Friday, August 24, 2018
Wednesday, August 8, 2018
Diploma Pembantu Perubatan
Maklumat Program - Diploma Pembantu Perubatan
|
Kod Program
|
Pengajian Sepenuh Masa
|
Tempoh 3 Tahun
|
Kemasukan
|
Yuran Pendaftaran RM50.00
|
"Assistant Medical Officer" / Penolong Pembantu Perubatan (AMO/PPP) berfungsi memberikan perkhidmatan dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran dengan penuh kompeten dalam memberi perkhidmatan kesihatan secara kuratif, promotif, preventif dan rehabilitatif pada tahap yang bersesuaian dalam program perkhidmatan perubatan dan kesihatan di bawah pengawasan pegawai perubatan.
AMO berperanan memberikan perkhidmatan diperingkat dalam aspek kesihatan dengan:
- Memberi rawatan primer dan kecemasan di klinik kesihatan, jabatan pesakit luar, wad dan jabatan kemalangan dan kecemasan di hospital-hospital;
- Membuat pemeriksaan saringan keatas pesakit yang memerlukan rawatan;
- Memeriksa, mendiagnos dan merawat penyakit ringan;
- Memberi kaunseling/pendidikan kesihatan kepada pesakit dan masyarakat setempat;
- Memberi rawatan awal kes-kes kecemasan.
Manakala diperingkat Perkhidmatan Khusus, AMO berperanan dalam memberikan perkhidmatan dipelbagai jabatan kepakaran dan program-program seperti di Jabatan Otopedik, Pembedahan Am, Bius dan Unit Rawatan Rapi, Unit Psiaktri, Jabatan Urologi, Jabatan Neurologi dan lain2 jabatan dan unit di hospital (samada kerajaan atau pun swasta.
Tempoh latihan Diploma Pembantu Perubatan UCSA adalah selama 3 tahun (6 semester) 3 1/2 semester diperuntukkan untuk pengajian teori dan amali, dan 2 1/2 semester untuk menjalani latihan praktis klinikal di Hospital dan Klinik Kesihatan.
Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM/SPMV/O-Level
Lulus SPM / SPMV / O-Level dengan 5 kredit termasuk
- Bahasa Melayu
- Matematik ATAU Matematik Tambahan
- Fizik ATAU Kimia ATAU Biologi ATAU Sains
- Mana-mana 2 matapelajaran lain
Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
- Penolong Pegawai Perubatan, dibawah Skim Pembantu Perubatan, Gred U29, Kementerian Kesihatan Malaysia atau mengikut tajaan
- Penolong Pegawai Perubatan di Agensi Badan Berkanun seperti Hospital Universiti, Klinik Universiti, fakulti perubatan
- Peluang untuk mengikuti kursus-kursus lanjutan (pengkhususan) dalam dan luar negara
- Peluang kenaikan pangkat ke Gred U32, Gred U36, Gred U38 dan Gred U42
- Kenaikan ke Jawatan Kumpulan Pengurusan & Profesional (kelulusan ijazah)
- Peluang menyertai rombongan jemaah haji
- Pengajar
- Pegawai Sains
- Pengarah Hospital
- Bekerja di Hospital swasta dalam bidang - Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Unit Ekokardiogram dan Kardiologi, Dewan Bedah, 'Perfusionest', Unit Renal
- Syarikat-syarikat minyak
- Peluang untuk bekerja di luar Negara seperti di Arab Saudi
- Peluang untuk menyambung ijazah dalam bidang perubatan dan kesihatan.
Diploma Farmasi
Bidang Farmasi merupakan kerjaya kesihatan yang melibatkan penyediaan, peramuan, penstabilan pengawetan dan pendispensan ubat-ubatan serta membekal maklumat tentang ubat. Seorang ahli farmasi juga bertugas menjamin penggunaan ubat-ubatan dengan selamat.
Peranan ahli farmasi yang lebih tradisional membabitkan penyediaan dan pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit mengikut prespkripsidoktornya. Namun, peranan ini telah berkembang kepada perkhidmatan klinikal, kajian semula ubatan dan pemberian maklumat tentang ubat.
