Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, bagaimanapun calon yang memperoleh PNGK 4.00 mencatat sedikit penurunan 0.11 peratus iaitu 0.80 peratus atau 335 orang berbanding 0.91 peratus atau 390 dalam peperiksaan STPM 2014.

“Pencapaian calon STPM 2015 meningkat dalam semua kriteria pengukuran meliputi peratusan calon yang mendapat PNGK 4.00, PNGK 3.50 ke atas, PNGK 2.00 hingga 3.49, calon yang mendapat A dalam lima dan empat mata pelajaran, peratus lulus penuh dan penurunan peratus calon gagal.

“Peratusan calon STPM 2015 yang mendapat PNGK 3.50 ke atas juga meningkat kepada 11.22 peratus atau 4,711 calon berbanding 10 peratus atau 4,285 pada tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan peperiksaan STPM 2015 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE