Wednesday, August 8, 2018

Diploma Farmasi


Bidang Farmasi  merupakan kerjaya kesihatan yang melibatkan penyediaan, peramuan, penstabilan pengawetan dan pendispensan ubat-ubatan serta membekal maklumat tentang ubat. Seorang ahli farmasi juga bertugas menjamin penggunaan ubat-ubatan dengan selamat.
Peranan ahli farmasi yang lebih tradisional membabitkan penyediaan dan pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit mengikut prespkripsidoktornya. Namun, peranan ini telah berkembang kepada perkhidmatan klinikal, kajian semula ubatan dan pemberian maklumat tentang ubat. 

Farmasi pula dibahagikan kepada tiga bidang, iaitu:
  • Farmaseutik, iaitu kajian tentang penghasilan ubat daripada bahan kimia (entiti kimia baru )
  • Farmakognosi, iaitu kajian tentang penghasilan ubat daripada sumber semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan
    • Kimia perubatan, iaitu kajian tentang penentuan, sintesis dan perkembangan entiti kimia baru untuk dijadikan ubat
  • Praktis farmasi, iaitu kerja seorang ahli farmasi
(Wikipedia)


Farmaseutik melibatkan pembangunan , penciptaan dan pemprosesan ubat dari bahan mentah. Kimia farmaseutik ialah bidang yang mempunyai hubung kait dengan kimia, biologi dalam hal sintesis dan pembangunan ubat-ubatan. Praktis farmasi pula ialah cabang farmasi yang menggunakan maklumat farmaseutik dan kimia farmaseutik dalam mempraktiskan farmasi kepada masyarakat. Ia menekankan penggunaan ubat secara rasional, berkesan dan selamat dalam kalangan masyarakat.


Pilihan kerjaya untuk ahli farmasi


Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
  • Penolong Pegawai Farmasi di hospital awam dan badan berkanun
  • Pembantu Farmasi di hospital swasta dan farmasi komuniti
  • Eksekutif produk atau jurucakap produk di industri farmaseutikal
  • Penyelia di bahagian Pengawalan Kualiti atau Pembuatan Ubat di industri farmaseutikal
  • Pembantu/penolong pegawai penyelidik di institusi yang berkaitan dengan penyelidikan dadah dan ubat
  • Pembantu teknikal di institusi-institusi yang mengawal selia ubat dan produk kesihatan.

Syarat Kelayakan Diploma Farmasi


  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Fizik ATAU Kimia ATAU Biologi ATAU Sains
    • Mana-mana 1 matapelajaran lain.





0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...