Jom Masuk Kolej

Info Pendidikan Dan Kerjaya.

Permohonan Secara Online

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

PENDAFTARAN TERBUKA KE MAHSA UNIVERSITY UNTUK INTAKE JAN DAN FEB 2018 KINI DIBUKA!

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

MAHSA UNIVERSITY

Sila lawati dan klik link ini atau hubungi kami di talian 01126604804.

MAHSA UNIVERSITY September Intake Is Now All Open!

Sila lawati dan klik link ini atau hubungi kami di talian 01126604804.

HUBUNGI PERUNDING DAN PENASIHAT PENDIDIKAN ANDA DAN KLIK INI UNTUK PERMOHONAN ONLINE

Sila lawati dan klik link ini untuk Permohonan Online atau hubungi kami di talian 01126604804.

Tuesday, July 9, 2019

Keputusan rayuan ke universiti awam diumum esok

Bernama | Diterbitkan pada Jun 25, 2019

Keputusan rayuan ke universiti awam diumum esok
Hebahan keputusan itu bermula 12 tengah hari sehingga 11.59 malam 2 Julai melalui saluran di UPUPocket2.0 dan beberapa laman iaitu http://jpt.umt.edu.my; http://jpt.ums.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.utm.my; dan http://jpt.uum.edu.my.


PUTRAJAYA: Keputusan permohonan rayuan UPUOnline untuk kemasukan ke Program Pengajian Asasi dan Diploma ke universiti awam (UA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan esok, kata Kementerian Pendidikan.

Hebahan keputusan itu bermula 12 tengah hari sehingga 11.59 malam 2 Julai melalui saluran di UPUPocket2.0 dan beberapa laman iaitu http://jpt.umt.edu.my; http://jpt.ums.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.utm.my; dan http://jpt.uum.edu.my.

Semakan status permohonan rayuan juga boleh didapati melalui perkhidmatan penghantaran SMS ke 15888 dengan menaip UPU RESULT diikuti nombor kad pengenalan, menurut kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Kementerian Pendidikan berkata 24,683 pemohon lepasan SPM telah mengemukakan permohonan rayuan UPUOnline ke UA.

Permohonan rayuan UPUOnline sesi akademik 2019/2020 itu diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKPJPT) dan dibuka pada 5-10 Mei, katanya.

Kementerian Pendidikan berkata dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat selepas tempoh pendaftaran pelajar baharu mengikut program pengajian di UA.

"Surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak UA dan semua calon berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.

Kementerian Pendidikan berkata tiada lagi rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline selepas tarikh hebahan keputusan permohonan rayuan diumumkan.

"Tawaran tempat adalah muktamad serta sebarang permohonan pertukaran adalah tidak dibenarkan," katanya.

Kaunter khidmat runding BPKPJPT untuk cara permohonan kemasukan UA, politeknik, kolej komuniti, dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibuka di Kementerian Pendidikan, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Putrajaya mulai esok (26 Jun) bermula 8.30 pagi hingga 4 petang (waktu dan hari bekerja sahaja) sehingga 2 Julai bagi memudahkan pemohon membuat semakan keputusan permohonan rayuan dan mendapatkan khidmat runding cara.

Kemudahan hotline BPKPJPT 03-88708200 turut disediakan pada waktu dan hari bekerja sahaja untuk membantu menjawab sebarang kemusykilan pemohon. - BERNAMA

Sumber : 





Bau 'misteri' pada waktu malam, selepas hujan di Pasir Gudang

Bau 'misteri' pada waktu malam, selepas hujan di Pasir Gudang
   Pada 20 Jun lepas, 15 murid Sekolah Agama Taman       Mawar, manakala 13 murid Sekolah Kebangsaan Pasir   Gudang (4), mengalami sesak nafas, loya dan muntah,       dipercayai akibat terhidu udara yang tercemar itu. -     Gambar  fail





















  JOHOR BAHRU: Belum pun lega daripada krisis pencemaran kimia di Sungai Kim Kim 
  pada Mac lepas, penduduk Pasir Gudang diuji lagi dengan insiden pencemaran udara sejak 
  20 Jun lepas yang sehingga kini belum diketahui puncanya.

