Wednesday, February 10, 2016

MARA Kekal Taja Pelajar Miskin Bumiputera


Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Haji Musa membuat kenyataan berkenaan program penganjuran pelajaran MARA pada tahun 2016.
MARA menjelaskan akan terus menyediakan bantuan pelajaran kepada pelajar miskin Bumiputera untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa).
Selaras dengan perkembangan semasa, MARA sedang melaksanakan pengubahsuaian terhadap program penajaan pelajarannya yang mana pelajar-pelajar dari golongan keluarga miskin layak dipertimbangkan untuk mendapat bantuan penuh daripada MARA.
Sementara itu, pelajar-pelajar Institusi Pendidikan MARA bagi sesi kemasukan Julai dan September 2015 akan disalurkan penajaan pelajaran daripada MARA dalam masa yang terdekat.
Isu tajaan pelajar Mara selesai Mac 2016 - TS Annuar Musa
Pelajar-pelajar bagi sesi kemasukan Januari 2016 sedang diuruskan oleh MARA dan dijangka diumumkan pada Mac 2016.
MARA komited dalam menaja pelajar miskin Bumiputera yang mana pada masa ini, lebih daripada 75,000 orang pelajar di dalam dan luar negara ditaja dalam pelbagai peringkat pengajian yang strategik seperti Persediaan/Foundation/A-Level/International Baccalaureate (IB), Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Sarjana dan PHD.
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Haji Musa
Pengerusi MARA

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...