Saturday, November 24, 2018

BANTUAN PENDIDIKAN ONE-OFF YAYASAN SABAH UNTUK PELAJAR INGIN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Bantuan Pendidikan One-Off Yayasan Sabah 2019

Yayasan Sabah mempelawa kepada warga Sabah yang berjaya mendapat 
tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Ini termasuklah pelajar yang berjaya menyambung ke Matrikulasi, Universiti Awam, Politeknik dan Universiti Swasta dalam Malaysia.



Bantuan akan diberikan sebanyak RM1000.00 bagi pelajar yang menyambung 
pengajian dalam negeri Sabah dan sebanyak RM2000.00 diberikan kepada 
pelajar yang berjaya menyambung pengajian di luar negeri Sabah.

Pelajar-pelajar atau ibubapa hendaklah membawa salinan kad 
pengenalan pelajar ibu dan bapa serta SURAT TAWARAN dari mana-mana 
kolej atau universiti

Maklumat lanjut tentang bantuan khas ini boleh diperolehi dari pegawai-pegawai
BPPYS di talian berikut : 088-326300 / 088-326400.


.................

Dokumen yang perlu disertakan:

- Sila sertakan salinan surat beranak pemohon dan ibu bapa 
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa
- Salinan slip keputusan SPM dan surat tawaran kemasukan 
  ke Pengajian Tinggi (IPT)
- Salinan slip pendapatan ibubapa


Download Borang Permohonan Bantuan Pendidikan:

Borang Permohonan Online Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi 2019:

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...