  Berdasar aduan mangsa, bau busuk yang melampau menyebabkan mereka mengalami 
  simptom sesak nafas dan muntah, dan aduan itu ada asasnya apabila bau itu turut menangkap 
  hidung wartawan dan jurugambar Bernama yang membuat tinjauan di beberapa kawasan 
  terjejas.

  Bau busuk dan tengik semakin kuat semasa cuaca gerimis ketika Bernama berada di beberapa 
  kawasan perumahan seperti Taman Mawar, Taman Pasir Gudang dan Taman Bukit Dahlia 
  yang tidak jauh dari Sekolah Agama Taman Mawar, iaitu sekolah pertama yang terjejas dalam 
  insiden hampir 10 hari lalu.

  Malah bau itu dapat dihidu sebaik memasuki kawasan terlibat walaupun berada dalam kereta 
  dengan pendingin hawa, sehingga kedua-dua petugas mengalami rasa pening serta sukar untuk 
  bernafas.

  Apa yang dilalui petugas Bernama itu turut diakui beberapa penduduk yang menyifatkan 
  bauan itu bukan sahaja tidak menyenangkan, tetapi juga membimbangkan.

  Malah, bau yang disifatkan penduduk sebagai 'pelik' itu semakin kuat pada waktu malam dan 
  selepas hujan dan telah menyelubungi kehidupan harian mereka sejak insiden pencemaran 
  bahan kimia Sungai Kim Kim Mac lepas.

  Raja Ismail Raja Atan, 45, yang tinggal di Taman Pasir Putih, iaitu kira-kira 50 meter dari 
  Sungai Kim Kim berkata kekerapan bau busuk dan tengik itu mula 'naik' selepas pukul 10 
  malam sehingga mengakibatkan sakit kepala, pening dan loya sekiranya terhidu.

  "Sebenarnya, bau itu dah lama kami hidu, semasa kejadian Sungai Kim Kim dah ada bau 
  busuk itu, cuma sekarang ia agak teruk sebab semakin ramai yang alami muntah, loya, 
  pening dan sebagainya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya.

  Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin 
  dalam sidang media mengesahkan tiga gas dikesan dalam insiden gangguan kesihatan 
  di daerah itu iaitu gas metil merkaptan, akrilonitril dan akrolein.

  Kehadiran ketiga-tiga gas itu katanya boleh memberi kesan kepada kumpulan yang 
  berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan penghidap asma, namun mengesahkan ketiga-tiga 
  gas itu tidak dikesan dalam sampel darah dan air kencing 10 pesakit daripada lapan buah 
  sekolah yang telah dianalisis.

  Berkongsi pengalaman, kerani bank, Farhanah Rahim, 32, yang tinggal di Taman Bukit 
  Dahlia terletak kurang 3.5 kilometer dari Sekolah Agama Taman Mawar, berkata beliau 
  seakan sudah 'kebal' dengan bau misteri yang membelenggu kawasan tempat tinggalnya 
  sejak beberapa bulan lepas.

  "Kami penduduk di sini macam dah terbiasa dengan segala bau di Pasir Gudang ini sebab 
  macam-macam bau ada pada waktu tertentu. Kadang-kadang bau busuk ada...bau tengik 
  ada dan bau itu memang susah nak describe macam mana," katanya.

  Bagaimanapun katanya pencemaran yang tidak diketahui puncanya dan telah berlarutan 
  selama seminggu itu, mengakibatkan matanya pedih bila berada di kawasan terbuka serta 
  sakit tekak.

  Seorang penduduk di Taman Mawar, yang hanya ingin dikenali sebagai Bob (he) 
  menyuarakan kebimbangan dan kegusarannya bahawa isu sebegini mampu memberi 
  kesan lebih teruk pada masa hadapan terhadap seluruh penduduk daerah itu.

  "Secara logik, sekarang ramai yang alami muntah-muntah, pening, cirit birit tetapi saya 
  risau mungkin dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi kami boleh terkena kesan 
  sampingan lain disebabkan bau 'misteri' ini," katanya.

  Setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kenyataan memaklumkan seramai 
  748 orang terdiri daripada 709 menerima rawatan pesakit luar dan 39 orang dimasukkan 
  ke dalam wad sehingga semalam (27 Jun).

  Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 475 institusi pendidikan di bawah Kementerian 
  Pendidikan Malaysia (KPM) di daerah Pasir Gudang diarah tutup serta merta selama tiga
   hari, bermula 25 hingga 27 Jun lepas, disebabkan pencemaran gas yang berlaku sejak 
  Khamis minggu lalu.

  Pada 20 Jun lepas, 15 murid Sekolah Agama Taman Mawar, manakala 13 murid Sekolah 
  Kebangsaan Pasir Gudang (4), mengalami sesak nafas, loya dan muntah, dipercayai akibat 
  terhidu udara yang tercemar itu.

  Ia merupakan pencemaran kali kedua berlaku di Pasir Gudang selepas kejadian 
  pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim tiga bulan lalu, yang menyaksikan lebih 
  4,000 orang jatuh sakit dan 111 buah sekolah ditutup.

  Rata-rata penduduk Pasir Gudang menggesa kerajaan dan pihak berkuasa terlibat 
  menyelesaikan isu pencemaran dan mengenal pasti punca bau 'misteri' itu secepat 
  mungkin kerana bimbang keadaan akan menjadi semakin teruk, terutamanya kepada 
  kanak-kanak yang mudah terkesan dengan pencemaran itu.

Friday, March 29, 2019

Permohonan Biasiswa Kerajaan Sabah kini dibuka


KOTA KINABALU, 25 Mac – Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2019 akan dibuka mulai esok sehingga 25 April depan, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob.
Sehubungan itu, Dr Yusof meminta pelajar berasal dari Sabah yang mendapat keputusan cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan agar tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan biasiswa berkenaan.
“Semua permohonan BKNS  boleh dilakukan secara atas talian melalui di www.biasiswa.sabah.gov.mydan setiap pemohon mestilah mempunyai email peribadi masing-masing yang masih aktif,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata permohonan biasiswa berkenaan dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta pelajar diperingkat Sijil Tinggi Amaga Malaysia (STAM), diploma dan Matrikulasi .
“Kelayakan pemohon bagi SPM ialah 7A Keatas dan STPM pula Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.3 yang diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan.
“Manakala kelayakaan keputusan di peringkat Matrikulasi dan diploma pula adalah CGPA 3.5 keatas dan bagi kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.8 di peringkat  peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi dan tawaran biasiswa hanya di Instiut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja,”katanya.
Beliau berkata tawaran biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 10A+ dalam SPM dan CGPA 4.0 dalam STPM diberi keutamaan untuk mendapatkan biasiawa berkenaan.
“Saya difahamkan seramai 148 pelajar mendapat 10A+ keatas dalam SPM dan 61 pelajar mendapat CGPA 4.0 di Sabah yang dikeluarkan baru-baru ini dan saya berharap kesemua pelajar berkenaan memohon untuk mendapatkan biasiswa ini,” katanya.
Dr Yusof berkata pelajar boleh membuat permohonan biasiswa berkenaan walaupun belum mendapat tawaran ke IPT kerana kementeriannya akan membantu pemohon berkenaan untuk mendapatkan kursus yang bersesuaian dan diperlukan industri pada masa kini.
“Antara kursus yang ditetapkan adalah dalam bidang Seni Bina, Kejuruteraan, Juruukur Bahan, Perhutanan, Komunikasi, Sains Alam Sekitar, Pengurusan Hartanah, Pentadbiran Perniagaan, Perakunan, Pergigian, Sains Komputer, Undang-Undang, Perubatan Veterinar, dan Sains Bioteknologi,” katanya.
Sementara itu, beliau menasihatkan para ibu bapa dan pelajar agar memilih kursus yang diperlukan industri pada masa kini sekiranya mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah.
“Kita tidak mahu para pelajar memilih kursus yang tidak popular kerana akhirnya mereka sendiri yang rugi kerana tidak mendapat pekerjaan, sekali gus meningkatkan jumlah penganggur di negeri ini,” katanya.
— BERNAMA

