain seperti Program Mybrain15 untuk pelajar lepasan ijazah di universiti tempatan, Skim Latihan Akademik Bumiputera dan Skim Latihan Akademik IPTA akan diteruskan.
Najib turut mengumumkan sejumlah RM5 billion akan diperuntukkan untuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tahun ini. 
- Afterschool.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...