Farmasi pula dibahagikan kepada tiga bidang, iaitu:
- Farmaseutik, iaitu kajian tentang penghasilan ubat daripada bahan kimia (entiti kimia baru )
- Farmakognosi, iaitu kajian tentang penghasilan ubat daripada sumber semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan
- Kimia perubatan, iaitu kajian tentang penentuan, sintesis dan perkembangan entiti kimia baru untuk dijadikan ubat
- Praktis farmasi, iaitu kerja seorang ahli farmasi
(Wikipedia)
Farmaseutik melibatkan pembangunan , penciptaan dan pemprosesan ubat dari bahan mentah. Kimia farmaseutik ialah bidang yang mempunyai hubung kait dengan kimia, biologi dalam hal sintesis dan pembangunan ubat-ubatan. Praktis farmasi pula ialah cabang farmasi yang menggunakan maklumat farmaseutik dan kimia farmaseutik dalam mempraktiskan farmasi kepada masyarakat. Ia menekankan penggunaan ubat secara rasional, berkesan dan selamat dalam kalangan masyarakat.
Pilihan kerjaya untuk ahli farmasi
Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
- Penolong Pegawai Farmasi di hospital awam dan badan berkanun
- Pembantu Farmasi di hospital swasta dan farmasi komuniti
- Eksekutif produk atau jurucakap produk di industri farmaseutikal
- Penyelia di bahagian Pengawalan Kualiti atau Pembuatan Ubat di industri farmaseutikal
- Pembantu/penolong pegawai penyelidik di institusi yang berkaitan dengan penyelidikan dadah dan ubat
- Pembantu teknikal di institusi-institusi yang mengawal selia ubat dan produk kesihatan.
Syarat Kelayakan Diploma Farmasi
Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit termasuk:
Bahasa Melayu
Fizik ATAU Kimia ATAU Biologi ATAU Sains
Mana-mana 1 matapelajaran lain.
August 08, 2018
No comments
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA LEPASAN SPM
Butiran Aktiviti | Tarikh | Status |
Semakan keputusan panggilan temuduga bagi permohonan program yang bertemuduga sahaja, calon SPM/Setaraf Sesi Akademik 2015/2016 | Bermula 13 April 2015 | ![]() |
Hebahan dan semakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier bagi lepasan SPM/setaraf sesi akademik 2015/ 2016 | Minggu Pertama Mei | |
Sistem aplikasi e-Rayuan yang dibuka
| Minggu ke-3 Mei | |
Hebahan dan semakan keputusan rayuan
| Minggu ke-2 Jun | |
![]() |
(UPSI) Universiti Pendidikan Sultan Idris http://www.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga |
(UiTM) Universiti Teknologi Mara http://www.online.uitm.edu.my |
(UPNM) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia http://www.upnm.edu.my/kemasukan/temuduga |
(UUM) Universiti Utara Malaysia http://asisonline.uum.edu.my/tawaran/index.aspx |
Nota: Semakan panggilan temu duga adalah untuk calon yang membuat permohonan program yang perlu di temuduga ataupun menduduki ujian khas
Sebarang pertanyaan boleh berdiskusi dengan pemohon lain ataupun moderator menerusi Facebook rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi
Catatan: Penambahan maklumat akan dinyatakan dari masa ke semasa merangkumi tarikh sebenar dan pautan untuk membuat semakan
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA LEPASAN STPM
Butiran Aktiviti | Tarikh | Status |
Semakan panggilan temuduga bagi permohonan program yang bertemuduga sahaja | Minggu ke-3 Mei | |
Hebahan dan semakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan STPM/setaraf sesi akademik 2015/ 2016 | Minggu ke-2 Ogos | |
Sistem aplikasi e-Rayuan yang dibuka
| Minggu ke-2 Ogos | |
Hebahan dan semakan keputusan rayuan calon lepasan STPM/setaraf sesi akademik | Bermula minggu ke-2 September | |
Catatan: Penambahan maklumat, tarikh sebenar dan pautan untuk membuat semakan akan dinyatakan kemudian
PAUTAN INFO
Bagi mendapatkan sebarang maklumat yang terkini berkaitan keputusan permohonan, calon boleh melayari laman Facebook rasmi Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU
Dikemaskini 13.04.2015, Isnin
Pautan sumber : http://www.mysumber.com/semakan-keputusan-upu-sesi-2014-2015-tawaran-temuduga-ipta.html#ixzz3Yas9nWa1
Subscribe to:
Posts (Atom)