Wednesday, March 13, 2019

PENDAFTARAN PENGAJIAN KEMASUKAN KE MAHSA COLLEGE SABAH CAMPUS AMBILAN MAC 2019 DI BUKA UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM 2018


PENDAFTARAN PENGAJIAN KEMASUKAN KE MAHSA COLLEGE SABAH CAMPUS AMBILAN MAC 2019 DI BUKA UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM 2018

PENGAMBILAN PELAJAR SAINS KESIHATAN PERUBATAN MAC 2019.

Informasi penting kepada lepasan SPM yang berminat dalam bidang Sains Kesihatan Perubatan dan bukan Perubatan, Permohonan untuk ambilan MAC 2019 kini DIBUKA.

PROGRAM- PROGRAM PERUBATAN SAINS KESIHATAN YANG DITAWARKAN:

DIPLOMA IN MEDICAL LAB TECHNOLOGY
💌 (3 Tahun Pengajian)
Syarat Kelayakan :
(Lima (5) Kredit SPM - BM, Math, Sains & 2 mana-mana subjek lain)

DIPLOMA IN MEDICAL IMAGING (RADIOGRAPHY)
💌 (3 Tahun Pengajian)
Syarat Kelayakan :
(Lima (5) Kredit SPM - BM, Math, Sains & 2 mana-mana subjek lain)

DIPLOMA IN PYSIOTHERAPHY
💌 (3 Tahun Pengajian)
Syarat Kelayakan :
(Lima (5) Kredit SPM - BM, Math, Sains & 2 mana-mana subjek lain)

DIPLOMA IN NURSING
💌 (3 Tahun Pengajian di KL). 
Syarat Kelayakan :
(Lima (5) Kredit SPM - BM, Math, Sains & 2 mana-mana subjek lain)

DIPLOMA IN ENVIROMENTAL HEALTH 
💌 (3 Tahun Pengajian)
Syarat Kelayakan :
(Lima (5) Kredit SPM - BM, Math, Sains & 2 mana-mana subjek lain)

DIPLOMA IN PHARMACY
💌 (3 Tahun Pengajian)
Syarat Kelayakan :
(Tiga (3) Kredit SPM - Sains & 2 mana-mana subjek lain)

DIPLOMA IN BUSNIESS ADMINISTRATION
💌 (2 Tahun Pengajian)
Syarat Kelayakan :
(Tiga (3) Kredit SPM - mana-mana subjek lain)

DIPLOMA IN ENTREPRENEURSHIP
💌 (2 Tahun Pengajian)
Syarat Kelayakan :
(Tiga (3) Kredit SPM - mana-mana subjek lain)


DIPLOMA IN ACCOUNTING 
💌 (2 Tahun 6 Bulan Pengajian)
Syarat Kelayakan :
(Tiga (3) Kredit SPM - Matematik & 2 mana-mana subjek lain)

SIJIL PENGURUSAN
💌 (1 Tahun Pengajian)
Syarat Kelayakan :
(Satu (1) Kredit SPM - Lulus Sejarah dan Bahasa Melayu)
Yuran Pengajian PERCUMA, wajib sambung Diploma in Business Administaration

🎓 Pengajian bertempat di KOTA KINABALU, SABAH
🎓 Hostel PERCUMA disediakan
🎓 Pengangkutan PERCUMA disediakan
🎓 Kampus mesra pelajar
🎓 Wifi PERCUMA
🎓 Aktif aktiviti sukan
🎓 Kemudahan pembelajaran yang lengkap
🎓 Last semester akan praktikal di Hospital Kerajaan
🎓 Berpeluang berkerja di sektor kerajaan (bergantung terma dan syarat)
🎓 PEMBIAYAAN PENUH YURAN PENGAJIAN OLEH PTPTN

UNTUK MEMOHON, SILA BERHUBUNG DENGAN
📱 En. Malvin 01126604804 (call / text / whatsapp) atau klik link whatsapp ini >
https://api.whatsapp.com/send?phone=601126604804&text=PendaftaranMahsaCollegeSabah


Program yang di tawarkan adalah berdasarkan keperluan dan kehendak industri abad ini iaitu bidang perubatan dan bukan perubatan. Impian dan cita-cita anda semuanya berada di sini dan pastinya akan menjamin masa depan anda iaitu di MAHSA COLLEGE SABAH

Untuk permohonan boleh mengisi Borang Permohonan Online Kemasukan ke Mahsa University di sini... > 📄
https://www.jommasukkolej.com/2017/07/permohonan-online.html

Terima Kasih.

💻
http://www.jommasukkolej.com/

Wednesday, March 6, 2019

Keputusan SPM 2018 diumum 14 Mac 2019

Keputusan SPM 2018 diumum 14 Mac


PUTRAJAYA 6 Mac - Seramai 421,706 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan mendapat keputusan peperiksaan mereka pada 14 Mac ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu seramai 362,754 merupakan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; sekolah di bawah agensi kerajaan (9,427); sekolah menengah agama negeri (8,160); sekolah menengah agama rakyat (2,059); sekolah swasta (14,001); dan calon persendirian (25,305).

Menurut KPM, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri.
KPM berkata calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS 15888.
Katanya perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula 10 pagi pada 14 Mac dan akan ditamatkan pada 6 petang 20 Mac.
Keputusan juga boleh disemak melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan.
Bagi calon SPM 2018 yang ingin mengambil SPM Ulangan 2019 atau peperiksaan sebagai calon persendirian pada tahun ini, KPM berkata pendaftaran dibuka bermula pada 14 Mac hingga 31 Mac ini.
Katanya pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Lembaga Peperiksaan, manakala urusan pengesahan pendaftaran dan pembayaran dibuat melalui Jabatan Pendidikan negeri tempat mereka ingin menduduki peperiksaan.- BERNAMA

Monday, March 4, 2019

Kenyataan Media: Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) - RM120 Juta Untuk Manfaat 1.2 Juta Orang Pelajar

KM BPPT 25 Feb

Wednesday, February 27, 2019

'Pharmacist Bukan Setakat Kerja Di Kaunter' - Penjelasan Padu Untuk Netizen Kurang Ilmu

Pernah terjadi beberapa kali kes di mana netizen kurang bijak sangat cenderung untuk memandang rendah terhadap kerjaya ahli farmasi

Image from mmgazette.com
Image via mmgazette.com
Bagi golongan yang kurang bijak, kerjaya sebagai ahli farmasi ini bukannya susah pun. Setakat duduk di belakang kaunter dan tunggu arahan doktor tentang pesakit, kemudian berikan mereka ubat-ubatan yang diperlukan. Itu saja.

Malah, ada juga yang menganggap kerja "remeh" sebegini mampu dilakukan oleh budak lepasan UPSR yang tidak memerlukan apa-apa kelulusan. Amboi, sampai macam tu sekali!

Ini salah satu contoh:

Memetik artikel The Vocket, ahli farmasi yang dikenali sebagai sitiawe telah dipertikai oleh netizen yang kurang ilmu dalam bidang perubatan apabila memuat naik video mengenai penjelasan penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD).

Segelintir netizen mengecam tindakannya itu sambil berkata beliau langsung tidak layak untuk mengulas tentang isu berkenaan kerana beliau hanyalah seorang ahli farmasi, bukan doktor.
Pada dasarnya, video ini sangatlah berguna untuk membantu orang ramai lebih memahami tentang wabak tersebut.

Tapi lain pula jadinya. Anda boleh baca sendiri komen-komen berbaur sindiran dan kecaman di ruangan komen video di atas.

Beberapa ahli farmasi yang triggered dengan isu ini segera bertindak dengan menjadikan media sosial sebagai platform untuk mendidik golongan yang kurang bijak ini.
Salah seorangnya ialah gadis bernama Fatin Zafira.

