Tuesday, February 2, 2016

Biasiswa JPA dibuka semula!


Najib berkata 20 pelajar terbaik SPM 2015 akan menerima biasiswa JPA kembali untuk belajar di mana sahaja di seluruh dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan dikembalikan untuk pelajar cemerlang pada Pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya.

Sementara itu, hanya 200 orang pelajar yang ingin menyambung pelajaran di luar negara dalam bidang kejuruteraan di Jepun, Korea Selatan, Jerman dan Perancis akan menerima bantuan biasiswa tersebut.
Biasiswa juga akan diberi kepada 744 orang yang mahu melanjutkan pelajaran di dalam negara, kata beliau lagi.
Program Bursari JPA terbuka kepada semua pelajar yang tamat pengajian pra-universiti (STPM dan A-Level) sementara Program Biasiswa JPA terbuka kepada pelajar lepasan SPM.
Najib turut menegaskan bahawa biasiswa ini juga untuk 8,000 pelajar ijazah sarjana muda di universiti tempatan.
Menurut beliau lagi, program lain seperti Program Mybrain15 untuk pelajar lepasan ijazah di universiti tempatan, Skim Latihan Akademik Bumiputera dan Skim Latihan Akademik IPTA akan diteruskan.
Najib turut mengumumkan sejumlah RM5 billion akan diperuntukkan untuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tahun ini. 
- Afterschool.my

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...