Jom Masuk Kolej

Info Pendidikan Dan Kerjaya.

Permohonan Secara Online

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

PENDAFTARAN TERBUKA KE MAHSA UNIVERSITY UNTUK INTAKE JAN DAN FEB 2018 KINI DIBUKA!

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

MAHSA UNIVERSITY

Sila lawati dan klik link ini atau hubungi kami di talian 01126604804.

MAHSA UNIVERSITY September Intake Is Now All Open!

Sila lawati dan klik link ini atau hubungi kami di talian 01126604804.

HUBUNGI PERUNDING DAN PENASIHAT PENDIDIKAN ANDA DAN KLIK INI UNTUK PERMOHONAN ONLINE

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

Thursday, September 27, 2018

Pengiktirafan Kepada Program Pengajian Yang Ditawarkan Di Institut Pengajian Tinggi

Pengiktirafan Kepada Program Pengajian Yang Ditawarkan Di Institut Pengajian Tinggi


Diiktiraf kah enda ni?

Ini merupakan antara soalan wajib yang sering dipertanyakan
oleh pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran
mereka ke suatu institusi pengajian tinggi. Bukan pelajar saja,
ibu bapa, guru-guru turut melontarkan persoalan yang
sama, khususnya apabila terdengar tawaran-tawaran
pengajian daripada IPT swasta. Tidak salah bertanya,
mereka berhak mengetahui semua ini. Yalah, melibatkan
masa depan anak pelajar. Harus dipandang berat.
Walaubagaimanapun, terdapat golongan yang
mungkin kurang berpengetahuan mengatakan
bahawa program-program yang ditawarkan oleh IPTS
tidak mendapat pengiktirafan daripada kerajaan dan sebagainya.
Hakikatnya, ini adalah tidak benar sama sekali. Buat
penulisan kali ini, penulis ingin berkongsi dengan para
pembaca bagaimana untuk mengetahui sama ada suatu
program yang ditawarkan itu mendapat pengiktirafan atau tidak.

Untuk pengetahuan semua, terdapat badan-badan
berbeza yang terlibat di dalam mengiktirafkan suatu
program pengajian itu. Soalan "program ini kana
iktiraf ka ini?" adalah soalan yang umum. Disini,
penulis akan berkongsi maklumat tentang badan-badan
yang terlibat di dalam memberi pengiktirafan kepada
program-program pengajian yang ditawarkan di IPTA dan
IPTS:

1. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia / 
Kementerian Pelajar Malaysia






KPTM/KPM tidak bermainkan peranan secara langsung
di dalam memberikan pengiktirafan kepada program-program
yang ditawarkan oleh IPTA atau IPTS. Peranan KPTM/KPM
adalah lebih kepada meluluskan lesen kepada IPT untuk
beroperasi. Biasanya sesebuah IPT memerlukan
kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Bomba,
Kesihatan, dan lain-lain sebelum diluluskan oleh KPTM/KPM. 

2. Jabatan Perkhidmatan Negara (JPA)











JPA tidak lagi memainkan peranan di dalam memberikan
pengiktirafan kepada program-program yang ditawarkan
oleh IPT. Peranan tersebut telah diambil alih oleh
Malaysian Qualification Agency (MQA). Sebarang
program yang diluluskan dan mendapat akreditasi
daripada MQA adalah secara langsung diiktiraf oleh JPA.


3. Malaysian Qualification Agency








MQA merupakan badan yang bertanggungjawab
untuk memberikan pengiktirafan kepada program-program yang
ditawarkan oleh IPT. Panel akan dilantik oleh MQA dimana
mereka akan berkunjung ke IPT tersebut untuk
melakukan penilaian berdasarkan pelbagai aspek
khususnya di dalam kesediaan kurikulum, tenaga
pengajar, kemudahan, dan lain-lain. Pada awal
peringkat penilaian, panel akan menentukan tahap
kesediaan IPT di dalam menawarkan program
tersebut. IPT hanya dibenarkan mengambil pelajar
setelah mendapat Provisional Accreditation (PA).
Kelulusan ini akan diberikan secara berperingkat.
IPT akan menerima akreditasi sepenuhnya setelah
berjaya mengendalikan program tersebut setiap semester.
Apabila program tersebut menerima akreditasi sepenuhnya,
bermakna program tersebut adalah terbukti tiada
sebarang masalah kerana ia dijalankan sebagaimana ia
harus dijalankan. Program-program yang telah mendapat 
perakuan akreditasi boleh dirujuk di Daftar Kelayakan
Malaysia atau Malaysian Qualification Register (MQR).
Penulis telah menyediakan link bagi
memudahkan rujukan kalian http://www2.mqa.gov.my/mqr.
Anda juga boleh akses maklumat ini melalui
aplikasi myMQR di Google Play
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mymqa.


4. Badan-badan professional 

Lazimnya terdapat badan-badan professional
yang terlibat di dalam pengiktirafan sesuatu
program pengajian itu. Biasanya pengiktirafan
program pengajian yang melibatkan badan-badan
professional adalah pada peringkat ijazah yang
pertama. Berikut adalah badan-badan professional yang wujud:

        a.  Lembaga Arkitek Malaysia
        b.  Lembaga Jurutera Malaysia
        c.  Lembaga Juruukur Tanah
        d.  Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Harta Tanah
        e.  Lembaga Jurutera Malaysia
        f.  Lembaga Perancang Bandar Malaysia
        g.  Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
        h.  Majlis Pergigian Malaysia
        i.   Lembaga Farmasi Malaysia
        j.   Majlis Optik Malaysia
        k.  Lembaga Kelayakan Profesyen Undang-Undang
        l.   Institut Akauntan Malaysia

Di dalam penulisan akan datang, penulis akan
menjelaskan lebih lanjut mengenai peranan
badan-badan professional di dalam mengiktirafkan
program pengajian yang ditawarkan di mana-mana
institusi. Sekurang-kurangnya melalui penulisan
kali ini, pembaca dapat mengenali badan-badan
asas yang memainkan peranan utama di dalam
pengiktirafan program pengajian. Penulis berharap
maklumat yang dikongsikan dapat membantu
pelajar-pelajar khususnya di dalam memilih program
pengajian yang berkualiti, ibu bapa dan guru-guru
dapat menyampaikan maklumat yang tepat
kepada anak pelajar. Teruskan ikuti penulisan penulis
yang akan datang. 

Sumber : 
http://sambungbelajarbah.blogspot.com/2018/09/diiktiraf-kah-enda-ni.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...