Image from Twitter @berrykiut
Image via Twitter @berrykiut
Fatin Zafira dengan tweethandle @berrykiut di Twitter mengambil kesempatan untuk menerangkan tentang susah payah dan jerih perih bekerja sebagai seorang ahli farmasi.

Menurutnya, ahli farmasi bukan setakat bekerja di belakang kaunter seperti mana yang dianggap oleh masyarakat. Kerjaya mereka adalah lebih daripada itu.

Baca penerangan penuh tentang kerjaya ahli farmasi oleh cik Fatin di bawah:

Firstly let’s begin with its base which is education. Sebelum nak jadi pharmacist mestilah kena ada degree in pharmacy. Banyak local private/government unis as well as overseas unis yang provide pharmacy courses. Before nak masuk degree, kena ada diploma (science/pharmacy) or foundation in science or matriculation in pure science.

Qualification varies for different uni, so bolehlah pergi cari kat uni yang berminat. 

So degree in pharmacy ni berapa lama? Kami belajar apa?


Degree in pharmacy takes 4 years to complete. So selama 4 tahun ni mcm-macamlah kami belajar. Of course our major is ubat-ubatan. Nama pun pharmacy ye dak?
Image from Rumah Sehat Terpadu
Ok now I need y’all to come to your senses. Untuk apa-apa masalah sekali pun, kalau kita tak tahu punca, boleh ke kita jumpa penyelesaiannya? Tak kan? Ok same goes to all diseases out there.

Kalau kami tak tahu inside out of most diseases, macam mana kami nak tahu how to cure it? Mestilah kena tahu macam mana penyakit tu terjadi dan apa yang menyebabkan dia terjadi, barulah boleh tahu ubat apa yg boleh halang dari penyakit tu terjadi lagi.

Jadi 4 tahun degree tu, kami belajar semua pasal:

1. The normal physiology of the human body
2. What happens when the normal conditions are compromised
3. How to counter arising problems using medications
4. And of course, semua pasal ubat from how it’s manufactured sampailah kepada side effects.
Image from ismaweb.net
Image via ismaweb.net

Image from Twitter @berrykiut
Image via Twitter @berrykiut
1. Hospital Pharmacist

So dekat hospital pun ada pharmacist. Mesti ramai tak tahu kan? Sebenarnya dekat hospital lah paling ramai pharmacist. Sebab banyak departments. Dekat ward ada pharmacist; who will monitor drug doses and side effects, dekat kaunter ambil ubat tu pun ada. Banyaklah lagi.

2. Retail Pharmacist

Haa ni yang dekat kedai-kedai pharmacy tu macam Guardian, Watsons, Caring and banyak lagi chain and independent pharmacies. Retail pharmacist ni jual ubat yang ada dalam locked cabinets yang korang boleh nampak kat tempat “Prescription” tu and bagi consultation for minor ailments.
Image from Palm Mall Seremban
Image via Palm Mall Seremban
3. Industrial Pharmacist

Ok yang ni pulak mostly kerja dekat kilang ubat. What do they do? They monitor the manufacture of drugs, control quality ubat which is important untuk pastikan semua ubat bagi effects yang sama and adequate untuk rawat penyakit yang berkaitan. Contoh: Pharmaniaga, CCM.

4. Enforcement Pharmacist

Yang ni kerja dia basically revolves around monitoring semua aktiviti jual beli yang melibatkan ubat dan kosmetik. Enforcement pun ensure companies yang manufacture ubat ni untuk patuh kepada regulations yang dah ditetapkan.
Image from Ahad
Image via Ahad
Basically, ini majority of careers in pharmacy, although banyak je lagi.

So apa beza doctors dengan pharmacist?

Doctors boleh diagnose penyakit, because they learn more about it in detail whereas pharmacists learn more on drugs.


So, doctors dengan pharmacists ni supposedly bukan bersaing pun, instead we complement each other. We need each other for the knowledge yang masing-masing ada.

Ok done. Harap lepas ni tak ada yang belittle pharmacists lagi. Kami bukan setakat duduk belakang kaunter ya kawan-kawan.

Ahli farmasi juga bertanggungjawab mematuhi garis panduan 5R yang telah ditetapkan iaitu:

1. Pesakit yang betul
2. Ubat yang betul
3. Dos yang betul
4. Pengambilan ubat pada masa yang betul
5. Cara pengambilan ubat yang betul
Image from moh.gov.my
Image via moh.gov.my
Memetik kenyataan seorang netizen Man Eman di Facebook:

"Ketahuilah bahawa dalam bidang kesihatan, semua kerjaya bermula daripada penyapu lantai di hospital/klinik sehinggalah ke tahap Menteri Kesihatan memainkan peranan yang penting dalam memastikan rakyat kita berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Jadi, bersangka baik dan hormatilah setiap kerjaya manusia di dunia ini."

Apa yang Dimaksud dengan Fisioterapi?

Apa Itu Fisioterapi dan Kaitan Dengan Perubatan??

Kerjaya Fisioterapi
Tahukah anda, bidang fisioterapi merupakan salah satu cabang dalam perubatan. Mungkin ramai yang diterima untuk pengajian fisioterapi ini dan kebanyakannya pula kekurangan maklumat bekenaan apa itu fisioterapi serta kaitannya dengan bidang perubatan atau doktor perubatan.

Apakah yang dimaksudkan dengan fisioterapi?
Fisioterapi adalah singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi sama maksud dengan penjagaan.Jadi makna fisioterapi ialah penjagaan atau pemulihan kefungsian. Di Malaysia fisioterapi dikenali sebagai jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan perubatan (anggota).

Kerjaya dan pendidikan
Sebenarnya sebelum ini, telah dibuat artikel terperinci tentang kerjaya dan pendidikan bidang fisiologi ini, untuk mendapatkan maklumat tentang defenisi serta pekerjaan bolehlah ke tajuk Kerjaya dan Pendidikan untuk Diploma Jurupulih Perubatan Anggota (FISIOTERAPI) sebelum ini.

Matlamat ahli fisioterapi
Sebagai matlamat utama seorang ahli fisioterapi ialah bagi membantu pesakit untuk mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap yang tinggi dan dapat difungsikan dengan sebaik mungkin. Tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik.

Contoh Kes Pesakit
Jika dilihat kini, ramai yang mengalami masalah darah tinggi dan kebanyaknnya menjadi lebih kronik apabila berlaku keadaan strok. Kebanyakan strok menyebabkan lemah fungsi anggota dan lumpuh kerana mengalami masalah dengan salur darah dan sebab-sebab lain. Ketidakfungsian atau lemah fungsi anggota itu perlu mempunyai seorang pakar atau ahli fisiologi untuk menjadikan ia kembali atau meningkatkan lagi kefungsian anggota tersebut.
Berjumpa ahli fisiologi dengan segera serta mengikuti tahap-tahap latihan secara berperingkat mampu sedikit sebanyak meningkatkan keupayaan otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak.

Antara kaedah yang dilakukan oleh Ahli Fisioterapi
Elektro Terapi
1.Ultra Sound
2.Interferential Terapi3.Laser4.Diatermi Gelombang Pendek



Terapi Manual
1.Mobilisasi2.Manipulasi3.Urutan4.Senaman Therapeutic5.Rehabilitasi selepas pembedahan6.Nasihat dan langkah pencegahan.

Apa yang Dimaksud dengan Fisioterapi? - Alodokter

Kondisi yang Membutuhkan Fisioterapi

Beberapa kondisi pasien yang bisa dibantu dengan perawatan fisioterapi berdasarkan sistem tubuh, dibedakan menjadi:
  • Gangguan sistem saraf
Beberapa kondisi terkait neurologi atau sistem saraf, seperti strokemultiple sclerosis, dan penyakit Parkinson bisa mengganggu fungsi tubuh Anda. Gangguan fungsi tubuh yang bisa terjadi, antara lain susah bicara, susah bergerak, dan menurunnya kinerja tangan.
  • Gangguan pada otot kerangka tubuh
Kondisi yang diakibatkan oleh gangguan neuromuskuloskeletal atau gangguan pada otot kerangka tubuh antara lain saat ada nyeri punggung, nyeri otot, cedera karena olahraga, dan arthritis.  Pemulihan pasca operasi pada tulang dan otot juga seringkali perlu memerlukan fisioterapi.
  • Penyakit kardiovaskular
Gangguan pada jantung dan pembuluh darah (sistem kardiovaskular) yang bisa dibantu dengan fisioterapi adalah penyakit jantung kronis dan rehabilitasi pasca serangan jantung. Dengan fisioterapi, kondisi pasien akan lebih berkualitas karena diberikan dukungan fisik dan emosi.
  • Gangguan pernapasan
Asma, penyakit paru obstruktif kronik, dan cystic fibrosis (fibrosis kistik) adalah beberapa penyakit terkait sistem pernapasan yang bisa diringankan melalui fisioterapi. Ahli fisioterapi akan memberikan serangkaian metode mengenai bagaimana cara tubuh bernapas lebih baik dan bagaimana mengontrol gejala-gejala seperti batuk-batuk dan kesulitan bernapas.

Seperti Apa Bentuk Perawatan Fisioterapi?

Mungkin Anda penasaran bagaimana cara seorang fisioterapis melakukan perawatan kepada para pasien yang memiliki gangguan kesehatan di atas. Yang jelas, pengobatan dengan memakai metode ini membutuhkan keterlibatan pasien secara aktif dan kedisiplinan. Oleh karena itu, fisioterapis akan melakukan pemeriksaan terhadap penyakit Anda, mendiagnosis, dan membantu Anda memahami permasalahan yang muncul di  tubuh Anda. Fisioterapi membutuhkan keseriusan Anda karena metode ini berkaitan dengan gaya hidup, aktivitas, dan kesehatan Anda secara umum.
Berikut beberapa metode yang biasanya diterapkan kepada pasien:
  • Program latihan
Beberapa terapi yang termasuk dalam program ini, antara lain teknik memperbaiki postur tubuh, memperkuat otot, senam atau olahraga, dan peregangan otot.
  • Teknik elektroterapi
Terapi ini menggunakan alat dengan daya listrik. Terapi ini disebut juga terapi listrik. Beberapa terapi jenis ini antara lain terapi saraf dengan stimulasi elektrik (TEN), terapi stimulasi listrik melalui jaringan lemak (PENS), metode PENS memadukan teknik akupuntur dan terapi listrik.
  • Fisioterapi manual
Yang temasuk fisioterapi jenis ini adalah pijat, peregangan, serta mobilisasi dan manipulasi sendi. Fisioterapi manual bisa untuk membantu relaksasi, mengurangi nyeri dan meningkatkan fleksibilitas gerak anggota tubuh yang terganggu.
  • Terapi okupasi
Disebut juga dengan occupational therapy. Ini adalah bentuk terapi yang membantu pasien dengan keterbatasan atau ketidakmampuan fisik, sensorik, atau kognitif (pikiran) agar dapat menjalani aktivitas sehari-hari dengan baik.
  • Metode lainnya
Selain metode-metode yang sudah disebutkan di atas, fisioterapi juga membantu pasien dengan mengoreksi teknik berolahraga yang salah dan membantu cara menggunakan alat bantu dengan tepat. Beberapa metode lainnya yang biasa dipakai adalah hidroterapi, terapi ultrasound, terapi suhu (panas atau dingin), latihan pernapasan, dan akupuntur.
Selain metodenya yang lengkap dan spesifik, fisioterapi juga bisa dilakukan dengan fleksibel. Artinya, pasien bisa melakukan fisioterapi di mana saja sesuai dengan kemampuannya, apakah mau di rumah atau di rumah sakit dengan layanan fisioterapi.
Anda bahkan bisa melakukan fisioterapi sendiri, tapi jangan lupa untuk meminta saran fisioterapis untuk menilai kondisi Anda, sehingga jenis dan frekuensi fisioterapi yang dilakukan tidak keliru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...